Salam Rabu
12 Rabiul Akhir 1443H
17 Nov 2021M
ุงูุณูููุงูู
ู ุนูููููููู
ู ููุฑูุญูู
ูุฉู ุงูููู ููุจูุฑูููุงุชูู
ุจูุณูู
ู ูฑูููููู ูฑูุฑููุญูู
ูููู ูฑูุฑููุญููู
Orang yang sudah beramal namun tidak mendapatkan manfaat apa-apa dari amalannya tersebut, maka ia adalah seorang yang rugi.
Dan seorang yang paling rugi pula ialah seorang yang tidak mendapatkan manfaat apa-apa dari amalannya dalam keadaan ia menyangka dia sentiasa melakukan kebaikan.
Tidaklah seseorang itu rugi bilama dia beriman, beramal soleh dan menyeru kepada kebaikan...
ุฅููููุง ุงูููุฐูููู ุขู
ููููุง ููุนูู
ููููุง ุงูุตููุงููุญูุงุชู ููุชูููุงุตูููุง ุจูุงููุญูููู ููุชูููุงุตูููุง ุจูุงูุตููุจูุฑู.
"Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar".
(Al-Asr: 3)
ูููู ูููู ููููุจููุฆูููู
ู ุจูุงููุฃูุฎูุณูุฑูููู ุฃูุนูู
ูุงููุง ุงูููุฐูููู ุถูููู ุณูุนูููููู
ู ููู ุงููุญูููุงุฉู ุงูุฏููููููุง ููููู
ู ููุญูุณูุจูููู ุฃููููููู
ู ููุญูุณูููููู ุตูููุนูุง
โKatakanlah: โApakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?โ Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknyaโ.
(Al Kahfi: 103-104)
Al Imam Ibnu Katsir rahimahullah menyebut dalam kitab tafsirnya:
ููุงู ( ุงูุฐูู ุถู ุณุนููู
ูู ุงูุญูุงุฉ ุงูุฏููุง ) ุฃู ุนู
ููุง ุฃุนู
ุงูุง ุจุงุทูุฉ ุนูู ุบูุฑ ุดุฑูุนุฉ ู
ุดุฑูุนุฉ ู
ุฑุถูุฉ ู
ูุจููุฉ ( ููู
ูุญุณุจูู ุฃููู
ูุญุณููู ุตูุนุง ) ุฃู ูุนุชูุฏูู ุฃููู
ุนูู ุดูุก ูุฃููู
ู
ูุจูููู ู
ุญุจูุจูู .
โFirman Allah [orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini] maksudnya orang-orang yang mengamalkan amalan-amalan yang batil, tidak sesuai syariat yang diredhai dan diterima oleh Allah. [sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya] maksudnya mereka berkeyakinan bahwa mereka berada di atas kebaikan dan meyakini amalan mereka diterima dan dicintai Allahโ.
(Tafsir Ibnu Katsir).
Manusia sering tertipu dengan penilaian terhadap dirinya sendiri. Iaitu apabila neraca ukuran yang digunakan ialah aqal dan nafsunya sahaja. Dan meninggalkan panduan petunjuk dan bimbingan taufik Allah โAzza wa Jalla.
Apabila amalan yang dilakukan bukan kerana Allah, maka ia akan menjadi sia-sia...
ููููุฏูู
ูููุง ุฅูููููฐ ู
ูุง ุนูู
ููููุง ู
ููู ุนูู
ููู ููุฌูุนูููููุงูู ููุจูุงุกู ู
ูููุซููุฑูุง
"Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan".
(Al-Furqan: 23)
Ikhlaskanlah ibadahmu semata-mata kerana Allah...
ููุงุฏูุนููุง ุงูููููู ู
ูุฎูููุตูููู ูููู ุงูุฏููููู ูููููู ููุฑููู ุงููููุงููุฑูููู
"Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan kamu yang demikian)".
(Ghafir: 14)
ุงูููู
ุงูุฑููุง ุงูุญููู ุญูููุง ููุงุฑุฒููููุง ุงุชููุจุงุนูู ูุงุฑูุง ุงูุจุงุทููู ุจุงุทูุงู ูุงุฑุฒููุง ุงุฌูุชููุงุจูู
Ya Allah Perlihatkanlah kami kebenaran itu sebagai kebenaran, rezekikanlah kami dapat mengikuti kebenaran.
Dan perlihatkanlah kami kebatilan itu sebagai kebatilan, rezekikanlah kami dapat menjauhi kebatilan.
Justeru, usahlah merasa aman dengan amalan diri sendiri. Mohonlah panduan dan bimbinganNya agar engkau tidak tertipu dengan dirimu sendiri.....
No comments:
Post a Comment