Tuesday 16 February 2021

SEDAR TAK KITA?

 SEDAR TAK KITA?


Di akhir zaman, Al Quran akan diangkat perlahan-lahan dan mulai menghilang. 


Tetapi masih ada yang selesa mengatakan bahawa program tadabbur Al Quran mudah dicari,golongan hafiz semakin ramai, peluang untuk belajar mengaji semakin terbuka..

Bagaimana Al Quran itu boleh hilang dan diangkat perlahan-lahan?


Kerana terlalu selesa,kita lupa bahawa Al Quran itu syariat dari Allah..


Sedar tak kita, 

Akhlak dan Adab Islam semakin berkurang..

Tak kira secara berdepan atau di media sosial?


Sedar tak kita,

Syariat Islam semakin terasing?

Semakin diamalkan semakin pedih..

Bagaikan menggenggam bara api.


Sedar tak kita,

Nilai- nilai dan cara hidup Islam semakin dipinggirkan, dan cukup hanya sebagai agama dan nama?


Sedar tak kita,

Dunia semakin tua, hari akhir bakal menjelma, fitnah melata di seluruh dunia?

Cukupkah elok tak perangai kita untuk meraih rahmat Allah?

Atau hanya bergantung harap pada amalan dan anugerah amalan sedangkan itu juga makhluk Allah?


Lihatlah kembali diri,

Adakah tingkah laku kita,kata-kata dan penulisan serta akhlak dan adab kita layak untuk mengundang rahmat Allah yang akan menyelamatkan kita di hari kemudian?


Sedar tak kita?


- pesanan dan ingatan untuk diri sendiri dan juga yang ingin mengambil iktibar.

- sungguh kami jauh dari rahmatMu Ya Allah.


Penjelasan lebar daripada

Kitab Hikam - Ibnu Atta'illah As-Sakandari


Isi kandungan pos ini bukan karangan dari kitab tetapi penerangan tentang hikmah Allah dari seorang ilmuan dan ulamak di Malaysia..

Tidaklah ditaip ini mengikut sebiji2 ayat di dalam syarahannya namun diharap jelas dan membawa manfaat buat semua terutamanya diri yang khilaf ini..


Saturday 6 February 2021

Kenapa Aku Nak Jadi Doktor?

Hasil nukilan adik housemate dulu..

Jangan risau..dah minta kebenaran dia pun untuk berkongsi KEBENARAN dan REALITI sebahagian hidup seorang doktor..

Happy Reading Guys and Girls..



Kenapa aku nak jadi doctor? 

Padahal 

 pergi kerja sebelum matahari naik 

Lepas isyak baru ko reti nak balik

 Malam baru nak lelap mata dah pagi nak kena bangun balik


jadi doktor nak kena guna otak 24 jam 

Tak pandai nanti semua orang geram 

Time ward round memanjang jer diam

 Sampai habis posting mo specialist pun tak cam

 Silap haribulan "I extend u 3 month"

 Huhu bukan aku tak pandai cuma aku tak paham

 Kang pening plak diorang aku tanya macam 2

 Mujur ader jugak teman seperjuangan

Huh macam nak nangis  jer kadang2


 Patient sekrang dah pandai demand

 Nak nak yang macam macam ragam 

Nak treatment  yang bukan2

Tu  belum lagi yang   suka  bagi  arahan 

‘Doktor discharge note  saya bila nak siapkan

saya  dok menunggu  sampai nak  pitam

Pening aku nak melayan

Tue belum lagi yang  terlebih  manja 

Nak  dilayan  macam  raja 

Walhal dok  3rd class  jer 

Habis   orang  di buat cam   bibiknya

Sakit  jer  sikit  , di buat nya mengada2

Customer is a always  right  itu lah yg diorang selalu  guna 

Sabar  jer lah , nak  buat camner 


Jadi  doktor  katanya  gaji  tinggi

Alahai  jangan lah ko   bermimpi  di siang hari 

Cukup  bulan kadang2  makan  jer  maggi 

Bayar itu  ini , duit  baki letak  celah gigi 

Tapi  duit kat mak bapak  boleh juga aku bagi 

Adik beradik  boleh  gak aku belanja  kfc 

Takper  duit tu berkat  duniawi dan ukhrawi 

Alhamdulillah...Syukur  rezeki  Ilahi 


ehh  kejap ...ermm kenapa aku nak jadi doktor ?

sebab...

Hari2  ko  balik mesti  ader benda  baru ko belajar

 Mo , Speclialist  tak putus  asa nak bagi ko pandai

Kawan tak reti kedekut ilmu semuanya  nak di ajar

Misi2 selelu  remind  kalau  kita  tak sedar 

Kadang2  ajak makan  bila  dia nampak  kita lapar


Happy bila nampak  satu  keluarga  berkasih 

Sebab si ayah  baru dapat satu lagi baby  yang putih 

Si atuk   hernia nya  baru  saja pulih 

Si adik baru saja  boleh bertatih 

Patient tak putus2  ucap terima  kasih 

Habis  kedua2 tangan aku di raih 

Katanya maaf  kalau dia  buat aku letih 

Takpa , dah tugas  aku  seorang doktor  pelatih 

Tak pasal2  senyum aku meleleh2 =) 


Dr M 

CNY