Wednesday, 24 November 2021

Kehidupan dan Pembelajaran Berterusan


Unsangkarable, akhirnya aA dah pun Kembali sebagai seorang pelajar. Setelah hampir tiga tahun dari peperiksaan yang sebelum ini, sekarang kena start enjin balik dan kembali bersungguh untuk up knowledge dan skills, untuk jadikan diri sendiri bermanfaat untuk orang lain.

Teringat masa 2 minggu selepas dapat result exam 2018, seorang sahabat tegur

“tak ingat ke trauma exam hari tu? Yang sampai nak terjun dari tingkat 13 tu? Ni nak sambung  lagi, nak hadap VIVA lagi?...”

Yer..masih ku ingat soalan tu..

Yes..semestinya ketakutan tu ada..tapi itulah ujian dan setiap ujian tu mengikut kemampuan setiap manusia, dan setiap ujian pastinya kesukaran yang berbeza. Dan jangan takut. Yakin pada Allah SWT dan kita sebagai manusia, kena berusaha untuk bersedia untuk menghadapi ujian-ujian tu. Bagaimana?

Tambah ilmu, buat persediaan mental dan fizikal. Dan pastinya secara spiritual, hadapkan segala pergantungan kepada Yang Maha Esa, bukan pada usaha kita.

Eh..macam pelik je..then tak payah lah usaha kan?

Sebab usaha tu pun datang dari Allah, yang takdirkan kita, yang buka hati kita, untuk usaha sekian itu ini.

Jelas?

Jadinya, apa yang dah dicapai, apa yang diusahakan, apa yang telah direzekikan, apa jua nikmat yang ada, itu semua dari Allah..

Dan pastinya itu lah yang terbaik, hatta terhantuk kepala sekali pun..kan..kan..

“3 tahun minimum nak sambung belajar tu..dah la kena pindah randah setiap tahun, termasuk oversea lagi..leceh nya..”

Haa.. betul..leceh..

Timbang la balik apa keutamaan yang kita ada dalam hidup kita.

Ada orang keutamaannya pada keluarga, ada orang terletak pada kerja, dan ada juga factor-faktor lain. Tak sambung pun terbaik, sambung pun terbaik, Asalkan boleh serve the priority, itu lah yang terbaik bagi individu tu. Dan pastinya, semua takdir itu adalah TERBAIK. Allah is the best planner.

Apabila kita ada komitmen yang memerlukan untuk kita stay pada sesuatu tempat, ya diakui bahawa pilihan untuk sambung belajar agak menyukarkan.


Tidak dinafikan, masih ada individu, ramai, yang diberikan kemampuan untuk sambung belajar dan pada masa yang sama, tanggungjawab dan komitmen pada keluarga dan sebagainya diuruskan dengan baik dan tidak terabai. Rezeki dia mengikut kemampuan dia.. Semuanya telah ditetapkan oleh Allah, The Best Planner.


Saya sangat-sangat memerlukan doa dan sokongan orang sekeliling saya. Mengharapkan makbulnya doa-doa kalian untuk saya lalui hidup yang penuh liku dan cabaran.

Anyway, post yang akan datang akan berkisar tentang pengalaman bersama pesakit di orthopaedic dan juga selang seli dengan peringatan hidup dunia akhirat.

In shaa Allah.

 

**takde orang baca pun tetap nak taip juga

**menulis itu meringankan

No comments: