Thursday, 25 November 2021

Tazkirah Subuh : Peringatan dari AlQuran ๐Ÿ“– : Nafsu dan Mujahadah

Salam Khamis
20 Rabiul Akhir 1443H
25 Nov 2021M


ุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชู‡ُ
ุจِุณْู…ِ ูฑู„ู„َّู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญْู…َู€ู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู…

Dalam hidup dunia kini,

Nafsu sering dijadikan sandaran dan neraca nilaian manusia kini dalam menentukan betul atau salah...

Sedangkan nafsu sering mengajak kepada kejahatan dan kebinasan.

Sabda Ar Rasul SAW,

ุซَู„َุงุซٌ ู…ُู‡ْู„ِูƒَุงุชٌ ูˆَ ุซَู„َุงุซٌ ู…ُู†ْุฌِูŠَุงุชٌ ، ูَุฃَู…َّุง ุซَู„َุงุซٌ ู…ُู‡ْู„ِูƒَุงุชٌ: ุดُุญٌّ ู…ُุทَุงุนٌ ูˆَ ู‡َูˆًู‰ ู…ُุชَّุจَุนٌ ูˆَุฅِุนْุฌَุงุจُ ุงู„ْู…َุฑْุกِ ุจِู†َูْุณِู‡ِ ูˆ ุซَู„َุงุซٌ ู…ُู†ْุฌِูŠَุงุชٌ : ุฎَุดْูŠَุฉُ ุงู„ู„َّู‡ِ ูِูŠ ุงู„ุณِّุฑِّ ูˆุงู„ุนู„ุงู†ูŠุฉِ ูˆَุงู„ْู‚َุตْุฏُ ูِูŠ ุงู„ْูَู‚ْุฑِ ูˆَุงู„ْุบِู†َู‰ ูˆَุงู„ْุนَุฏْู„ُ ูِูŠ ุงู„ْุบَุถَุจِ ูˆَุงู„ุฑِّุถَุง

Tiga perkara yang membinasakan dan tiga perkara yang menyelamatkan. Adapun tiga perkara yang membinasakan adalah: kebakhilan dan kerakusan yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti, dan  seseorang yang membanggakan diri sendiri.
Sedangkan tiga perkara yang menyelamatkan adalah takut kepada Allรขh di waktu sendirian dan dilihat orang banyak, sederhana di waktu kekurangan dan kecukupan, dan (berkata/berbuat) adil di waktu marah dan redha.

(Hadith ini diriwayatkan dari Sahabat Anas, Ibnu Abbas, Abu Hurairah, Abdullah bin Abi Aufa, dan Ibnu Umar. Hadith ini dinilai sebagai hadith hasan oleh syaikh al-Albani di dalam Silsilah al-Ahadith ash-Shahihah)

Kecuali bila ianya dilindungi oleh rahmat kasih sayang Allah...

ูˆَู…َุง ุฃُุจَุฑِّุฆُ ู†َูْุณِูŠ ุฅِู†َّ ุงู„ู†َّูْุณَ ู„َุฃَู…َّุงุฑَุฉٌ ุจِุงู„ุณُّูˆุกِ ุฅِู„َّุง ู…َุง ุฑَุญِู…َ ุฑَุจِّูŠ ุฅِู†َّ ุฑَุจِّูŠ ุบَูُูˆุฑٌ ุฑَّุญِูŠู…ٌ 

Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.
(Yusuf: 53)
Sedangkan nafsu sendiri ditentukan betul atau salah kehendaknya oleh nilaian syarak...

ูˆَู„َูˆِ ุงุชَّุจَุนَ ุงู„ْุญَู‚ُّ ุฃَู‡ْูˆَุงุกَู‡ُู…ْ ู„َูَุณَุฏَุชِ ุงู„ุณَّู…َุงูˆَุงุชُ ูˆَุงู„ْุฃَุฑْุถُ ูˆَู…َู† ูِูŠู‡ِู†َّ ุจَู„ْ ุฃَุชَูŠْู†َุงู‡ُู… ุจِุฐِูƒْุฑِู‡ِู…ْ ูَู‡ُู…ْ ุนَู† ุฐِูƒْุฑِู‡ِู… ู…ُّุนْุฑِุถُูˆู†َ 

Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (Al-Quran) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu.
(Al-Mu'minun: 71)

ูˆ ุงู„ู…ุฌุงู‡ุฏ ู…ู† ุฌุงู‡ุฏ ู†ูุณู‡ ููŠ ุทุงุนุฉ ุงู„ู„ู‡

“Dan yang disebut dengan 
mujahid (orang yang berjihad) adalah orang yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah”.
(Hadith Riwayat Ahmad)

Syeikh ‘Abdurrahman As-Sa’di rahimahullah menjelaskan hadith ini, 

“Mujahid, ู…ุฌุงู‡ุฏ  ditafsirkan sebagai orang yang bersungguh-sungguh menundukkan hawa nafsunya dalam ketaatan kepada Allah. Hal ini kerana kecenderungan jiwa adalah malas melakukan kebaikan, cenderung memerintahkan kejahatan, dan mudah mengeluh ketika ada musibah. Oleh kerana itu, diperlukan kesabaran dan kesungguhan dalam komitmen untuk taat kepada Allah, perlu keteguhan dalam ketaatan, perlu bersungguh-sungguh melawan perbuatan maksiat kepada Allah, serta bersungguh-sungguh dalam sabar ketika ditimpa musibah. Yang dimaksud ketaatan di sini adalah melaksanakan perintah, menjauhi perkara yang terlarang, dan sabar menghadapai takdir. Seorang mujahid yang hakiki adalah yang bersungguh-sungguh menunaikan tugas dan kewajibannya”.
(Bahjatu Quluubil Abrar, dinukil dari Anwaarul Bayaan fii Durusi Ramadhan).

Beruntunglah mereka yang sentiasa mendidik dan menundukkan nafsunya kepada syariat Allah, tambah lagi serius dan agresif dalam mujahadah di bulan Ramadhan dan bulan Syawal akan datang beberapa bulan lagi nanti.

Justeru, pejuang hakiki bermula dengan perjuangan menundukkan nafsu kerana ianya berterusan hingga akhir hayat.......

No comments: