Wednesday, 16 March 2022

Pengalaman sebagai Orthopod - Kepenatan Bekerja?


Throwback
Once upon a time in Labuan

Hari ni..15.3.2021..

Pesakit 1 - masih bertarung antara kaki kanannya dapat diselamatkan atau tidak. Penilaian merasakan masih ada peluang untuknya, walaupun fungsi tidak sepenuhnya normal. Kaki kirinya juga patah, masih belum selamat untuk dimasukkan besi.

Pesakit 2 - setahun setengah selepas kemalangan..dipotong kakinya separas paha, hancur teruk. Waktu malam pembedahan dijalankan, kami kepenatan yang amat ketika itu. Hari ini, pesakit datang semasa sidang jemaah PERKESO, berjalan kaki sendiri memakai prosthesis, berpuas hati dan berdikari. Alhamdulillah. Penat yang dulu terubat
Pesakit 3 - di dewan bedah ketika ini.. akibat komplikasi diabetes, kaki kirinya terpaksa dipotong juga. Kaki kanan? Pun dah dipotong lama dulu. Kaki palsu? Bukan calon yang sesuai.

Penat kena datang buat pembedahan waktu malam? 

Penat ke kerja sebagai doktor? 

Pikir itu ini..dengan tekanan dan harapan..

Tak la.. 

Bila ada empati terhadap pesakit2 ini, penat itu hilang, kerana risau kita,mereka lagi risau..

Seorang pakar ortopedik pernah beri nasihat kepada pesakit : 

kami mungkin boleh tolong up kan fungsi dari 60% ke 80%, tetapi nak dapat 100%, hanya Allah yang boleh bagi.

Tugas kita, buat yang terbaik, serahkan segala kepada Allah SWT.. 
La Hawla Wala Quwwata Illah Billah.

Masih penat?
Tak..

#nevergiveupaA #yogurtsedapaA #selfreminderquotesaA #kita #findinspirationtodayaA #hidupkubukanmainan #inspirasiberteleku

No comments: