Sunday, 24 May 2015

Akhirnya..satu penantian menanti

22/5/2015 Jumaat

Salam sejahtera semua...
berzaman sudah..macam-macam hal berlaku dalam hidup

Alhamdulillah dah lepas exam Part One MMed Ortho USM..tapi belum tahu keputusan lagi..sekadar berjaya melepasi dan melalui peperiksaan yang penuh dugaan dalam kesungguhan.

Entah bila nak dapat result pun tak tahu la..
setakat ni baru seminggu naik keje..bab-bab ward round ni memang kurang semangat skit la...dah lama tinggal kan..tapi onkol dah dua kali ni..rasa ok jer..tak teruk sangat..cuma kerap sakit kepala dan sakit tengkuk..mungkin sebab nak lepaskan stress semasa exam tu..badan dari asyik duk sympathetic jer..berdebar je...tiba saat dah habis semua...terus lembik longlai siap dapat exudative tonsillitis lagi tiga hari..makan tak seberapa tapi berat maintain..apekah...??haha..

hari ni onkol yang keempat sejak naik keje..ada satu je lagi next week.
Sebenarnya result unofficial dah keluar..ada dengan HOD Ortho USM..kalo nak tahu kena call personally..result official plak next week..
tapi tak berani nak tahu result LULUS ke sebaliknya..sebab hari ni onkol..esok nak gotong royong dan picnic tepi pantai..lusa nak assist kes spine. Takut spoil mood..hehe..

On the way gi keje semalam pagi...bukak radio IKIM..sempat la dengan slot motivasi pagi..

"Wasta'inu bis-sobri was-solah"
minta pertolongan dengan Allah dengan sabar dan bersolat..

Allah dah tentukan rezeki kita..kita minta..tak semestinya dapat terus..mungkin Allah tangguhkan rezeki kita...permintaan kita untuk elak yang buruk berlaku..

contoh..mungkin kalo bagi LULUS..Allah nak uji kita dengan sifat riak dan bangga diri..kalo Allah bagi GAGAL..Allah nak uji kita adakah kita makin jauh dengan Dia atau mungkin Allah nak dengar kita meminta dari Dia..

setiap perkara yang datang dalam hidup kita adalah dugaan..

so yang penting, kepada Allah kita kembali dan bersyukur dengan segala nikmat-Nya..

dan dalam solatlah perangai kita yang sebenarnya akan nampak dan hanya Allah yang tahu bagaimana sikap kita semasa solat..bagaimana kita khusyuk, mengagumi kekuasaan Allah dan kebesaran-Nya..bagaimana kita memohon dari Dia..adakah sekadar minta dengan mengucapkan doa tanpa menghayati doa itu..atau bersungguh2 minta dan berusaha?..

bila dah berusaha..didik dan doa untuk diperkuatkan hati agar dapat menerima dan redha dengan segala ketentuan Allah..apa saje keputusan exam yang keluar..itu yang terbaik buat kita..

jangan mengeluh..jangan berkata "Kalau..dan kalau.." itu dah macam tak terima qada' dan qadar..

Harapnya selepas kami dapat result nanti, kami lebih dekat dengan Allah..lebih kuat semangat dan lebih rajin berusaha pada masa sama mampu membaiki dan memperelokkan lagi hubungan dengan sesama manusia dan sekeliling..

ingat..nak berjaya bukan dengan usaha kita sahaja..kalo perangai bagus..tepati solat, rajin baca buku tapi mulut jahat..mengata orang jer...buat orang lain sakit hati etc..pun susah nak berkat ilmu yang dipelajari..

Sekian untuk kali ni..






No comments: