Salam Selasa
09 Jamaddil Awwal 1443H
14 Dis 2021M
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
Kebahagiaan
وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا ۖ
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi".
(al-Qasas: 77)
Sambungan perbincangan mengenai hakikat kebahagiaan.
Kebahagiaan adalah ketenangan dan ketenteraman dalam hati. Tiada kebahagiaan tanpa sakinah (ketenangan) dan thuma’ninah (ketenteraman). Dan tiada ketenangan dan ketenteraman tanpa iman.
هُوَ الَّذِي أَنزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَّعَ إِيمَانِهِمْ ۗ
“Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada)".
(al-Fath: 4)
Keimanan yang suci serta bersih dari syirik akan melahirkan kebahagiaan yang didambakan.
قُلۡ إِنَّمَاۤ أَنَا۠ بَشَرࣱ مِّثۡلُكُمۡ یُوحَىٰۤ إِلَیَّ أَنَّمَاۤ إِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهࣱ وَ ٰحِدࣱۖ فَمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ لِقَاۤءَ رَبِّهِۦ فَلۡیَعۡمَلۡ عَمَلࣰا صَـٰلِحࣰا وَلَا یُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦۤ أَحَدَۢا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa tujuan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya Kepada Tuhannya".
(Al-Kahfi: 110)
Oleh itu, seseorang yang hidup tanpa iman di hatinya pasti akan selalu dirundung rasa takut, was-was, gelisah dan serabut. Adapun bagi orang beriman tidak ada rasa takut sama sekali, selain takut kepada Allah SWT. Inilah kebahagiaan yang sebenar.
وَأَمَّا الَّذِينَ سُعِدُوا فَفِي الْجَنَّةِ خَالِدِينَ فِيهَا مَا دَامَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ إِلَّا مَا شَاءَ رَبُّكَ ۖ عَطَاءً غَيْرَ مَجْذُوذٍ
“Adapun orang-orang yang berbahagia, maka tempatnya di dalam syurga, mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain); sebagai kurnia yang tiada putus-putusnya”.
(Hud: 108)
Carilah kebahagiaan yang sebenar dengan menggandakan ketaatan kepada Allah SWT. Semoga beroleh kebahagiaan, ketenangan dan ketenteraman zahir dan batin......
No comments:
Post a Comment