Janganlah memandang pada serabutnya di depan, tetapi arahkan mata hati memandang pada laut dan langit yang luas terbentang.
Apabila melihat rezeki di tangan, jangan dilihat kecilnya nilai, tetapi renunglah dengan melihat kepada kemurahan dan kekayaan Maha Pemberi.
Terasa sempit kerana kurangnya kita bergantung kepada Yang Maha Pemberi Rezeki, Ar Razzaq.
Terasa sesak di dada kerana kurangnya yakin kepada Allah Yang Maha Mencinta hambaNya.
Mohonlah kecukupan dalam menikmati rezeki yang dikurniakan.
Kecil nilai wang ringgit, tetapi mampu membahagiakan dan memberi ketenangan itu lebih bermakna, lebih mahal harganya apabila meletakkan Allah yang utama dalam diri, dalam jiwa, dalam hati..di kala hambaNya yakin, setiap takdir, adalah yang terbaik, setiap yang berlaku, ada Allah yang Maha Melindungi.
Semoga kita semua diberikan kecukupan
Semoga kita semua diberikan hati yang sentiasa mensyukuri yang sedikit
Semoga kita semua diberikan hati yang besar melalui ujian yang menyempitkan
Semoga kita semua dikurniakan hati yg sabar dan redha..
Dan kembali kepadaNya dalam keadaan Ya Allah aku redha, aku hambaMu.
Salam Jumaat terakhir sebelum Ramadhan
No comments:
Post a Comment