Monday, 6 December 2021

Tazkirah Subuh : Peringatan dari Al-Quran ๐Ÿ“– Takdir dan Kelemahan Diri

Salam Rabu
26 Rabiul Akhir 1443H 
30 Nov 2021M


ุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชู‡ُ

ุจِุณْู…ِ ูฑู„ู„َّู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญْู…َู€ู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู…

Bila takdir Allah berlaku, membuka kesilapan dan kesalahan kita, menyedarkan kelemahan dan kealpaan kita, maka kembalilah mengingatiNya. Merasai rahmat dan kasih sayangNya, itu tanda sedang terbukanya jalan taubat untuk kembali ke pangkuanNya...

ูˆَุงุฐْูƒُุฑْ ุฑَّุจَّูƒَ ุงِุฐَุง ู†َุณِูŠْุชَ ูˆَู‚ُู„ْ ุนَุณٰูٓ‰ ุงَู†ْ ูŠَّู‡ْุฏِูŠَู†ِ  ุฑَุจِّูŠْ ู„ِุงَู‚ْุฑَุจَ ู…ِู†ْ ู‡ٰุฐَุง ุฑَุดَุฏًุง

Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".
(Al-Kahfi: 24)

ูˆَู‡ُูˆَ ุงู„َّุฐِูŠْ ูŠَู‚ْุจَู„ُ ุงู„ุชَّูˆْุจَุฉَ ุนَู†ْ ุนِุจَุงุฏِู‡ٖ ูˆَูŠَุนْูُูˆْุง ุนَู†ِ ุงู„ุณَّูŠِّุงٰุชِ ูˆَูŠَุนْู„َู…ُ ู…َุง ุชَูْุนَู„ُูˆْู†َ  

"Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan."
(Asy-Syura: 25)

ุงูۨ„َّุฐِูŠْ ุฎَู„َู‚َ ุงู„ْู…َูˆْุชَ ูˆَุงู„ْุญَูŠٰูˆุฉَ ู„ِูŠَุจْู„ُูˆَูƒُู…ْ ุงَูŠُّูƒُู…ْ ุงَุญْุณَู†ُ  ุนَู…َู„ًุง    ؕ  ูˆَู‡ُูˆَ ุงู„ْุนَุฒِูŠْุฒُ ุงู„ْุบَูُูˆْุฑُ 

"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);"
(Al-Mulk: 2)
Akui kelemahan diri...

Hati manusia sering bias dek sebab sangka buruk, rasa diri lebih hebat, memandang rendah pada orang lain, sedangkan itulah kejahilan sebenarnya yang ada, yang ia jahil tentangnya...

ูˆَู„َุง ุชُุตَุนِّุฑْ ุฎَุฏَّูƒَ ู„ِู„ู†َّุงุณِ ูˆَู„َุง ุชَู…ْุดِ ูِู‰ ุงู„ْุงَุฑْุถِ ู…َุฑَุญًุง    ؕ  ุงِู†َّ ุงู„ู„ّٰู‡َ ู„َุง ูŠُุญِุจُّ ูƒُู„َّ ู…ُุฎْุชَุงู„ٍ ูَุฎُูˆْุฑٍ 

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."
(Luqman: 18)

ุงِู†َّู…َุง ุงู„ุชَّูˆْุจَุฉُ ุนَู„َู‰ ุงู„ู„ّٰู‡ِ ู„ِู„َّุฐِูŠْู†َ ูŠَุนْู…َู„ُูˆْู†َ ุงู„ุณُّูˆْุٓกَ ุจِุฌَู‡َุงู„َุฉٍ  ุซُู…َّ ูŠَุชُูˆْุจُูˆْู†َ ู…ِู†ْ ู‚َุฑِูŠْุจٍ ูَุงُูˆู„ٰุٓฆِูƒَ ูŠَุชُูˆْุจُ ุงู„ู„ّٰู‡ُ  ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ  ؕ  ูˆَูƒَุงู†َ ุงู„ู„ّٰู‡ُ ุนَู„ِูŠْู…ًุง ุญَูƒِูŠْู…ًุง

"Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."
(An-Nisa': 17)

Ketika kamu tergelincir melakukan dosa maksiat, cela dan cemuhlah dirimu kerana kehinaan dirimu disisi Allah lantaran dosa yang dilakukan. Kerana tindakan ini akan menyedarkan dirimu akan kesilapan yang perlu disesali dan harap dosa tersebut tidak lagi diulangi.

Ketika dirimu berjaya melakukan kewajipan serta ketaatan kepada Allah, jangan dilihat itu kejayaan perbuatanmu, tetapi katakanlah kepada dirimu agar sentiasa bersyukur kepada Allah yang memberi hidayah dan taufiq sehinggakan dirimu mampu melakukan kewajipan dan ketaatan. Kerana tindakan seperti ini akan memudahkan kamu mengurus bahkan membunuh sifat sifat mazmumah yang ada didalam diri.

ุฎุฐ ุงู„ุญูƒู…ุฉ ู…ู…ู† ุฃุชุงูƒ ุจู‡ุง ูˆ ุงู†ุธุฑ ุฅู„ู‰ ู…ุง ู‚ุงู„ ูˆ ู„ุง ุชู†ุธุฑ ุฅู„ู‰ ู…ู† ู‚ุงู„

Ambillah hikmah daripada siapa pun yang membawanya kepada engkau. Lihatlah kepada apa yang ia katakan dan jangan lihat kepada siapa yang berkata.
(Atsar daripada Saidina  Ali bin Abi Thalib RA)

Justeru, kembali lah kepadaNya........

No comments: