Tuesday, 29 March 2022

Never Give Up..Yes..Never Ever.. Allah Always With You

Never Give Up..Yes..Never Ever.. Allah Always With You 

Ini kalimat yang dari dulu kau ungkapkan..sentiasa..

Dan beberapa kali juga kau diuji..uji..dan uji..sehingga tersungkur..lelah terasa..tak ingin lagi meneruskan hidup yang dirasakan sukar dan menyesakkan dada.

Namun, peringatan demi peringatan, ilham demi ilham dikurniakan.

Kini kau bangkit, dengan lebih tenang.
Sabar dan tersenyum walau dilanda badai.
Kerna kau yakin, Allah sentiasa bersama.
Allah takkan membiarkan kau jatuh.
Allah sentiasa ada di kala kau bersedih.
Allah sentiasa mencurahkan sayang dan cintaNya, ditarik kembali kepadaNya di waktu kau menjauh.

Ketika kau lalai, jentikkanNya pedih namun penuh rahmat dan kasih, bagaikan terubat kembali kesakitan yang dirasai, titis air mata mengalir deras, mengungkapkan 

Ya Allah, betapa Engkau sayang dan cintakan hamba Mu yg lalai, yang hanyut ini. Tak terhitung rahmat kasih Mu yang sentiasa inginkan syurga buat hambaMu.

Aku kuat kerana Allah Maha Kuat
Never Give Up


Tazkirah Isnin
25 Syaaban 1443H 
28 Mac 2022M

Tazkirah Dhuha : Peringatan dari AlQuran 📖

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Perbanyakkan doa kebaikan, mohon ampun dan jangan pernah putus asa.

Kenapa jangan pernah putus asa...

Manusia diciptakan oleh Allah di dunia ini semata-mata untuk beribadah kepada-Nya. Dan berikhtiar di jalan kebaikan juga ibadah. Kalau belum mati, bererti ibadah tetap dilaksanakan semampunya. Kalau belum mati, bererti ikhtiar tetap jalan.

Manusia tidak ditugaskan untuk menentukan takdir kerana hanya Allah yang menentukan. Urusan manusia hanya berdoa dan beribadah (termasuk ikhtiar) dengan niat kerana Allah. Takdir, Allah lah yang mengurusnya dan pasti kita diberikan yang terbaik.

Tidak ada perbuatan sekecil apapun yang disia-siakan oleh Allah, termasuk juga ikhtiar. Apapun hasilnya, terus saja ikhtiar dan perbaiki apa yang perlu diperbaiki kerana perbuatan sekecil apapun akan diberi balasan kebaikan yang lebih oleh Allah terutama di akhirat kelak selama niat dan caranya benar.
Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Jika Allah menghendaki sesuatu, pastilah terjadi apa yang dikehendaki-Nya tanpa boleh dihalangi siapapun. Jika menciptakan dunia dan isinya saja terlalu mudah bagi Allah, apalagi hanya menyelesaikan masalah yang kita hadapi, tentu amat mudah bagi-Nya. Kita diberi kesempatan untuk berikhtiar oleh Allah agar semakin banyak pahala yang kita dapatkan dan yang mendapat kebaikannya adalah diri kita sendiri.

Allah senantiasa memperhatikan kita dan tahu persis apa yang sedang kita hadapi. Segalanya terukur sempurna sesuai ketentuan-Nya.

Setiap persoalan pasti ada jalan keluarnya. Sudah berapa tahun kita hidup dan sudah berapa banyak masalah yang kita hadapi, dan terbukti sekarang kita masih boleh menikmati hidup. Allah yang paling tahu bila waktunya dan cara masalah tersebut selesai.

Allah Maha Kuat dan Dia Maha Kuasa memberikan kemampuan kepada para hamba-Nya untuk berikhtiar di jalan-Nya. Jika kita dikuatkan Allah, masalah akan terasa ringan. Tidak ada yang sulit jika Allah mudahkan.

Allah tidak menyukai orang yang berputus asa dan Allah mencintai orang mukmin yang kuat, yang bersungguh-sungguh. Lebih dari cukup bagi kita bahawa Allah adalah alasan kenapa kita jangan berputus asa.
“Laa hawla wa laa quwwata illaa billaah”.
 
Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada seorang mukmin yang lemah dalam segala kebaikan.

Peliharalah apa-apa yang menguntungkan kamu dan mohonlah pertolongan Allah, dan jangan lemah semangat (patah hati).

Jika ditimpa suatu musibah janganlah berkata, “Oh andaikata aku tadinya melakukan itu tentu tak akan jadi begini dan begitu”, tetapi katakanlah,
“Ini takdir Allah dan apa yang dikehendaki Allah pasti dikerjakan-Nya”.
“Ketahuilah, sesungguhnya ucapan “andaikata” dan “jikalau” membuka peluang bagi (masuknya) kerja syaitan”.
(Hadith Riwayat Muslim)

Waktu doa paling mustajab...

Dari Ibnu Abbas RA katanya, Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jemaah sedang solat berjemaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda:
"Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah SWT".

Kedudukan sujud ialah dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki, dan dahi pada lantai. Ketika Allah meminta para malaikat bersujud kepada nabi Adam AS bererti inilah tingkat tertinggi dari sebuah penghormatan.

Sujud hanyalah untuk Allah SWT. Allah meminta malaikat sujud hormat, bukan sujud. Penyembahan dan mengajar kita bahawa tingkat paling tinggi dari rasa hormat adalah "Sujudlah pada Ku."

Tidak ada penyembahan yang lebih baik daripada sujud. Itulah sebabnya mengapa kita, umat Islam berbeza daripada umat agama lain. 

Kita meletakkan dahinya atau kepalanya yang paling mulia ke tanah. Hal ini sekaligus membuang sifat angkuh seseorang dan menggantinya dengan berserah kepada Tuhan-Nya yang paling Agung. Inilah nilai kehambaan yang sebenar yang mengundang rahmat dan keberkatan daripada Allah.

Apakah kalian mahu putus asa dengan Allah? Sedangkan Dia Maha Pengampun segala dosa...

 أَنَّهُ مَنْ عَمِلَ مِنْكُمْ سُوءًا بِجَهَالَةٍ ثُمَّ تَابَ مِنْ بَعْدِهِ وَأَصْلَحَ فَأَنَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

"bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
(Al-An'am: 54)

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ سَعْدَانَ الْجُهَنِيِّ عَنْ سَعْدٍ أَبِي مُجَاهِدٍ الطَّائِيِّ وَكَانَ ثِقَةً عَنْ أَبِي مُدِلَّةَ وَكَانَ ثِقَةً عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ يَرْفَعُهَا اللَّهُ دُونَ الْغَمَامِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَتُفْتَحُ لَهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَيَقُولُ بِعِزَّتِي لَأَنْصُرَنَّكِ وَلَوْ بَعْدَ حِينٍ

"Ada tiga orang yang tak akan ditolak doanya; imam yg adil, orang yang berpuasa hingga berbuka dan doa orang yang teraniaya. Allah akan mengangkatnya di bawah naungan awan pada hari kiamat, pintu-pintu langit akan dibukakan untuknya seraya berfirman: Demi keagungan-Ku, sungguh Aku akan menolongmu meski setelah beberapa saat".
(Hadith Riwayat Ibnu Majah)

حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ عُبَيْدِ اللَّهِ الْمَدَنِيُّ قَالَ سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي مُلَيْكَةَ يَقُولُ سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ قَالَ ابْنُ أَبِي مُلَيْكَةَ سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرٍو يَقُولُ إِذَا أَفْطَرَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي

"Sungguh orang yang berpuasa mempunyai doa yang dikabulkan dan tak akan ditolak tatkala berbuka puasa. Ibnu Abu Mulaikah berkata, Aku mendengar Abdullah bin Amru berdoa saat berbuka puasa, ALLAHUMMA INNI AS`ALUKA BIRAHMATIKAL LATII WASI'AT KULLA SYAI'IN AN TAGHFIRA LII (Ya Allah, sesungguhnya aku meminta-Mu dengan rahmat-Mu yang meliputi setiap sesuatu, agar Engkau mengampuniku)".
(Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Jangan putus asa...

لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ ۚ

"janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah".
(Az-Zumar: 53)

Justeru, perbanyakkanlah berdoa, jangan berputus asa dan mohonlah pertolongan Allah...

No comments: