Monday 29 August 2011

Dosa-Dosa & Facebook


Ni aA copy dari Email yang aA dapat..
sebagai peringatan kepada kita-kita yang ada kat muka bumi lagi ni..


http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/930-dosa-dosa-a-facebook.html#comments


Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.



Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.



Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.



Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.



Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.



Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.



Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.



Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .



3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.



Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.



4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.



Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.



Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.



5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.



Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.



Ini boleh menjadi dosa, kerana :-



a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.



6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan



Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.



Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.



Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.





KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

Saturday 23 July 2011

Anaest Posting- 6th and final posting


Salam sejahtera kepada yang membaca..

Lama jugak rupanya aA tak update blog ni..sampai habib posting Anaesth selama 4 bulan pulak tu..ish ish ish..
tu la..asyik bertangguh jer..keje bertangguh ni tak menjadi..

Anaesth..ICU..OT..berkait rapat sangat..
aA memang mintak nak masuk posting ni sejak masa posting ketiga lagi..
actually sejak student life lagi memang aA suka ngan Anaesth ni..suka follow round diorang..
kenapa??
masa tu terfikir yang anaesth ni kena kuat basic sciences..physiology.
then apply..
so, kalo diberi senario ke aper..nak ubah setting ventilator ke aper..and management dia yang lain2..boleh pikir logik dan guna ilmu basic scince yang kita pernah belajar..
so, tak der la rasa macam susah nak pikir reason behind every steps taken..
lagipun, Anaesth ni banyak guna ABG..interpret ABG..best..

nak kata aA ni bagus dari segi basic science..memang jauh la..tapi kalo dah paham..skit2 rasa nk apply..

masa masuk posting anaesth ni..memang baru lepas beberapa hari habih UKJK kat Ortho..memang badan tengah sakit2 masa tu..macam robot jer jalan..

Sehari sebelum masuk ke Anaesth Posting..

- masih lagi bekerja di Ortho..even kebiasaan bagi Houseman lain yang akan ambik cuti end posting dan berehat sebagai persediaan tagging bila masuk posting baru..penat la katakan..tapi setakat ni alhamdulillah..aA tak pernah ambik cuti pada ahri last..sebab for me, setiap posting tu best dan enjoy and hari last adalah hari yang aA akan enjoy with the team..
- rasa sayu, sedh dan jugak bangga dapat jadi part of the team..bila lagi kan..
- petang lepas habih ward work semua.. aA ke OT untuk menghadap bos-bos baru..
- masa tu diorang ada CME..kelas..kat OT..so, tak jumpa ngan Head of Department dulu..tunggu punya tunggu..tak tergolek jer kat OT..then aA decide jumpa Bos yang sporting sorang ni kat dalam OT..masa tu my best friend MO anaesth ni ada kat dalam..so, dah bagitau tujuan datang semua..
my best friend ni kata.."ni future anaesth ni BOS.."..
alamak...nanti la dulu...awal lagi ni..tapi memang nak jadi Anaesth pun sejak dulu lagi..memang bersemangat ni nak masuk posting ni..hehehe..
- dah jumpa HOD semua..then balik rumah dengan kepuasan sebab dah habih Ortho..dah jadi 6th poster..
takut oooooo....lagi la high expectation from others...tak lama lagi dah nak jadi MO..

First Day in Anaesth Posting..
- seawal 7.30am pagi dah ada kat OT..sebab senior kata kena datang awal, nak dlute ubat dan check GA machine..
-nak dilute ubat kena tahu dos mg/kg..so memang take time la nak catch up semua ni..
- even dah kena buli pagi tu..(xpe..hari ni sy 1st day..)..tapi best sebab ada ramai senior yang sudi ajar semua ni kat aA..hari pertama aA jaga OT A..xberapa bz tapi at least boleh catch up lessons dengan tenang..
- antara benda yang aA belajar masa hari 1st ialah...
..dilute ubat, check GA machine..isi form GA dan berkenalan dengan form ni..(yang ni dapat special teaching dari Bos..hehehe)..cara intubate dan extubate patient..
- setakat ni Ok la..tapi penat duk OT ni..duduk..tunggu..charting dan LAPAR...hahaha
apepun, baru 1st day..byk lagi benda yang nak kena pikir..jauh lagi nak kena explore..

Di sebalik semua ni..ada benda penting dalam kepala otak aA yang aA kena pikir iaitu pasal tawaran untuk masuk posting Ortho as MO...
Ya Allah..aA diberi masa dua minggu untuk pikir pasal benda ni..yang mana berat nak pilih dan untuk long term..
pasal ni hanya aA yang tahu..rakan2 terdekat pun tak tahu..
yer la..hampir semua tahu yang aA memang minat anaesth..yes..aA masih minat anaesth tapi suasana keje anaesth aA masih tak tahu..
so, byk nk kena pertimbangkan..

bila pikir ortho..mampu ke aA?? kuat ke aA??..for me..itu boleh diatasi kemudian tapi yang penting environment keje dan minat serta stress level..pemangkin tu..

Hmmmm...nak buat keputusan memang susah tapi sebagai orang ISLAM..kita ada Allah untuk bantu kita wat keputusan kan...
-

judgmental

Life as Medical Officer..

Salam sejahtera semua..
Hari ni 23hb Julai..genap sebulan aA bertugas sebagai pegawai perubatan.xsangka sekejap jer rupanya tempoh dua tahun sebagai pegawai perubatan latihan siswazah..tanggungjawab makin berat..x boleh malas2..x boleh sambil lewa2..tengok kes byk yg kena pikir..bukan review satu sistem jer.
Alhamdulillah posting last aA kt Anaesth..byk bnda yg aA belajar especially cara monitoring patient..yg mana aA boleh apply bila review patient kt wad2..
Walaupun masih kekok lagi dipanggil sebagai MO..Aa harap sangat hubungan aA dgn staf2 xberubah sama time HO.
Bukannya aper..ramai yg kata bila dh jd MO mesti jd sombong..makan pun xleh sama2..x boleh lepak sama2..harap2 x gitu la..aA tetap aA..insya Allah..
Ye..aA masih rindu kehidupan sebagai houseman..byk benda yg belajar..pengalaman waktu onkol dan sebagainya..
Really enjoy it..
Maaih baru2 ni..aA masih diberi kekuatan dan kudrat untuk sama join houseman lain wat prosedur sebab even sy MO pun..sy masih belajar..
Apepun..dialan sy dpt jd mo yg baik..ceria dan bertanggungjawab..amin..

Monday 2 May 2011

Day 2 at Bukit Gambang Resort City..

1 Mei 2011..Dari Bukit Gambang Resort City..

Hari ni hari ke-2 aA di Bukit Gambang..
Best memang best..

Pagi-pagi lagi kami makan breakfast yang giler2 banyak dan sedap..aA dan Jane jadi orang pertama yang makan pagi ni..lepas makan..kami bersiap2 untuk ke Bukit Gambang Water Park..tak jauh dari resort ni..

Kami bertolak naik train..nama je train tapi takder rail pun..bayar seringgit jer.ok la..

Kami masuk taman tema air macam biasa la..ada wristband..makanan tak boleh bawak masuk dalam..

(jap..dengar ada orang menjerit kat luar..diorang main yang pusing2 tu..nak gi ambik gambar jap..hahaha)

Ramai sangat datang hari ni..katanya at least 7 ribu orang..kalo hari-hari biasa, dalam 3 ribu jer..double tu..kami cop bahagian Telematch Pool..so, kat sini kami main game kami sendiri..

Antaranya, tiup kapal kertas dalam air..seribu langkah (pun dalam air), bola beracun, polo air..
Seronok dan best sangat..gelak sampai tak ingat dunia..habih ilmu aku selama ni..hahah..

aA pun ada join main gak..even takut air yang melampau..alhamdulillah, aA punya fobia semakin lama semaikin kurang bila banyak kali masuk air ni..most of the time, aA jadi cameraman la..banyak gambar yang aA ambil..suka..sebab background biru air..

Bos kami, Mr. Kamal sangat bersemangat..sokongan moral yang dia bagi kat HO dia sangat la bagus..

Staf2 lain dan ahli keluarga pun best dan sporting..kami main sampai kul 12 jer..lepas tu kami gi makan before next aktiviti…

Tunggu untuk dapat makanan lama aarrr….barisan panjang sebab ramai orang kan..tapi bukan aA yang beratir la..kawan aA yang tolong.kami tukang jaga tempat duduk..
Habih makan..aA decide untuk balk resort jer..tak sanggup duk situ..melihat benda yang tak sepatutnya..mana taknya..kat situ la ramai yang pakai seluar dalam jer..seksi meksi..tak tahan mata ni..

Kesian ngan diri sendiri..aA ambik keputusan untuk balik je..

Duk kat bilik dalam beberapa minit..sambil transfer gambar dari kamera ke laptop..ada orang tekan loceng pintu..ooo..Tse Siang rupanya..dia ajak kuar gi Kuantan untuk jalan2…ok je..

Tse Siang antara yang langsung tak join sukan air pagi tadi sebab URTI yang sgt teruk…tak tdo malam dia.. kami keluar berempat..jalan2 kat Kuantan Parade..perut punya la lapar tapi sebab nak sumbat banyak time BBQ malam ni, sanggup kami makan Waffle jer..

Balik resort semula..aA terus mandi puas2.badan jadi panas sangat..lepas mandi, solat..aA lepak atas katil meringkuk kesejukan..

Apesal ni..demam ke ape?..badan panas semacam je..

Gi BBQ pakai sweater lagi..tak tahan sejuk..hissshh..demam dah kot..yang penting aA enjoy makan malam ni..

Makan penuh pinggan la…sedap2..hehehe…tengok..dah tak ikut Sunnah Nabi..hisssshhh..

BBQ malam ni pun, aA kena ambik gambar..ok la..tapi teknik unutk gbr malam masih peringkat tadika lagi la..selalunya tak cantik..huhuhu..

Byak game gak malam ni..kami hepi2..gelak2 (kurang ilmu lagi)..

Habih main, diorang ajak gi karaoke..memula memang nak ikut..tapi bila pikir balik..tak boleh..

Even hati setan kata “Pergi la..pergi la..sekali je..nyanyi tak yah control..geng2 kita je..”..tapi Alhamdulillah aA tepis benda2 tu..lagi-lagi bila berjalan on the way ke tempat tu..nampak suram..muzik kuat2..dgn funfair kat sebelah tu..dan ada tpt main pool..

Tetiba rasa takut kat dalam diri sendiri..
Ya Allah..aku takut nak masuk dalam ni..takut ajal maut aku tak tahu bila dan aku takut jika aku mati, aku mati di tempat begini..mintak jauh..dan pada masa yang sama, aku tak nak rasa seronok involve ngan benda ni..sekali rasa best ngan nikmat dunia, manusia ni takkan rasa puas untuk nak rasa lagi…

Sebelum aA ketagih..jangan cuba dulu…

So, apa lagi…ni lah hasilnya bila aA tolak pelawaan diorang..update blog untuk cerita apa berlaku pada hari ni..

Moral dan pengajaran :
…enjoy tu best..hepi2 tu best..tapi apepun yang kita lakukan, sebagai orang Islam..ingatlah batasan..sentiasa timbangkan apa yang boleh dan apa yang tak boleh..dalam duk timbang nak buat benda yang tak boleh tu, jangan duk set dalam mind..”Ala..sekali jer..lain kali tak buat lagi dah..”..JANGAN..

Bila dah dapat sekali tu la yang rasa nak lagi..nak lagi…hidup manusia ni, akan lebih bermakna jika kita selalu ingat akan mati..sebab itu lah yang akan jd guide untuk kita pilih apa yang tak sepatutnya dibuat..

Hmm..berbelit..takpe..ini luahan jer..personal opinion..they may think I’m boring..tapi ada aku kesah??..hahaha..as long as aku rasa ok, aku hepi..

Syukur sangat2 sebab kat Kelantan, even tak maju, takder tempat2 hiburan macam ni..yang boleh merosakkan masa depan kita semua..especially youngsters..

Nak kata aA xpernah gi tempat hiburan, tipulah..paling tinggi pun setakat ni panggung wayang.

Akhir kata, semoga Allah melindungi diri kita dari segala kemungkaran..Insya-Allah..

Monday 21 February 2011

Orthopaedic Posting – Tired but a happy day for us..



18th February 2011..

Kami diberitahu pada hari sebelumnya bahawa kami perlu menghadiri satu sesi ujian kecergasan yang dipanggil Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan peringkat Hospital Batu Pahat pada 18hb..
Nama yang tersenarai adalah kami-kami yang tak oncall pada hari tu..and aA adalah yang postcall..nasib baik oncall yang tak eventful sangat..
Kami buat round kat wad awal dari biasa..ala..20 minit awal je..hehehe..still awal kan..

Sepatutnya ada kat gelanggang tenis tu jam 7.30pagi tapi kesian
nak tinggalkan colleague dengan patient yang belum direview lagi pagi tu..
So, dalam kul 8pagi..aA bertolak dari wad ke kuarters untuk tukar track suit dan kasut sukan..
Dalam kul 8.15, dapat call dari MO…
“cepat..bos dah sampai ni..dah nak start”..
Bersemangat betul Bos kami sorang ni..
Senaman Regangan (stretching exercise)

Yang ni quite enjoy la..memula buat yang biasa biasa jer..sekali ada
step yang macam tarian zapin plak..hahaha..tak leh nak coordinate gerak kaki ngan tangan..tergelak sorang je la..
Ada gak step yang macam poco-poco..and ada yang stail tarian
60’s gitu..ala…yg macam John Travolta buat tu..
Paling best bila dapat tengok ragam-ragam staf yang lain..dari Bos, MOs, MA, Staffnurse, PPK etc..juga rakan-rakan Housemen..
Memang seronok sangat masa tu..
Berpeluh tapi tak rasa lagi penat..

Mencabar

Yang part kedua pulak..
Ada banyak bahagian..
Antara yang aA ingat la …ada tekan tubi, ape jangkau ntah, lompat yang paling jauh, ect la..

Tekan tubi ni dulu aA boleh wat banyak gak..tapi maybe agaknya dah lama tak wat exercise, so, tak leh nak maintain sangat..


Yang main jangkau tu..kaki kat tanda 50cm..try tunduk badan dengan tapak tangan tindan atas tangan satu lagi..try jangkau sejauh mungkin..
Ooopppssss….yg ni memang tak expect boleh jauh pun coz aA tahu badan aA ni kaki aA lagi tinggi compare ngan trunk..hahaha
..
Score 56cm je..ceh..pendek jer..

Lompat paling jauh plak..mainnya macam ni..
Kaki rapat, then cuba lompat sejauh boleh..bukan macam lompat jauh tu, yang boleh lari dulu..
Dapat 159cm..sama ngan tinggi aA…
(tetiba teringin nak main lompat jauh..)

Yang seterusnya, dalam keadaan baring dan lutut dibengkokkan 90 darjah..cuba bangun guna otot perut..cuba jangkau lutut dengan jari dulu..
Kemudian kalo dapat, dengan siku plak..kalo berjaya lagi..letak tapak tangan kat clavicle yg bertentangan, cuba capai lutut ngan siku..kalo dapat lagi..silang tangan kat belakang kepala then sentuh lutut lagi ngan siku..yg ni aA xdapat…hahaha..


Pecut..

Kena lari jarak 10 meter, ambik blok kayu, patah balik ke garisan mula, then patah balik
10 meter, ambik second block..patah balik ke garisan mula..
Yang ni aA dapat 12.37saat…hahaha..puas hati..
Antara yang laju la..
Bos paling laju la..10.38saat..phewwwiiittt…

Paling memenatkan

Yang ni test cardiovascular plak..apa lagi..berlari la..
Ada blip blip yang mana jarak antara blip akan lagi laju
berbanding yang sebelumnya..
aA give up sampai stage 2-5 je..kaki cramp..
pucat muka..tak suka lari jarak jauh ni..
acara ni ada yang berjaya pecahkan rekod HBP..sorang houseman Ortho..sampai peringkat 9-8 kot..siap berlari xpakai kasut lagi..sebab kasut dia terbuka talinya..terus dia cabut kasut coz tak sempat nak ikat tali..hebat.

even penat..kami semua tak stress coz semua staff sangat
sporting dan kami masih boleh gelak2 buat lawak..
habih semua ni..buat pertama kali semasa aA posting orthopaedic ni, kami ambil gambar bersama-sama..
seronok sangat..

itu tak yah cerita la sakit-sakit badan lepas UKJK ni..
ni pun sakit lagi ni..huhuhu…

ORTHO POSTING MEMANG BEST..
Tak pernah lak rasa enjoy camnie dalam posting2 lain..tahniah..

Wednesday 9 February 2011

I met him again..after a year..

salam sejahtera kepada yang membaca..

aA masih lagi di posting Orthopaedic yang tinggal beberapa hari lagi..
banyak sangat kenangan yang best dan banyak yang memberi pengajaran.

SESI KLINIK ORTHOPAEDIC

setiap minggu memang ada klinik ortho..hari Isnin, Selasa dan Jumaat (paediatric cases only).
dalam 2 minggu lepas, aA dapat turn untuk in-charge klinik..hari tu cam malas skit nak turun klinik, rasa cam nak stay kat wad jer setelkan ward work..tapi ntah kenapa, kat wad rasa tak sedap hati..rasa cam ada something yang aA kena turun klinik gak hari tu..
so, aA turun dan ambil satu folder pesakit..

aA tenun lama-lama folder dan nama pesakit tu..
macam familiar sangat nama tu..masih tak ingat lagi..

according to the referral letter in the file (he's a new case), he is a 15 months old boy..floppy boy with normal IQ development.

bila dia masuk dalam bilik tu, dengan mak ayah dia..aA tengok dia lama-lama (sambil dalam kepala cuba sangat2 nak ingat kat mana jumpa dia dulu..

aA tanya mak dia "dulu baby ni pernah masuk ICU tak masa kecik-kecik dulu?"..
then mak dia kata "ada..selama 38 hari"..

yess....betul la..

this baby was admitted to SCN for 38 days because of severe Staph Aureus sepsis..
at that time, we were not clear from where the source of infection..even though he was on multiple course of antibiotics, still the blood C&S results showed he's septic.

kalau tengok baby ni dulu, macam dah tak ada harapan dah..teruk sangat..kurus..kulit dia jadi gelap dan kering..
kesian sangat..macam nak nangis tengok..
temperature tak settle gak..
aA memang tak ingat baby ni dah discharge dari wad masa tu..

sekarang,
dia sangat la cute, putih..comey..
tapi kali ni dia datang ke klinik orthopaedic sebab dia masih tak boleh jalan..mak dia kata kaki dia nampak pendek sebelah..aA periksa dia dan memang pendek sebelah kiri..
aA bincang dengan bos dan kemudian mintak untuk X-ray pelvis dia dulu..

selepas 45 minit, mak dia datang bawa X-ray film tu..

terkejut yang amat..Bos pun terkejut..

Findings : total loss of left femoral head with fusion of neck of femur to the acetabular..possibility due to old septic arthritis of the hip..

aA beritahu Bos pasal baby ni pernah masuk SCN sebab Staph Aureus sepsis..
tapi masa dia kecik2 dulu, mana la kita tahu kan dia ada septic arthritis..

terus kes ni Bos contact Specialist kat HKL untuk manage..
hope doctor kat HKL boleh manage kes ni dan semoga adik ni ada harapan untuk berjalan macam kanak2 yang lain..

Ya Allah..memang tak sangka la boleh jumpa balik baby ni yang dulu teruk giler condition dia..
sangat hepi coz tahu adik tu survive rupanya..alhamdulillah..

Bila keje jadi doctor ni, sama ada patient ingat kita atau kita ingat patient lagi-lagi yang bagi kita pengajaran la..

SO, dun ever give up when treating a patient..
Go Aa Go..

Wednesday 19 January 2011

Here Comes The Sun-The Beatles

Here comes the sun, here comes the sun,
and I say it's all right

Little darling, it's been a long cold lonely winter
Little darling, it feels like years since it's been here
Here comes the sun, here comes the sun
and I say it's all right

Little darling, the smiles returning to the faces
Little darling, it seems like years since it's been here
Here comes the sun, here comes the sun
and I say it's all right

Sun, sun, sun, here it comes...
Sun, sun, sun, here it comes...
Sun, sun, sun, here it comes...
Sun, sun, sun, here it comes...
Sun, sun, sun, here it comes...

Little darling, I feel that ice is slowly melting
Little darling, it seems like years since it's been clear
Here comes the sun, here comes the sun,
and I say it's all right
It's all right

Monday 17 January 2011

Orthopaedic - amputation..again

Salam semua..hari ni aA post call...esok keje lagi..
alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk menghadapi hari2 mencabar di tahun 2011 ni..

sejak aA masuk ortho ni..banyak betul kes amputation yang aA handle..
setakat ni je..aA dah assist 3 kali Above Knee Amputation, 1 kali Below Knee Amputation dan 1 kali Hip Disarticulation..dan tolong setelkan kes-kes untuk amputation yang aA tak assist tapi sekadar tolong refer kes kat doctor bius untuk book dewan bedah iaitu lagi 1 AKA dan 2 BKA..fuuuuhhh...
bos pun kata kalo aA onkol je mesti ada amputation...

susah sebenarnya nak wat decision sama ada perlu amputation ke tak...melibatkan kehilangan anggota badan sepanjang hayat..melibatkan ahli keluarga dan penjagaan serta motivasi selepas keluar dari wad..banyak benda nak kena pikir..
berat tanggungjawab jadi Pakar ni..

Kes 1 : Below Knee Amputation..

kes ni belum buat lagi..KIV je..
kami ada offer BKA untuk sorang patient ni..
23 years old..baru start keje kat satu kedai la..
accident naik motor dalam 3 minggu lepas..dan kesannya, kaki kanan dia hancur remuk..tulang pun hancur..cuma xputus jer..
tapi kaki dia paling teruk la..
sejak 3 minggu lepas, wound debridement and multiple operation done untuk construct balik dia nyer kaki..
tapi bahagian tapak kaki tu tetap xsembuh lagi..
pagi tadi masa round, team kami offer BKA untuk dia..masa tu dia nampak senyum2 la..
memang la..kalo wat BKA..peluang untuk sembuh tinggi..tak der la kena cuci luka tiap2 hari..and tak der chronic pain la..tp kesan lain, especially dari segi psikologi, of course yang paling terjejas la..
bayangkan dia baru 23 tahun..belum kawen..cun dan cantik...baru nk mula keje..tetiba kehilangan kaki..memang sedih kan..
masa explain tadi..yes..dia senyum2 bila kata cepat sembuh kalo wat BKA...tapi selepas tu, aA ternampak mata dia bergenang air mata..
masa tu, aA sendiri rasa sebak..
tak boleh nak bayangkan kalo aA berada kat tempat dia..
semoga dia kuat hadapi dugaan ni..

Kes 2 : Above Elbow Amputation...

kes ni pun kena budak muda gak..
19 tahun..lelaki melayu..
accident tengah hari naik motor gak..accident ngan lori..
akibatnya, tangan kanan dia putus terus..hancur gak..tak boleh nak sambung dah...
tambah lagi ngan patah tulang tengkuk..di mana dia jadi lumpuh kedua2 kaki..
sedihnya kalo jadi mak ayah dia...
dah la budak ni memang jenis byk guna tgn kanan..
dah daftarkan dia under OKU..belum kuar wad lagi..

Bila keje kat orthopaedic ni..memang bukak mata and minda kita mcm mana nak terangkan risiko dan komplikasi sebab setiap keputusan dan management yang kita bagi pada patient akan menentukan dan memberi kesan jangka masa panjang terhadap kehidupan dia..
bukan boleh wat main2...

tu la..bila kita rasa diri kita susah dan dah rasa stress dengan dugaan yang ciput ni..ingat lah..orang lain lagi berat dugaannya,,
and bersyukur lah kita diduga..itu menandakan Allah memberi peringatan kat kita..supaya kita tak sesat kat dunia ni..



Sunday 9 January 2011

Dah ada P


Salam sejahtera semua..

alhamdulillah akhirnya aA dapat gak lesen P..
hik hik hik...
dgn semangat Never Give Up..kali ni memang bersungguh giler r gi belajar kete..
dan masa pagi nak exam tu..even tekak ni rasa kering sangat, tapi air xleh nak masuk pun..
rasa loya sangat2...dada xyah cakap la..
memang palpitation tahap SVT gtu..

pagi 20hb Disember 2010 tu memang bangun awal la...tak lena tidur...
seawal 7.20am, cikgu kelas memandu datang ambik kat kuarters..
aA sesi pertama dan yg ke-19..

Part A : bukit, parking, 3 penjuru
masa tgh tunggu turn, kepala ni memang tak habih2 duk pikir pasal lulus jer..tak berani langsung nak pikir pasal fail...
Lulus..lulus...lulus...
hati plak..hanya pada Allah..kita tahu masa tu Dia sentiasa bersama kita kan..
alhamdulillah aA lepas semua ni..
masa kuar dari kereta tu..on the way ke pondok JPJ..memang muka senyum lebar giler r..
sampai kan JPJ tu kata "amboi..lebar betul senyum.."..
"mana la senyum tak lebar..dah 4 kali test..ni baru lepas.."
"ooo..awak la rupanya calon yang dah banyak kali repeat tu..saya tercari2 yang mana satu la.."

ooopppsss....adakah seseorang telah membocorkan rahsia lampau...hahahah...biarkan..kegagalan lepas dah jadi kenangan manis buat sekarang...heheh...

Part B : Jalan Raya..
yang ni ada cikgu ajar guna ayat bodek..tapi bagi aA ..aA takkan guna ayat bodek tu sebab kalo aA pikir nak guna ayat tu, means aA dah set yang dalam mind yang aA akan fail..so, ikut konsep The Secret..pikir lulus jer...
masa tunggu turn Jalan Raya..memang lama r coz ada 2 pegawai je..so, nk hbh kan 21 org memang panas bontot menunggu..aA kunyah skittles jer..dah start ngantuk kan..
tetiba ada sorg JPJ yg mula2 jaga part A..ambik turn untuk jalan raya..dia ni muka serius..senyap je..
org pertama yg dipanggil untuk naik keta ngan dia adalah.....Aa la..
habih heran org lain apsal aA dapat potong line..
masa kat atas keta tu..aA dah thought block..xtahu nak cakap aper...yg penting tanya dia nak gi jalan mana..n borak2 bosan gtu...
untuk part ni..aA dapat 18/20...
alhamdulillah..sekali lagi bila kuar keta..memang senyum lebar la..
tapi xleh nak mesej sesaper coz ditakdirkan aA tertinggal henset kat rumah...hahahah...

memang 20hb Disember 2010 hari yang paling best la bagi tahun 2010..
LULUS EXAM kan...hik hik hik..
so, aim baru adalah....beli kereta plak...