Salam Selasa
16 Jamaddil Awwal 1443H
21 Dis 2021M
ุงูุณَّูุงَู
ُ ุนََُْูููู
ْ َูุฑَุญْู
َุฉُ ุงِููู َูุจَุฑََูุงุชُู
ุจِุณْู
ِ ูฑَِّููู ูฑูุฑَّุญْู
َِูู ูฑูุฑَّุญِูู
Sebahagian besar dosa yang dilakukan oleh manusia berpunca dari nafsunya sendiri. Samada disedari atau tanpa disedarinya...
ุฅَِّู ุงَّْูููุณَ َูุฃَู
َّุงุฑَุฉٌ ุจِุงูุณُّูุกِ ..
Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan..
(Yusuf: 53)
Nafsu yang cenderung dan sering menyuruh kepada kejahatan adalah nafsu yang tidak terdidik. Iaitu yang membiarkannya dikuasai oleh syubhat dan keinginan syahwat. Ditambah lagi dengan kelazatan dan keseronokan mainan dunia dan belaian syaitan.
Akhirnya manusia tanpa sedar, menjadikan nafsunya sebagai tuhan yang disembah dan ditaati. Maka kehidupannya menjadi sesat tanpa hidayah dan petunjuk.
ุฃََูุฑَุฃَْูุชَ ู
َِู ุงุชَّุฎَุฐَ ุฅََُِٰูููู ََููุงُู َูุฃَุถََُّูู ุงَُّูููู ุนََٰูู ุนِْูู
ٍ َูุฎَุชَู
َ ุนََٰูู ุณَู
ْุนِِู ََْูููุจِِู َูุฌَุนََู ุนََٰูู ุจَุตَุฑِِู ุบِุดَุงَูุฉً َูู
َู َْููุฏِِูู ู
ِู ุจَุนْุฏِ ุงَِّูููู ุฃَََููุง ุชَุฐََّูุฑَُูู
Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?
(Al Jatsiyyah: 23)
Jiwa yang tidak mempertuhan serta meyakini Allah sebagai Tuhan akan menyebabkan jiwa yang kehilangan pedoman hidup, kosong tidak mengetahui hakikat sebenar tujuan Allah menciptakannya di dunia.
Manusia yang kosong jiwanya ini akan mulai mencari cari jalan hidup yang boleh ditelusuri bertepatan dengan kehendak hidupnya tanpa pedoman ilahi.
Berbekalkan akal dan nafsu semata mata, maka semahunya dipertuhankan akal untuk mencipta pelbagai falsafah kehidupan yang dilihat elok bagi mereka tetapi sebenarnya hanyalah untuk memenuhi setiap ruang kemahuan jiwa yang rakus yang tidak akan merasa cukup.
Mendidik nafsu bererti memandunya dengan ilmu dan petunjuk Allah, memasak makrifah dan iman kepada Allah, menanam rasa takutkan Allah dan taqwa kepadaNya, menundukkannya dengan perintah dan arahan Allah, dan meyakinkannya pertemuan dengan Allah 'azza wa jalla di akhirat nanti.
َูู
َู ُูุคْู
ِู ุจِุงَِّูููู َْููุฏِ َْููุจَُู
dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.
(At Taghabun: 11)
َูุฃَู
َّุง ู
َْู ุฎَุงَู ู
ََูุงู
َ ุฑَุจِِّู َََูููู ุงَّْูููุณَ ุนَِู ุงََْٰูููู ﴿ูคู ﴾ َูุฅَِّู ุงْูุฌََّูุฉَ َِูู ุงْูู
َุฃَْٰูู ﴿ูคูก﴾
Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya).
(An Nazi'at: 40-41)
َูุงุณْุชَุนُِูููุง ุจِุงูุตَّุจْุฑِ َูุงูุตََّูุงุฉِ َูุۚฅََِّููุง ََููุจِูุฑَุฉٌ ุฅَِّูุง ุนََูู ุงْูุฎَุงุดِุนَِูู ﴿ูคูฅ﴾ ุงَّูุฐَِูู َูุธَُُّููู ุฃََُّููู
ู
َُّูุงُูู ุฑَุจِِّูู
ْ َูุฃََُّููู
ْ ุฅَِِْููู ุฑَุงุฌِุนَُูู ﴿ูคูฆ﴾
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', (iaitu) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.
(Al Baqarah: 45-46)
َูุงْูู
ُุฌَุงِูุฏُ ู
َْู ุฌَุงَูุฏَ َْููุณَُู ِูู ุทَุงุนَุฉِ ุงِููู
Seorang mujahid ialah yang berjihad bersungguh-sungguh menundukkan nafsunya pada mentaati Allah.
(Hadith Riwayat Baihaqi)
Justeru, bersungguh-sungguhlah dalam mendidik nafsumu sendiri demi membersihkan kehidupanmu dari dosa-dosa yang tidak tertanggung........
No comments:
Post a Comment