Wednesday 13 October 2021

Tazkirah Subuh : Peringatan dari Al-Quran 📖 : Solat Sunat Malam

Salam Rabu
29 Safar 1443H
06 Okt 2021M


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

(Bahagian pertama)

Semoga tidak ada penyesalan selepas berpindah alam nanti.
Ianya adalah amalan sunat dan tak melebihi yang wajib. Walaubagaimana pun, ianya sunnah yang dituntut...

مَاذَا يَخْسَرُ الْمُسْلِمُ اِذَا تَرَكَ قِيَامَ اللَّيْلُ؟

Kerugian apa saja yang akan diperolehi oleh seorang Muslim jika dia meninggalkan solat malam?

الْخَسَارَةُ الْأُوْلَى:
يَفْقِدُ لَقَبَ عِبَادِ الرَّحْمَنِ : 
 وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِيْنَ يَمْشُوْنَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْناً .....وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَامًا 

Kerugian pertama:

Dia tidak mendapatkan gelar ‘Ibaadur-Rahmaan (hamba Yang Maha Penyayang)

Dan hamba-hamba Allah yang Maha Penyayang itu (ialah) mereka yang berjalan di atas bumi dengan sopan santun...
(Al Furqaan: 63)


Dan mereka yang diredhai Allah itu ialah yang tekun mergerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri.
(Al Furqaan: 64)

اَلْخَسَارَةُ الثَّانِيَةُ:
يَفْقِدُ لَقَبَ الْمُتَّقِيْنَ :
إِنَّ الْمُتَّقِيْنَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُوْنٍ... كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ * وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

Kerugian yang kedua:

Tidak mendapatkan gelar al-Muttaqiin (Orang-orang yang bertakwa)

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah fitempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.
(Adz Dzariyaat: 15)

Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari diwaktu malam untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka beristighfar memohon ampun.
(Adz Dzariyaat: 17-18)

اَلْخَسَارَةُ الثَّالِثَةُ:
يَخْسَرُ لَقَبَ الْقَانِتَ وَأُوْلِي الْأَلْبَابِ :
أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الْآخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ ۗ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ. يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ

Kerugian ketiga:

Tidak mendapatkan gelar Qanit (ahli ibadah) dan Ulul Albaab (orang yang berakal)

(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna.
(Az Zumar: 9)

اَلْخَسَارَةُ الرَّابِعَةُ:
يَخْسَرُ الْمَقَامَ الْمُمَيَّزَ لِلْقَائِمِيْنَ :
لَيْسُوا سَوَاءً ۗ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ أُمَّةٌ قَائِمَةٌ يَتْلُونَ آيَاتِ اللَّهِ آنَاءَ اللَّيْلِ وَهُمْ يَسْجُدُونَ

Kerugian keempat:

Kehilangan tempat istimewa yang disediakan untuk orang-orang yang bangun malam.

Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama; di antara ahli kitab itu ada golongan yang telah memeluk Islam, mereka membaca ayat-ayat Allah pada beberapa waktu di malam hari, semasa mereka  bersujud (mengerjakan solat).
(Ali 'Imran: 113)

اَلْخَسَارَةُ الْخَامِسَةُ:
يَخْسَرُ فُرْصَتَهُ فِي اِجَابَةِ الدُّعَاءِ  كَمَا مَنَحَهَا رَبُّنَا لِزَكَرِيَّا :
فَنَادَتْهُ الْمَلَائِكَةُ وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي فِي الْمِحْرَابِ أَنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكَ بِيَحْيَىٰ مُصَدِّقًا بِكَلِمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَسَيِّدًا وَحَصُورًا وَنَبِيًّا مِنَ الصَّالِحِينَ

Kerugian kelima:

Kehilangan kesempatan untuk terkabulnya doa sebagaimana yang telah Allah anugerahkan kepada Nabi Zakariyya.

Lalu ia diseru malaikat sedang ia tengah berdiri melakukan solat di mihrab (katanya): "Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran (seorang puteramu) Yahya, yang membenarkan kalimah dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri (dari hawa nafsu) dan seorang Nabi termasuk keturunan orang-orang soleh".
(Ali 'Imran: 39)

اَلْخَسَارَةُ السَّابِعَةُ:
يَخْسَرُ أَنْ لَا تُذْهِبَ حَسَنَاتُهُ سَيِّئَاتِهِ فَمِنْ أَحَدِ شُرُوْطِهَا أَنْ أُقِيْمَ الصَّلَاةُ زُلْفاً مِنَ اللَّيْلِ:
وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ ۚ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ۚ ذَٰلِكَ ذِكْرَىٰ لِلذَّاكِرِينَ

Kerugian keenam:

Merugi karena kebaikan-kebaikannya tidak menghapus dosa-dosa. Karena diantara syaratnya adalah mendirikan sholat malam

dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang beringat.
(Hud: 114)

اَلْخَسَارَةُ الثَّامِنَةُ:
يَخْسَرُ أَنْ لاَ يَبْعَثَهُ رَبِّيْ مَقَاماً مَحْمُوْداً :
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَىٰ أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

Kerugian ketujuh:

Allah tidak mengangkatnya ke tempat yang terpuji

dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang Terpuji.
(Al Isra’: 79)

(Bersambung esok bahagian akhir)...

Tuesday 12 October 2021

Peringatan dari AlQuran : Ukhuwah Fillah Bahagian 2

Salam Selasa
28 Safar 1443H
05 Okt 2021M

Tazkirah Subuh : Peringatan dari AlQuran 📖

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِي

(Bahagian akhir)

Alangkah beruntungnya dapat bersahabat fillah. Alangkah beruntungnya ukhuwwah fillah terpelihara dan terjaga....

Allah ta'ala berfirman kepada Rasulullah SAW:

وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا ﴿٢٨

“Dan janganlah kau patuh akan orang yang telah Kami lupakan akan hatinya daripada mengingati Kami dan terus sahaja mengikut hawa nafsunya”.
(Al-Kahfi: 28)

Maka jauhi daripada bersahabat dengan orang yang fasik kerana berterusan melihat perkara-perkara fasik dan maksiat itu akan menghilangkan kebencianmu terhadap maksiat tersebut lalu akhirnya kau merasa ringan memandang maksiat. Cuba kau lihat. Orang ramai menganggap mudah dosa ghibah (mengumpat) kerana mereka sudah biasa melakukan maksiat tersebut tapi jika mereka melihat seorang alim memakai cincin emas dan kain sutera nescaya mereka amat mengingkarinya. Padahal dosa ghibah itu jauh lebih besar daripada memakai cincin emas atau pakaian sutera.


4. Jangan bersahabat dengan orang yang tamakkan dunia

Bersahabat dengan orang sebegini umpama racun yng dapat membunuh, kerana sudah menjadi tabiat seseorang itu cepat sekali meniru dan mengikut tabiat orang lain dan perangai yng baik cepat sekali berubah menjadi jahat, sedangkan kita tidak menyedarinya. Maka suka bersekedudukan dengan orang yang tamak pada dunia akan menambah tamakmu terhadap dunia. Dan sebaliknya jika suka bersekedudukan dengan orang yang zuhud akan menambah zuhudmu pada dunia.

5. Orang yang benar

Jangan bersahabat dengan pendusta. Barangkali dia akan menipu kamu kerana dia laksana fatamorgana yang seakan-akan mendekatkan yang jauh atau menjauhkan yang dekat.

Inilah 5 syarat yng perlu dicari dalam pemilihan sahabat. Barangkali susah untuk mendapatkan seseorang yng memiliki kesemua sifat-sifat ini walaupun pada orang yang mengaji di surau-surau atau duduk beribadat di dalam masjid.

Oleh itu, tiada jalan bagimu kecuali kau memilih satu di antara dua jalan ini:

Pertama: Ber’uzlah iaitu mengasingkan diri daripada orang ramai, kerana di situlah terletaknya keselamatanmu.

Kedua: Bergaul dgn orang ramai mengikut kedudukan mereka masing-masing yang berdasarkan kepada 3 pembahagian:

1. Saudaramu untuk akhiratmu, maka janganlah kau perhatikannya padanya kecuali hal-hal agama.

2. Saudaramu untuk duniamu, maka janganlah kau perhatikan padanya kecuali hanya akhlak yang baik.

3. Saudaramu untuk kejinakan hatimu, maka jangan kau perhatikan padanya kecuali hanya keselamatanmu dari kejahatannya, fitnahnya dan keburukannya.

Di dalam perumpamaan lain, manusia itu terbahagi kepada 3, iaitu:

1. Orang yang seumpama makanan asas yng tidak boleh tidak daripadanya.

2. Orang yang seumpama ubat yng diperlukan pada masa-masa tertentu sahaja bukan setiap masa.

3. Orang yang seumpama penyakit yang  perlu dihindari daripadanya, namun terkadang seorang hamba itu dibalakan dengannya walaupun penyakit itu tidak disenanginya dan tiada manfaatnya. Maka perlulah seseorang itu mengambil langkah-langkah  bijak supaya dia dapat selamat daripadanya. Namun, di dalam penyakit itu ada satu rahsia besar seandainya kau mampu menghadapinya, iaitu apabila kau cuba memperhatikan keadaannya dan kesannya yang buruk, lalu setelah itu kau pun menjauhkan diri daripadanya.

Justeru, perhatikanlah dengan siapa engkau bersahabat agar akan dapat reunion dengan sahabatmu di akhirat nanti di syurga......

Wednesday 6 October 2021

Peringatan dari Al Quran : Ukhuwah Fillah Bahagian 1

*Siri perkongsian dari group pengajian 

Salam Isnin
27 Safar 1443H
04 Okt 2021M

Tazkirah Subuh : Peringatan dari Al-Quran 📖

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

(Bahagian pertama)

Alangkah beruntungnya dapat bersahabat fillah. Alangkah beruntungnya ukhuwwah fillah terpelihara dan terjaga...

Dalam kitab Bidayatul Hidayah oleh Al Imam Ghazali rahimahullahu taala:

Dalam bersahabat, ada dua pokok utama yng perlu diperhatikan:

1- Cara memilih sahabat.
2- Cara menunaikan hak-hak persahabatan (adab- adab bersahabat)

Lalu beliau menghuraikan cara memilih sahabat dengan katanya:

Dalam bersahabat, hendaklah diperhatikan syarat-syarat bersahabat. Maka jangan kau bersahabat kecuali dengan orang yng layak untuk dijadikan sahabat.
Rasulullah SAW bersabda:

 رواه أحمد وغيره أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: المرء على دين خليله فلينظر أحدكم من يخالل

"Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya. Oleh kerana itu, hendaklah seseorang kamu melihat terlebih dahulu siapakah yng patut dijadikan sahabat".
(Hadith Riwayat Abu Daud , At-Tirmidzi, Ahmad dan Al-Baihaqi)


Maka, apabila kau mahu mencari sahabat yng ingin dijadikanmu sebagai pembantu dalam menuntut ilmu dan di dalam urusan agamamu dan duniamu, hendaklah dipastikan padanya 5 syarat:

1. Orang yang berakal:

Tidak ada kebaikan bersahabat dengan orang yang bodoh, kerana ianya akan membawa kepada pemusuhan dan menyakitkan hati. Paling baik pun, yang akan kau dapati daripadanya hanyalah kau terselamat dari mudaratnya, sedangkan dia berusaha membawa manfaat kepadamu. Ianya kerana musuh yang berakal itu lebih baik daripada sahabat yang bodoh. Di dalam hal ini, Saidina Ali bin Abi Talib RA pernah berkata:

*Dan jangan kau bersahabat dengan orang yang bodoh. Jauhi akan dia.
*Berapa banyak orang yang jahil yang telah membinasakan orang alim ketika dia bersahabat dengannya.
*Seseorang itu akan dinilai mengikut tingkatan sahabatnya, ketika dia berjalan dengannya.
*Kerana bagi segala sesuatu ada ukuran dan keserupaannya.
*Maka begitulah halnya hati yang menyerupai hati yang lain. Ia akan menunjukkan hubungan ketika adanya pertemuan (persahabatan).

2. Orang yang baik akhlaknya:

Janganlah kau bersahabat dengan orang yang jahat perangainya, iaitu orang yang tidak dapat mengawal dirinya ketika marah dan ketika dia dirangsang oleh nafsu syahwatnya. Dan Saidina ‘Alqamah telah menghimpunkan segala akhlak yang baik dalam wasiatnya kepada anaknya ketika beliau hendak meninggal dunia, ‘Alqamah berkata:

Wahai anakku! Apabila kau mahu bersahabat dengan seseorang, maka jalinkanlah persahabatanmu dengan orang yang:

1. Apabila kau berkhidmat dengannnya, dia akan memeliharamu.

2. Apabila kau bersahabat dengannya, akan bertambah nilai dirimu.

3. Apabila kau ditimpa kesusahan, dia akan turut sama menanggung kesusahanmu.

4. Apabila kau menolongnya, nescaya dia akan membalas jasamu.

5. Apabila dia melihat kebaikanmu, nescaya dia akan mengambil kira akannya (nilai kebaikan tersebut).

6. Apabila dia melihat kejahatan pada dirimu, nescaya akan ditutupkannya olehnya.

7. Apabila engkau berkata, nescaya dia akan membenarkan perkataanmu.

8. Apabila engkau mengusahakan sesuatu perkara, nescaya dia akan menolongmu.

9. Apabila engkau berselisih dengannya akan sesuatu, nescaya dia akan melebihkanmu.

Dan berkata Saidina Ali bin Abi Talib RA:
"Saudaramu yang sebenarnya adalah orang yang selalu menolongmu (di waktu senang dan susah) dan dia sanggup berkorban ntuk memberi manfaat kepadamu, dan dia sanggup memecahkan (menyelerakkan) segala urusannya untuk menolongmu dalam menghadapi bala dan ujian".

3. Orang yang soleh

Jangan kau bersahabat dengan orang yang fasik yang selalu mengerjakan dosa besar, kerana orang yang takut akan Allah itu tidak kekal dalam membuat dosa besar dan orang yang tidak takut akan Allah itu tidak dapat dipercayai sepenuhnya. Bahkan pendirian tidak tetap, selalu berubah-ubah mengikut keadaan dan tekanan.

(Bersambung esok bahagian yang akhir)