Salam Jumaat
19 Jamaddil Awwal 1443H
24 Dis 2021M
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
Musibah
مَاۤ أَصَابَ مِن مُّصِیبَةٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۗ وَمَن یُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ یَهۡدِ قَلۡبَهُۥۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَیۡءٍ عَلِیمࣱ
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
(at-Taghabun: 11)
Sambung bicara tentang musibah yang berlaku disebabkan kerakusan manusia pada alam dan juga disebabkan dosa yang dilakukan.
Oleh yang demikian, apa yang perlu kita lakukan untuk memastikan Allah SWT mengangkat semula musibah dan menggantikan dengan nikmat yang lebih baik?
Oleh yang demikian, maka hendaklah setiap kita memperbanyakkan istighfar dan taubat yakni dengan taubat nasuha (bersungguh-sungguh). Apabila manusia melazimi istighfar dan taubat serta beralih kepada ketaatan dan amal soleh, musibah tersebut akan hilang dan berbagai nikmat pun akan datang menghampiri.
Firman Allah SAW:
وَأَنِ اسْتَغْفِرُواْ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُواْ إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُم مَّتَاعاً حَسَناً إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى
“Dan hendaklah kamu meminta ampun/istighfar kepada Tuhanmu dan bertaubat kepadaNya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan (kematian)”.
(Hud: 3)
Ketika menafsirkan ayat ini, Syaikh Muhammad Amin As-Syinqithi berkata:
وَالظَّاهِرُ أَنَّ الْمُرَادَ بِالْمَتَاعِ الْحَسَنِ: سَعَةُ الرِّزْقِ، وَرَغَدُ الْعَيْشِ، وَالْعَافِيَةُ فِي الدُّنْيَا، وَأَنَّ الْمُرَادَ بِالْأَجَلِ الْمُسَمَّى: الْمَوْتُ
“Pendapat terkuat tentang yang dimaksud dengan kenikmatan yang baik adalah rezeki yang melimpah, kehidupan yang lapang, dan keselamatan di dunia dan yang dimaksud dengan waktu yang ditentukan adalah kematian”.
Nabi SAW juga mengatakan dalam sabdaannya bahawa musibah yang dikenakan didunia adalah untuk menghapuskan dosa seseorang dan pulang mengadap Allah dalam keadaan selamat.
إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدِهِ الْخَيْرَ عَجَّلَ لَهُ الْعُقُوبَةَ فِى الدُّنْيَا وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدِهِ الشَّرَّ أَمْسَكَ عَنْهُ بِذَنْبِهِ حَتَّى يُوَفَّى بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Jika Allah menginginkan kebaikan pada hamba, Dia akan segerakan hukumannya (musibah/ujian) ketika di dunia. Jika Allah menghendaki keburukan/kesengsaraan padanya, Dia akan mengakhirkan balasan atas dosa yang ia perbuat hingga akan ditunaikan (dilangsaikan dengan azab) pada hari kiamat kelak".
(Hadith Riwayat at-Tirmidzi)
Banyakkan istighfar, taubat, amal soleh, ketaatan dan kebajikan, semoga diangkat musibah yang menimpa kita serta selamat daripada azab di akhirat......
No comments:
Post a Comment