Bila la nak istiqamah update blog ni..
lepas setahun..setahun sekali update agaknya..kalo dulu ada la jugak weekly..
Haissh...bad attitude..bad..bad..
Ni mata ngantuk..tapi takleh nak tido...sambil duk tenung botol Pati Ikan Haruan Polleney ni..
nak telan ke tak nak telan..siap bukak blog orang lain lagi..review diorang nyer komen pasal rasa pati ni..
Bismillah...bukak penuttup dan cuba teguk skit..
eh..sedap gak..macam minum sos ikan..haha..macam budu cair pun ada..
Alhamdulillah dilahirkan sebagai anak Kelantan..boleh la nak telan budu haruan ni...hmmm..
Baiklah..cukup dulu ngan cerita pembukaan tu..
Kali ni nak share pasal pengalaman jadi Medical Officer ni..
Kebanyakan House Officer (Pegawai Perubatan Latihan Siswazah) memang tak sabar nak jadi Medical Officer kan...katanya bebas daripada jadi Hamba Orang (HO gak)..
katanya nanti bila dah jd MO..boleh buat locum..kerja extra kat klinik swasta..boleh dapat income lebih..
tapi jadi MO ni tak seindah dan sesenang itu ye..setiap kenaikan pangkat tu disertai dengan bebanan tanggungjawab yang amat berat..
Maka..tak boleh diambil ringan..
Berat ke tanggungjawab jadi MO ni??
Kalo ikut memula jadi MO dulu..berdebar kot sebulan terakhir sebelum menamatkan HO..
tido malam tak lena..makan tak lalu..dapat no. lesen pun..duk tenung je..
Yer la..mana taknya..ape2 yang direview akan ditulis sebagai
" S/B Dr. XXXXX"..
so ape2 yang didokumenkan akan menjadi tanggungjawab MO tu..bukan setakat yang didokumenkan..malah mana2 finding klinikal, lab result itu ini dan management patient itu sama ada yang diinform atau tidak tapi dah ready masa tu..akan jadi TANGGUNGJAWAB MO itu..
ingat tu..kalo ada yang miss..tak review sedangkan semua dah sedia di saat tu..if ada sebarang issue..akan jadi tanggungjawab.
Kalau HO salah dokumen pun..MO tak check..in case ada isu..pun MO yang kena..HO covered..
susah tak??
lagipun memang tugas MO untuk check balik dokumentasi HO..mana yang ada miss...mana yang order tak carry out..tak buat lagi..MO kena ingatkan or setelkan sama ngan HO..ingat..layan HO macam kawan..as a team..bukan macam Hamba Orang sebab actually HO la yang tolong MO setelkan keje MO..
Maybe ramai MO tak setuju..maybe ramai akan kata..kalau HO tak buat keje..MO yang buat keje diorang..bila diorang nak belajar??
Boleh belajar..tapi sambil MO setelkan..HO belajar la dari diorang..lagi2 kalau HO tu baru first poster..inilah masanya nak sesuaikan diri dengan alam keje..yang beza sanagt ngan alam belajar kat medical school dulu..
so kalau kita baik ngan diorang..ajar diorang leklok..pandai la diorang n in the future..dapat elak diorang buat silap n prevent mistakes yang mana maybe kita yang kena tanggung satu hari nanti..
so saper kata MO lagi relax??
kalau kata MO relax..malas la tu..hehe
so sekarang nampak tak mana yang beratnya??
Saya diajar oleh bos2 dan senior dimana kalau ada mismanagement kat patient, MO yang akan dipersalahkan..MO tak boleh sesekali tuding jari pada HO..tapi tak bermakna HO buat salah tak boleh ditegur..boleh..tapi dengan cara yang elok la..berhikmah..bukannya marah2 balik notes patient..tengking2 HO depan pesakit dan relatives..itu tak hormat orang sebenarnya..kesian HO..diorang pun ada perasan..tegur baik2..maka diorang pun akan respect dengan MO dan mana tahu..diorang lagi akan cuba impress kita in the future..
Tugas MO pun bukan setakat masuk keje jam 8 pagi..balik jam 5petang STAT..
tak la..
itu hanya atas kertas..tapi bukan sebenarnya..
kekadang kerja wad tak habih..tugasan di dewan bedah tak habih ikut time..kena la setelkan dulu sebelum balik..
Malu eh nak pass kat orang oncall untuk diorang setelkan wardwork yang kita tinggalkan..
so maybe balik kul 6..ada sampai kul 9 malam pun ada jugak...
Lagi la kalau kes yang potential medico legal..lagi la kena detail buat itu ini..
saya juga diasuh..diajar oleh senior2 saya..if attend that such case..baik MO sendiri yang buat full examination dan dokumenkan fidning dan clinical plan..tak perlu HO..termasuk la review sendiri Xray2 tu dan yang lain2..
sebab kalo ada aper2 yang tertinggal..masuk court..HO lepas..MO yang kena..masa tu tak leh dah nak kata salah HO..
kesimpulannya..tahap paranoid terhadap HO mesti lebih tinggi bila dah jadi MO..tapi jangan la tinggi sangat sampai tak trust langsung diorang..ramai HO yang bagus2 dan boleh dipercayai..ada..
Tugas MO pun perlu untuk update knowledge dan skil..yer la..bila dah lama keje..mestilah yang junior ni akan expect more dari MO yang dah senior..
mereka akan jangka yang kita lebih tahu banyak dari mereka..tanya itu boleh jawab..tanya ini boleh setel..
so penting untuk terus belajar..baca dan baca..if ditanya tak boleh nak jawab..jgn guna alasan..
" itu pun tak tahu ke"
" benda simple macam ni pun tak tahu nak manage"
"ini nak tanya..itu nak tanya.."
senang je kalo ada alasan begini..maknanya MO tu pun tak tahu..itu akan menunjukkan lagi kebodohsombongan MO tu depan HO..
so ape yang boleh dibuat..jawab la dengan
" ooo..saya tak pasti..tapi nanti saya akan cuba cari jawapan..kita bincang sama2 esok or bila2.."
" saya tak tahu tapi awak boleh cuba tanya MO lain.."
senang citer mengaku je la tak tahu..be humble..jgn bagi alasan yang menampakkan kita ni sombong..
tak bagus..
so secara tak sengaja..kita akan mula mencari jawapan pada persoalan yang ditanya..at the same time kita dapat improve kita punya knowledge..kan bagus begitu..
so..tugas MO ni bukan setakat keje je..tapi kena update ilmu tu..supaya pengalaman bertambah..pengalaman berilmu..
apa yang boleh dibuat??
yer la bila banyak tanggungjawab..makin stress la gamaknya..
nak elak stress..treat others as a team..treat HO..SN..even PPK sebagai kawan dan pasukan keje..bukan macam kuli..be humble..humble and humble..
tak perlu nak marah2..tengking2..muncung mulut monyok macam ayam sakit..
itu precursor untuk suasana keje yang tak memuaskan dan tak sihat..
Jadi..kejelah dengan ceria..ceria dan ceria..senyum..senyum dan senyum even terpaksa..
susah nak senyum..makan cokelat..
hehehe..
btw..dah ngantuk..
berjaya telan Pati Ikan Haruan ni..tinggal seteguk lagi..yekk...
semoga jumpa lagi dalam post yang akan dtg..
8 comments:
Saya HO 1st poster medical kat HSNI BP..
Mmg ada MO yg buat kita mcm hamba..
Kadang lambat tulis pun kena marah..
Kalau lambat buat order yg stat pun kna marah..
Byk kot nak cover ramai pt..
Bila kita blur tanya MO, dia suruh tanya senior HO..
Stress saya dibuatnya..
hi..
selamat enjoy ur housemanship kat HSNI BP..
sana kerja best kalau kerja as a team..jgn ikut hierarki..jgn kerja nak mengarah je..dun be calculative..berbaik lah dengan sesaper pun..SN, PPK, org lab..specialist, MO dan semua la..
amalkan bila dtg kerja..senyum..xkira selisih dengan sesaper pun..jd peramah..
so kalau kena marah ngan MO tu..hati kita x la panas membara smpai jumpa org lain pun rasa nak muncung je mulut..sebab kita tahu org lain tu x buat masalah ngan kita..
environment kerja sana sgt best..
be humble..
jgn stress lebih2...cari masa release tension..bowling, paintball (ortho aktif benda ni), g pantai etc..
MO sepatutnya sentiasa berada ja dalam satu2 unit wad.. kalau 30 minit tu Ok..la.. ini berjam jam..tak ada MO.. patient dah blh nak discharge.. tunggu nak sign MO ja kat Borang. Hampeh berjam jam tunggu..tak muncul2 busy sangat ka.. atau part tone kat luax..
MO sepatutnya sentiasa berada ja dalam satu2 unit wad.. kalau 30 minit tu Ok..la.. ini berjam jam..tak ada MO.. patient dah blh nak discharge.. tunggu nak sign MO ja kat Borang. Hampeh berjam jam tunggu..tak muncul2 busy sangat ka.. atau part tone kat luax..
Tugas sebagai MO bukan sahaja di wad..tapi di klinik pakar dan harian, dewan bedah elektif, dewan bedah kecemasan, dewan bedah minor, kerja admin dan pengurusan, menghadiri kursus, mengelola kursus, mesyuarat dan banyak lagi..
Bila kata discharge, bukan terus boleh angkut beg dan keluar wad..
Bila kata kami doctor buat part time (sy rasa yg dimaksudkan adalah part time,bukan part tone), itu salah..jangan menuduh..itu dah jadi fitnah..
Dan blog sy ni bukan tempat untuk kondem dan mengutuk profession kami tetapi sebagai rough guide untuk adik2 junior doctor supaya mereka boleh enjoy profession ni dan tak mudah down serta tertekan dengan environment kerja yg semakin mencabar..
Jika ada tak kepuasan dalam perkhidmatan, sila salurkan pada saluran yg betul, aduan peringkat hospital, barulah berani..tak perlu nak viral2, nk tulis kat internet..berdepan dengan pihak atasan terus..
Generalization is dangerous..
Harap maklum. Sekian..
Sy pernah dapatkan rawatan di hospital A. Buat open surgical appendik,dlm 6 bulan asyik rasa x sedap kerap kencing kotor. Bila buat ultrasound ada ovarian cyst kiri dan kanan. Terdapat juga sisa dari bekas operate appendiks dulu...
Dr.pakar di sopd minta sedut cecair di hospital X. Bila pergi ke hospital X Doktor kata sebenarnya bukan appendiks dan minta sy tanya Dr hospital A yg bedah sy. Cuma Dr yg bedah sy tu macam marah sebab sy x mahu open surgeri balik. Sebab sy lebih prefer Dr pakar di Hospital A supaya sedut saja guna jarum. Dr. Yang bedah sy siap perli sanggup nak stay lama semata2 x mahu buat open surgeri. Sy sebagai pesakit mestilah takut bila Dr tersebut da melakukan kecuaian. Sepatutnya lepas keluar wad sy perlu melakukan ultrasound utk check blk atas nasihat Dr hospital X kerana hospital A hantar utk sedut cecair di bekas operate ke hospital X. Tetapi Dr di hospital A kata x perlu,bila hari appointment maklumat di fail sy x lengkap sedangkan sudah sebulan sy keluar wad. Mujur ada Dr.lain bg borang supaya buat ultrasound. Cuma rasa sedih n pelik masa sy pergi temujanji di klinik sopd Dr yg bedah sy duduk sebelah bilik temujanji sy. Die tau sy ada dekat bilik sebelah.. Tp,sikit pun x tanya khabar... Siap suruh doc pelatih yg check sy supaya discharge kes.. Nasib x balik terus sebab kena buat ultrasound.
Kenapa ye sikap doktor sekarang macam ni sedangkan pesakit sendiri dan dibawah kes sendiri...
Hi..
Mengikut pengalaman dan pengetahuan sy sebagai doktor perubatan..setelah appendiks dibuang..tak mungkin seseorang doktor lain boleh mengesahkan bahawa appendiks seseorang itu tidak mengalami keradangan atau jangkitan melainkan doktor yang melakukan pembedahan itu sendiri..
Kebanyakan perempuan boleh mengalami kedua2 keadaan..ovarian cyst dan appendicitis..
Kedua2 symptoms pun hampir sama..
Cuma sy tak berapa paham untuk ape 'open surgeri balik' yang dimaksudkan..
Adakah untuk cyst atau apendiks..??
Untuk masalah ovarian cyst..diuruskan oleh doktor dalam bidang gynecology..manakala untuk masalah apendiks..diuruskan oleh doktor dalam bidang pembedahan umum..
Memandangkan anda mendapatkan rawatan dri dua buah hospital..keputusan setiap doktor mungkin berbeza..berdasarkan pengalaman dan keperluan setiap individu..
Nasihat dan cadangan dari satu hosp boleh diutarakan kepada hosp yg lain tapi jangan memaksa untuk pihak hosp itu menerima cadangan yg anda dapat dri hosp lain..kerana merawat pesakit bukan hanya sekadar mendengar cerita tetapi pemeriksaan menyeluruh..
Kecuaian atau tidak..sy tak nak komen..mesti ada sebab tertentu..
Doktor shopping berleluasa sekarang..
Sehinggakan ada pesakit yang tidak menghormati keputusan doktor yang merawat..ada yang terang2 membandingkan kapabiliti doktor yang merawat berbeza dan merendahkan2 keupayaan mereka..sikap seperti ini sangatlah menggangu para doktor..
Apa yang berlaku..ada segelintir akan mengelak untuk berjumpa dengan pesakit seperti ini..kerana..kami percaya..pesakit yang fussy selalunya akan menjalani proses perawatan yang complicated dan susah untuk sembuh..seolah2 'sumpahan' tak sengaja..
Sepanjang sy bekerja..jarang sekali pesakit mengucapkan terima kasih doktor..sedangkan ucapan seperti itu sangatlah menenangkan dan membuatkan kami senang terharu..secara tidak langsung kami tanpa sedar mendoakan pesakit sembuh dan menghilangkan segala stress serta melupakan segala penat lelah sebagai seorang doktor..
Di Malaysia masyarakat kita masih jauh utk bersikap begitu..
Cubalah..in shaa Allah..doktor yg anda jumpa akan senyum dan sentiasa memberikan khidmat terbaik..
Kita perlu bersangkabaik dengan semua Dr... Kerana pastinya Dr akan buat yang terbaik untuk kita.
Post a Comment