Monday 23 March 2015

Carpal Tunnel Release Technique

Carpal tunnel release mr kamil's way:
1.generous akin incision... kaplan line till about 1cm below transverse crease at wrist... incision at 5mm ulna to palmar crease till trnsverse crease at wrist then do z shape
2.ada muscle jumpa before transverse carpal lig is palmaris brevis and can cut... no issue... n akan jumpa vessels branch to the muscle
3.use blade till jumpa transverse carpal ligament..
4.protect median nerve with mc donald, cut transverse carpal lig towards 2nd webspace... cut using blade
5.once nampak ada fatty tissue be careful for palmar arch... use scissors
6.proximal to transverse carpal lig, u can find antebrachial fascia... cut this fascia too
7.inspect the median nerve either it contused, compressed, constrict or pale or presint (dunno how to spell tp maksdnya looks normal n nice)
8. Track recurrent motor branch... tgk intact ke tak
9. Inspect samada ada any space occupying lesion in carpal tunnel... so kne korek smpi tendon2 tu
10.wash... secure bleeding...
11.suture with nylon 5/0 5mm distance n 5mm from skin edge
12.h2o2 dapped at wound
13.clean n dressing
��✌
Post op plan:
Wi day 1
Then eod dressing
Tca 2weeks wound care n sto
Start nerve gliding exercise at day 1
Ask pt to buy carpal tunnel splint at pharmacy

Friday 20 March 2015

Tazkirah Pagi..


mesej whatsapp pagi ni dari seorang sahabat..

Tazkirah Ustaz Muzakir Zoriat

29 Jamadil Awal 1436H
20 Mac 2015M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Tolongilah daku Ya Rabb...

قال عبد الرحمن بن سمرة رضي الله عنه: خرج علينا رسول الله - صلى الله عليه وسلم - ونحن في صفة بالمدينة فقال:

«إني رأيت البارحة عجبًا: رأيت رجلاً من أمتي أتاه ملك الموت ليقبض روحه فجاءه بِرُّه بوالديه فردَّ ملك الموت عنه،

ورأيت رجلاً من أمته قد احتوشته الشياطين فجاءه ذِكْر الله فطردَ الشياطين عنه،

ورأيت رجلاً من أمتي قد احتوشته ملائكة العذاب فجاءته صلاته فاستنقذته من أيديهم،

ورأيت رجلاً من أمتي يلهثُ عطشًا كلما دنا من حوض مُنع وطُرد فجاءه صيام رمضان فأسقاه وأرواه،

ورأيت النبيين جلوسًا حلقًا حلقًا كلما دنا إلى حلقة طُرد ومُنع فجاءه غُسله من الجنابة فأخذ بيده فأقعده إلى جنبي،

ورأيت رجلاً من أمتي من بين يديه ظلمة ومن خلفه ظلمة وعن يمينه ظلمة وعن يساره ظلمة ومن فوقه ظلمة ومن تحته ظلمة وهو متحيِّر في ذلك فجاءه حجُّه وعمرته فاستخرجاه من الظلمة وأدخلاه في النور،

ورأيت رجلاً من أمتي يتَّقي وهج النار وشررها فجاءته صدقته فصارت سترًا بينه وبين النار وظلاً على رأسه،

ورأيت رجلاً من أمتي يكلِّم المؤمنين ولا يكلمونه فجاءته صلته لرحمه فقالت: يا معشر المؤمنين، إنه كان واصلاً لرحمه فكلّموه فكلَّمه المؤمنون وصافحوه وصافحهم،

ورأيت رجلاً من أمتي احتوشته الزبانية فجاءه أمره بالمعروف ونهيه عن المنكر فاستنقذه من أيديهم وأدخله في ملائكة الرحمة،

ورأيت رجلاً من أمتي جاثيًا على ركبتيه بينه وبين الله حجاب فجاءه حسْنُ خلقه فأخذ بيديه فأُدخل على الله عزَّ وجل،

ورأيت رجلاً من أمتي قد ذهبت صحيفته من قِبل شماله فجاءه خوفه من الله - عزَّ وجل - فأخذ صحيفته فوضعها في يمينه،

ورأيت رجلاً من أمتي قد خفَّ ميزانه فجاءه أفراطه فثقلوا ميزانه وأفراطه هم: أولاده الصغار من ذكور أو إناث،

ورأيت رجلاً من أمتي قائمًا على شفير جهنم فجاءه رجاؤه في الله - عزَّ وجل - فاستنقذه من ذلك ومضى،

ورأيت رجلاً من أمتي قد هوى في النار فجاءته دمعته التي قد بكاها من خشية الله فاستنقذته من ذلك،

ورأيت رجلاً من أمتي قائمًا على الصراط يرعدُ كما ترعد السعفة في ريح عاصف فجاءه حسنُ ظنه في الله فسكّن رعدته ومضى،

ورأيت رجلاً من أمتي يزحف على الصراط يحبو أحيانًا ويتعلق أحيانًا فجاءته صلاته عليَّ فأقامته على قدميه وأنقذته - اللهم صلِّ وسلم على محمد -

ورأيت رجلاً من أمتي انتهى إلى أبواب الجنة فغلقت الأبواب دونه فجاءته شهادة أن لا إله إلا الله ففتحت له الأبواب وأدخلته الجنة»

Daripada Abdur Rahman Bin Samurah RA berkata: Sekali peristiwa Rasulullah SAW keluar, seraya berkata: Sesungguhnya aku telah bermimpi ajaib malam kelmarin.

Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh Malaikat Maut untuk mengambil nyawanya, maka Malaikat itu telah terhalang oleh ketaatannya kepada kedua ibu bapanya.

Aku melihat juga seorang dari umatku telah disediakan untuk menerima seksaan kubur, maka ia telah diselamatkan oleh wudhu'nya.

Aku melihat juga seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan syaitan, maka ia telah dibebaskan dari bahayanya oleh zikrullah.

Aku melihat juga seorang dari umatku telah diseret oleh Malaikat-azab, maka segera datang sembahyangnya serta melepaskannya dari tangan mereka.

Aku melihat juga seorang dari umatku sedang ditimpa dahaga yang berat, setiap ia mendatangi sesuatu perigi, dihalang untuk meminum daripadanya, maka segera menjelang puasanya serta memberikannya minum sehingga ia merasa puas.

Aku melihat juga seorang dari umatku yang mengunjungi kumpulan para nabi, yang ketika itu sedang duduk berkumpul kumpul, setiap ia mendekati mereka, ia diusir dari situ, maka menjelmalah mandi junubnya maka memimpinnya ke kumpulanku seraya menunjukkannya supaya duduk di sisiku.

Aku melihat juga seorang dari umatku dikabusi oleh suasana gelap gelita, di hadapannya gelap, di kanannya gelap, di kirinya gelap, di bawahnya juga gelap, sedang ia dalam keadaan bingung, maka menjelmalah haji dan umrahnya, lalu mengeluarkannya dari suasana gelap gelita itu dan memasukkannya ke dalam suasana terang menderang.

Aku melihat juga dari seorang umatku berbicara kepada kaum Mu'minin, akan tetapi tidak seorang dari mereka yang mahu membalas bicaranya, maka menjelmalah silaturahimnya seraya menyeru orang orang itu katanya "wahai kaum Mu'minin sambutlah bicaranya, lalu mereka pun berbicaralah dengann
ya.

Aku melihat juga seorang d
ari umatku sedang menepis nepis bahang api dan percikannya dari mukanya, maka segera menjelmalah sedekahnya lalu menabiri muka dan kepalanya dari bahaya api itu.

Aku melihat juga seorang dari umatku sedang diseret oleh Malaikat-Zabaniah ke merata tempat. maka segera menjelmalah Amar Ma'ruf dan Nahi Mungkarnya seraya menyelamatkannya dari cengkaman mereka serta menyerahkannya pula kepda Malaikat-Rahmat.

Aku melihat juga dari seorang umatku sedang merangkak rangkak, antaranya dengan Tuhan dipasang hijab (tabir), maka jelmalah budipekertinya seraya memimpinnya sehingga dibuka hijab tadi dan masuklah ia ke hadrat Allah Ta'ala.

Aku melihat juga dari seorang umatku terheret ke sebelah kiri oleh buku catitannya, maka menjelmalah perasaan takutnya kepada Allah menukarkan tujuan buku catitat itu ke arah kanan.

Aku melihat juga seorang dari umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah anak anaknya yang mati kecil, lalu menekan timbangan itu sehingga menjadi berat pula.

Aku melihat juga seorang dari umatku sedang berdiri di pinggir Jahannam, maka menjelmalah perasaan gerunnya terhadap seksaan Allah Ta'ala, lalu membawanya jauh dari tempat itu.

Aku melihat juga seorang dari umatku terjerumus ke dalam api neraka, maka menjelmalah airmatanya yang mengalir kerana takut kepada Allah Ta'ala, lalu menyelamatkannya dari api neraka itu.

Aku melihat juga dari seorang umatku sedang meniti sirat (titian) manakala seluruh tubuhnya bergoncang seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka menjelmalah baik sangkanya terhadap Allah Ta'ala, lalu menenteramkan kegoncangannya itu dan mudahlah ia meniti hingga ke hujung titian itu.

Aku melihat juga dari seorang umatku sedang meniti di atas sirat, kadangkala ia merangkak dan kadangkala ia meniarap, maka menjelmalah selawatnya ke atas diriku, lalu ia pun memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri dan meniti hingga ke penghujung titian itu.

Aku melihat juga seorang dari umatku sudah hampir tiba di pintu syurga, dan dengan sekonyong konyong pintu pintunya ditutup, maka menjelmalah penyaksiannya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, lalu membukakan pintu pintu syurga itu untuknya, sehingga ia boleh memasukinya.

Hadith ini telah disebut oleh Imam As-Sayuthi di dalam kitabnya Syarhus-Shudur, sambil berkata, ia telah dikeluarkan oleh At-Tabarani di dalam kitab Al-Kabir. Begitu pula oleh Al-Hakim At-Tarmidzi di dalam kitab Nawadirul-Ushul, dan Al-Isfahani di dalam kitabnya At-Targhib.

Wednesday 18 March 2015

Pengalaman sebagai Orthopod 2

pengalaman sebagai orthopod baru nak masuk part 2..lamanya..
aA mula jadi MO ortho di Ortho HSNI pada 5 Jun 2011..setelah tamat training sebagai housemanship selama dua tahun..dua tahun yang penuh dengan pengalaman dan penat lelah yang sangat la berbaloi bila dah jadi MO...
paling best..sempat merasa sistem onkol yang teruk semasa HO..walaupun teruk..itu lah pengalaman yang banyak bantu aA menghadapi masa2 sebagai MO dari segi ketahanan mental dan fizikal yang  mana masa MO lagi mencabar..

BEZA BILA JADI MO DAN HO

yess...dulu masa HO selalu rasa yang para MO ni tak busy pun sebenarnya..tak penat pun..tak payah ambik darah..tak payah clerk case..Cuma check ape yang HO tulis dan management..
sekali bila dah jadi MO...waahhhh...lagi sibuk sebenarnya..especially jadi MO ortho kat HSNI..
semua yang HO buat..kami kena buat dan tolong HO sama..refer case ke..clerk case ke..buat prosedur simple ke..macam2 la..even tolak dan accompany patient tak stabil sampai la bagi sedation masa CMR pun..kami kena buat..
sama-sama buat..sama-sama tolong gitu..kenapa gitu??...sebab Bos-bos kami pun buat benda yang sama..Kami diajar untuk pikul tanggungjawab..kalo ada masalah ke..salah HO ke..kami yang akan tanggung..tapi kami tak boleh marah or denda HO kalo kami tak ajar dulu diorang..tak guide diorang.unless dah banyak kali remind..dah banyak kali tegur..dan degil sangat..baru la kami boleh brainwash diorang..
Kami banyak kerja dengan HO as a team..ada je problematic HO..tapi kami akan cuba sedaya upaya kami nak didik diorang..sebab kami tahu..satu hari HO HO ni akan jadi MO dan kawan sekerja gak..maybe kat department lain yang melengkapi jabatan Ortho..
Pada 5 Jun 2011 tu..masa tu ada 4 orang MO sahaja..hanya 4..so aA masuk sebagai MO yang ke 5 dan tiga hari lepas tu..sorang lagi masuk ortho..jadi la 6..

ZAMAN MO TAK RAMAI SATU JABATAN

Dengan 6 orang MO sahaja..kami kena onkol..seorang diri setiap hari..OT, ETD (kecemasan), ward dan ward2 lain selain ward ortho kami kena cover..walaupun hujung minggu yang cuti..seorang sahaja..bila onkol..keesokkan harinya kami keje macam biasa sampai pukul 5..at least..kalo keje tak siap..lambat la kami balik..walaupun sorang diri..pakar2 kami ada standby untuk kes pembedahan kecemasan terutamanya bila yang onkol  tu masih junior dan banyak benda belum boleh independent..
Semasa permulaan kami dilatih sebagai MO, kami kena tagging dulu dengan MO yang lebih senior..masa tu dari 4 orang yang senior..hanya dua yang betul2 senior dan independent..
So dalam sebulan..kami tagging oncall sehingga paling banyak mencecah 10 onkol sebulan..kira setiap tiga hari sekali..penat tapi sebab nak catch up banyak ilmu dan management untuk persediaan onkol sendiri nanti..kami tempuh gak..
Masuk bulan September 2011, aA dapat off tag..means boleh onkol sendiri dah..masa tu jugaklah..aA dijadualkan untuk onkol EOD sebanyak 4 kali..selang sehari sebanyak empat kali..ffuuuuhhh..bila dipikir balik..mana la dapat tenaga dan kecekalan sebanyak tu masa tu..kalo suruh buat sekarang..tak mampu dah kot..

ONKOL DI HUJUNG MINGGU

Bila hujung minggu..kami akan mula round seawal 7.30am..seluruh wad yang lebih ramai pesakit (lelaki atau perempuan..tengok mana yang lebih ramai pesakit), kami akan round..buat plan rawatan untuk pesakit..pakar akan datang kemudian..biasanya dalam pukul 8 lebih..kekadang kes pembedahan kecemasan dipanggil awal..kalau tengah round tu, kes dipanggil..terpaksa la tinggal kejap wad..gi masuk OT buat operation..habih operation, sambung balik round kat wad..
Kalau operation berderet..sampai petang..means sambung balik round petang la..kalo patient dah plan nak balik dari pagi..terpaksa withold sampai petang kalo nak tunggu MC..itu wad sendiri..belum lagi wad-wad lain yang ada kes ortho..
Pernah je review patient kat wad lain kul 2pagi..staffnurse dari wad lain tanya..
”aik doctor..ada new case baru rujuk ke ni?..”
“bukan new case kak..old case tapi baru nak round..tak sempat..”
Kadang tu kesian nak tengok old case kul 2pagi..nak kena kejut patient tu bangun..tapi alhamdulllah tak pernah kena komen kata doctor ganggu tengah malam sebab kebanyakan pakcik2 dan makcik2 ni paham keje kami ni..
Dah tengok kami ni serabai je..bawak plastic penuh ngan air kotak ngan plastic g review diorang..haha..
Bila tak sempat makan macam tu la..singgah kat kedai hospital kejap..beli mana yang sempat nak dimakan..duduk kat kaunter sekejap..sambil belek fail pesakit..tangan kanan duk nyuap makanan dalam mulut..
Tapi jam 2 pagi tu bukan la yang terakhir bagi kami..ada kalanya operation ortho masih dipanggil lagi..so..lepas round..kena la sambung wat operation lagi..biasa nyer camtu la..round kes..operation..round kes..operation..
Masa tu takder lagi whatsapp ni..so semua pertanyaan ditanya terus by call..or HO akan tunggu la MO dia ni kuar dari operation theatre..kebanyakan HO masa tu reliable..so senang nak harap kes kat diorang..

ONKOL dengan KASUT SUKAN

Kalau dalam masa buat operation tu ada kes kat Redzone..sama ada struggle buat operation cepat2 dan tinggalkan part tutup luka tu pada HO..or withold kejap OT..g tengok kes sambil berlari dan patah balik..tengok mana yang sampai dulu..
So kerjanya berlari ke sana sini..makan tak tentu masa..curi masa untuk solat je..belum tentu sempat gi toilet..
Oh ye..HO tak ramai masa tu..satu wad maybe 2 orang je paling ramai..total boleh jadi 3-4 orang je sehari..ada yang 3 orang je..semua biasanya kena kerah..setiap kes yang masuk..mesti dilihat oleh Ortho team ASAP..biasa within 5-10 mins..
Kalau weekend..kami onkol suka pakai sport shoes..senang nak berlari..haha..tapi selalu kena tegur ngan staf wad..katanya kalo pakai sport shoes..diorang pun kena aktif berlari gak..seakan-akan menyambut kes
Apa yang menarik onkol hujung minggu ni..
Andai OT dipanggil awal pagi before sempat habiskan round wad..kalau kebetulan specialist ada masa tu..diorang akan ‘halau’ MO ni masuk ot untuk buat kes dan diorang akan sambung round dengan HO je..
Sebabnya diorang nak develop rasa confident..yakin untuk buat operation sendiri..kalau ada masalah..baru dia akan join..
Biasa bila dah habih round..dia sendiri akan call kami untuk beritahu round dah siap dan plan dah bagi pada HO except MC je dia mintak MO siapkan..itu lah pakar ortho kami..
Ada la few times berlaku camtu..tak selalu..
Kalo OT tak panggil awal..sambung je la round ngan bos macam biasa..sampai habih..ke hulu ke hilir ikut Bos..

POSTCALL 

Bila postcall..kami kena round lagi wad keesokannya..satu wad yang tak ramai pesakit bagi pada yang postcall....yang ramai pesakit bagi pada team oncall..
Balik ke rumah maybe dalam kul 10 pagi lepas setel semua..selalunya balik lambat sebab kami akan Passover kes dulu..new case dan kes yang perlu further plan dari specialist..bertulis..diagnosis ape..luka rupanya macam mana..plan operation dan sebagainya..bukan setakat tulis dan bagi..tapi sambil duk explain tu..kalo perlu lukis..lukis..
Kalo dapat balik awal skit..sempat la gi menyopping kat AEON ke..or gi makan breakfast kat McD (masa tu tak boikot lagi)..sesama ngan budak2 HO yang postcall..seronok..sebab masa tu diorang bukan shift system..habih round boleh balik..tak perlu tunggu Bos datang round..

Sekian dulu..
Nanti sambung balik..hihi