Tuesday, 12 April 2022

Impian Kematian Ku 1

Banyak sekali kisah kematian di kalangan sahabat2 sejak kebelakangan ini..dan juga pelbagai lagi kisah mereka yang mendapat husnul khatimah.


Dan antara cita-cita kematian ku ialah

AKU MATI DALAM KEADAAN HATI INI TIDAK MEMBENCI SERTA TIDAK BERSANGKA BURUK DENGAN MANA-MANA MUSLIM..

YANG ADA HANYALAH KASIH SAYANG DAN DOA BUAT SAUDARA SE-ISLAM SEKALIAN.

Ampunkan segala dosa dan khilaf ku wahai semua insan. 

Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Friday, 1 April 2022

Cukupkan Aku dengan Yang Sedikit

Janganlah memandang pada serabutnya di depan, tetapi arahkan mata hati memandang pada laut dan langit yang luas terbentang.

Apabila melihat rezeki di tangan, jangan dilihat kecilnya nilai, tetapi renunglah dengan melihat kepada kemurahan dan kekayaan Maha Pemberi. 
Terasa sempit kerana kurangnya kita bergantung kepada Yang Maha Pemberi Rezeki, Ar Razzaq.
Terasa sesak di dada kerana kurangnya yakin kepada Allah Yang Maha Mencinta hambaNya.

Mohonlah kecukupan dalam menikmati rezeki yang dikurniakan.

Kecil nilai wang ringgit, tetapi mampu membahagiakan dan memberi ketenangan itu lebih bermakna, lebih mahal harganya apabila meletakkan Allah yang utama dalam diri, dalam jiwa, dalam hati..di kala hambaNya yakin, setiap takdir, adalah yang terbaik, setiap yang berlaku, ada Allah yang Maha Melindungi.

Semoga kita semua diberikan kecukupan
Semoga kita semua diberikan hati yang sentiasa mensyukuri yang sedikit
Semoga kita semua diberikan hati yang besar melalui ujian yang menyempitkan
Semoga kita semua dikurniakan hati yg sabar dan redha..
Dan kembali kepadaNya dalam keadaan Ya Allah aku redha, aku hambaMu.

Salam Jumaat terakhir sebelum Ramadhan