Wednesday, 6 October 2021

Peringatan dari Al Quran : Ukhuwah Fillah Bahagian 1

*Siri perkongsian dari group pengajian 

Salam Isnin
27 Safar 1443H
04 Okt 2021M

Tazkirah Subuh : Peringatan dari Al-Quran ๐Ÿ“–

ุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชู‡ُ
ุจِุณْู…ِ ูฑู„ู„َّู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญْู…َู€ู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู…

(Bahagian pertama)

Alangkah beruntungnya dapat bersahabat fillah. Alangkah beruntungnya ukhuwwah fillah terpelihara dan terjaga...

Dalam kitab Bidayatul Hidayah oleh Al Imam Ghazali rahimahullahu taala:

Dalam bersahabat, ada dua pokok utama yng perlu diperhatikan:

1- Cara memilih sahabat.
2- Cara menunaikan hak-hak persahabatan (adab- adab bersahabat)

Lalu beliau menghuraikan cara memilih sahabat dengan katanya:

Dalam bersahabat, hendaklah diperhatikan syarat-syarat bersahabat. Maka jangan kau bersahabat kecuali dengan orang yng layak untuk dijadikan sahabat.
Rasulullah SAW bersabda:

 ุฑูˆุงู‡ ุฃุญู…ุฏ ูˆุบูŠุฑู‡ ุฃู† ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู‚ุงู„: ุงู„ู…ุฑุก ุนู„ู‰ ุฏูŠู† ุฎู„ูŠู„ู‡ ูู„ูŠู†ุธุฑ ุฃุญุฏูƒู… ู…ู† ูŠุฎุงู„ู„

"Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya. Oleh kerana itu, hendaklah seseorang kamu melihat terlebih dahulu siapakah yng patut dijadikan sahabat".
(Hadith Riwayat Abu Daud , At-Tirmidzi, Ahmad dan Al-Baihaqi)


Maka, apabila kau mahu mencari sahabat yng ingin dijadikanmu sebagai pembantu dalam menuntut ilmu dan di dalam urusan agamamu dan duniamu, hendaklah dipastikan padanya 5 syarat:

1. Orang yang berakal:

Tidak ada kebaikan bersahabat dengan orang yang bodoh, kerana ianya akan membawa kepada pemusuhan dan menyakitkan hati. Paling baik pun, yang akan kau dapati daripadanya hanyalah kau terselamat dari mudaratnya, sedangkan dia berusaha membawa manfaat kepadamu. Ianya kerana musuh yang berakal itu lebih baik daripada sahabat yang bodoh. Di dalam hal ini, Saidina Ali bin Abi Talib RA pernah berkata:

*Dan jangan kau bersahabat dengan orang yang bodoh. Jauhi akan dia.
*Berapa banyak orang yang jahil yang telah membinasakan orang alim ketika dia bersahabat dengannya.
*Seseorang itu akan dinilai mengikut tingkatan sahabatnya, ketika dia berjalan dengannya.
*Kerana bagi segala sesuatu ada ukuran dan keserupaannya.
*Maka begitulah halnya hati yang menyerupai hati yang lain. Ia akan menunjukkan hubungan ketika adanya pertemuan (persahabatan).

2. Orang yang baik akhlaknya:

Janganlah kau bersahabat dengan orang yang jahat perangainya, iaitu orang yang tidak dapat mengawal dirinya ketika marah dan ketika dia dirangsang oleh nafsu syahwatnya. Dan Saidina ‘Alqamah telah menghimpunkan segala akhlak yang baik dalam wasiatnya kepada anaknya ketika beliau hendak meninggal dunia, ‘Alqamah berkata:

Wahai anakku! Apabila kau mahu bersahabat dengan seseorang, maka jalinkanlah persahabatanmu dengan orang yang:

1. Apabila kau berkhidmat dengannnya, dia akan memeliharamu.

2. Apabila kau bersahabat dengannya, akan bertambah nilai dirimu.

3. Apabila kau ditimpa kesusahan, dia akan turut sama menanggung kesusahanmu.

4. Apabila kau menolongnya, nescaya dia akan membalas jasamu.

5. Apabila dia melihat kebaikanmu, nescaya dia akan mengambil kira akannya (nilai kebaikan tersebut).

6. Apabila dia melihat kejahatan pada dirimu, nescaya akan ditutupkannya olehnya.

7. Apabila engkau berkata, nescaya dia akan membenarkan perkataanmu.

8. Apabila engkau mengusahakan sesuatu perkara, nescaya dia akan menolongmu.

9. Apabila engkau berselisih dengannya akan sesuatu, nescaya dia akan melebihkanmu.

Dan berkata Saidina Ali bin Abi Talib RA:
"Saudaramu yang sebenarnya adalah orang yang selalu menolongmu (di waktu senang dan susah) dan dia sanggup berkorban ntuk memberi manfaat kepadamu, dan dia sanggup memecahkan (menyelerakkan) segala urusannya untuk menolongmu dalam menghadapi bala dan ujian".

3. Orang yang soleh

Jangan kau bersahabat dengan orang yang fasik yang selalu mengerjakan dosa besar, kerana orang yang takut akan Allah itu tidak kekal dalam membuat dosa besar dan orang yang tidak takut akan Allah itu tidak dapat dipercayai sepenuhnya. Bahkan pendirian tidak tetap, selalu berubah-ubah mengikut keadaan dan tekanan.

(Bersambung esok bahagian yang akhir)

No comments: