Tuesday, 12 October 2021

Peringatan dari AlQuran : Ukhuwah Fillah Bahagian 2

Salam Selasa
28 Safar 1443H
05 Okt 2021M

Tazkirah Subuh : Peringatan dari AlQuran 📖

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِي

(Bahagian akhir)

Alangkah beruntungnya dapat bersahabat fillah. Alangkah beruntungnya ukhuwwah fillah terpelihara dan terjaga....

Allah ta'ala berfirman kepada Rasulullah SAW:

وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا ﴿٢٨

“Dan janganlah kau patuh akan orang yang telah Kami lupakan akan hatinya daripada mengingati Kami dan terus sahaja mengikut hawa nafsunya”.
(Al-Kahfi: 28)

Maka jauhi daripada bersahabat dengan orang yang fasik kerana berterusan melihat perkara-perkara fasik dan maksiat itu akan menghilangkan kebencianmu terhadap maksiat tersebut lalu akhirnya kau merasa ringan memandang maksiat. Cuba kau lihat. Orang ramai menganggap mudah dosa ghibah (mengumpat) kerana mereka sudah biasa melakukan maksiat tersebut tapi jika mereka melihat seorang alim memakai cincin emas dan kain sutera nescaya mereka amat mengingkarinya. Padahal dosa ghibah itu jauh lebih besar daripada memakai cincin emas atau pakaian sutera.


4. Jangan bersahabat dengan orang yang tamakkan dunia

Bersahabat dengan orang sebegini umpama racun yng dapat membunuh, kerana sudah menjadi tabiat seseorang itu cepat sekali meniru dan mengikut tabiat orang lain dan perangai yng baik cepat sekali berubah menjadi jahat, sedangkan kita tidak menyedarinya. Maka suka bersekedudukan dengan orang yang tamak pada dunia akan menambah tamakmu terhadap dunia. Dan sebaliknya jika suka bersekedudukan dengan orang yang zuhud akan menambah zuhudmu pada dunia.

5. Orang yang benar

Jangan bersahabat dengan pendusta. Barangkali dia akan menipu kamu kerana dia laksana fatamorgana yang seakan-akan mendekatkan yang jauh atau menjauhkan yang dekat.

Inilah 5 syarat yng perlu dicari dalam pemilihan sahabat. Barangkali susah untuk mendapatkan seseorang yng memiliki kesemua sifat-sifat ini walaupun pada orang yang mengaji di surau-surau atau duduk beribadat di dalam masjid.

Oleh itu, tiada jalan bagimu kecuali kau memilih satu di antara dua jalan ini:

Pertama: Ber’uzlah iaitu mengasingkan diri daripada orang ramai, kerana di situlah terletaknya keselamatanmu.

Kedua: Bergaul dgn orang ramai mengikut kedudukan mereka masing-masing yang berdasarkan kepada 3 pembahagian:

1. Saudaramu untuk akhiratmu, maka janganlah kau perhatikannya padanya kecuali hal-hal agama.

2. Saudaramu untuk duniamu, maka janganlah kau perhatikan padanya kecuali hanya akhlak yang baik.

3. Saudaramu untuk kejinakan hatimu, maka jangan kau perhatikan padanya kecuali hanya keselamatanmu dari kejahatannya, fitnahnya dan keburukannya.

Di dalam perumpamaan lain, manusia itu terbahagi kepada 3, iaitu:

1. Orang yang seumpama makanan asas yng tidak boleh tidak daripadanya.

2. Orang yang seumpama ubat yng diperlukan pada masa-masa tertentu sahaja bukan setiap masa.

3. Orang yang seumpama penyakit yang  perlu dihindari daripadanya, namun terkadang seorang hamba itu dibalakan dengannya walaupun penyakit itu tidak disenanginya dan tiada manfaatnya. Maka perlulah seseorang itu mengambil langkah-langkah  bijak supaya dia dapat selamat daripadanya. Namun, di dalam penyakit itu ada satu rahsia besar seandainya kau mampu menghadapinya, iaitu apabila kau cuba memperhatikan keadaannya dan kesannya yang buruk, lalu setelah itu kau pun menjauhkan diri daripadanya.

Justeru, perhatikanlah dengan siapa engkau bersahabat agar akan dapat reunion dengan sahabatmu di akhirat nanti di syurga......

No comments: