Salam Khamis
27 Rabiul Akhir 1443H
02 Dis 2021M
ุงูุณَّูุงَู
ُ ุนََُْูููู
ْ َูุฑَุญْู
َุฉُ ุงِููู َูุจَุฑََูุงุชُู
ุจِุณْู
ِ ูฑَِّููู ูฑูุฑَّุญْู
َِูู ูฑูุฑَّุญِูู
Usah berasa dalam hati mu kesucian dirimu sendiri.
Jangan merasa diri kita lebih baik daripada orang lain kerana kita tidak akan pernah tahu dimanakah saat hati kita ikhlas melakukan amalan-amalan soleh, menasihati orang, serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah SWT.
Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima. Selalu letak diri kita dalam keadaan "aku sedang perbaiki diriku dan cuba bantu orang lain untuk menjadi lebih baik".
ََููุง ุชُุฒَُّููุง ุฃَُููุณَُูู
ْ َُูู ุฃَุนَْูู
ُ ุจِู
َِู ุงุชََّٰูู ﴿ุงููุฌู
: ูฃูข﴾
maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertaqwa.
(An Najm: 32)
Manusia hanya diperintah untuk beribadah dan beramal, dan berusaha mengikhlas diri terhadap Allah ‘Azza wa Jalla. Namun tiada siapa yang tahu apakah amalannya telah diterima Allah ‘Azza wa Jalla.
Seorang yang beriman sentiasa merasa bimbang amalannya tidak diterima Allah ‘Azza wa Jalla .
َูุงَّูุฐَِูู ُูุคْุชَُูู ู
َุง ุขุชَูุง َُُّููููุจُُูู
ْ َูุฌَِูุฉٌ ุฃََُّููู
ْ ุฅَِٰูู ุฑَุจِِّูู
ْ ุฑَุงุฌِุนَُูู ﴿ูฆู ﴾ ุฃَُٰููุฆَِู ُูุณَุงุฑِุนَُูู ِูู ุงْูุฎَْูุฑَุงุชِ َُููู
ْ ََููุง ุณَุงุจَُِููู ﴿ูฆูก﴾ ﴿ุงูู
ุคู
ููู: ูฆู ﴾
Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka; (60) Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya. (61)
(Al Mukminun: 60-61)
Seorang yang beriman itu hanya beramal dan menyerahkan amalannya untuk dinilai oleh Allah ‘Azza wa Jalla setelah ia berusaha bersungguh-sungguh mengikhlaskan diri pada Allah ‘Azza wa Jalla .
َูู
َู َูุงَู َูุฑْุฌُู َِููุงุกَ ุฑَุจِِّู ََْูููุนْู
َْู ุนَู
ًَูุง ุตَุงِูุญًุง ََููุง ُูุดْุฑِْู ุจِุนِุจَุงุฏَุฉِ ุฑَุจِِّู ุฃَุญَุฏًุง ﴿ุงูููู: ูกูกู ﴾
Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
(Al Kahfi: 110)
Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla hanya menerima amalan hambaNya yang dalam hatinya penuh dengan ketakwaan. Iaitu apabila melakukan ketaatan kerana takut kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Juga meninggalkan laranganNya kerana takut kepadaNya.
ุฅَِّูู
َุง َูุชََูุจَُّู ุงَُّููู ู
َِู ุงْูู
ُุชََِّููู ﴿ุงูู
ุงุฆุฏุฉ: ูขูง﴾
Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;
(Al Maidah: 27)
Allah SWT hanya memandang tepat pada hati hambaNya. Wujud keikhlasan atau sekadar penuh riak atau hasad, maka laksanakanlah sesuatu kebaikan hanya kerana mengharapkan redha Allah.
Hanya Allah yang akan terus beri kita petunjuk serta jalan kebenaran.
Justeru, cermatilah hatimu.........
No comments:
Post a Comment