SEDAR TAK KITA?
Di akhir zaman, Al Quran akan diangkat perlahan-lahan dan mulai menghilang.
Tetapi masih ada yang selesa mengatakan bahawa program tadabbur Al Quran mudah dicari,golongan hafiz semakin ramai, peluang untuk belajar mengaji semakin terbuka..
Bagaimana Al Quran itu boleh hilang dan diangkat perlahan-lahan?
Kerana terlalu selesa,kita lupa bahawa Al Quran itu syariat dari Allah..
Sedar tak kita,
Akhlak dan Adab Islam semakin berkurang..
Tak kira secara berdepan atau di media sosial?
Sedar tak kita,
Syariat Islam semakin terasing?
Semakin diamalkan semakin pedih..
Bagaikan menggenggam bara api.
Sedar tak kita,
Nilai- nilai dan cara hidup Islam semakin dipinggirkan, dan cukup hanya sebagai agama dan nama?
Sedar tak kita,
Dunia semakin tua, hari akhir bakal menjelma, fitnah melata di seluruh dunia?
Cukupkah elok tak perangai kita untuk meraih rahmat Allah?
Atau hanya bergantung harap pada amalan dan anugerah amalan sedangkan itu juga makhluk Allah?
Lihatlah kembali diri,
Adakah tingkah laku kita,kata-kata dan penulisan serta akhlak dan adab kita layak untuk mengundang rahmat Allah yang akan menyelamatkan kita di hari kemudian?
Sedar tak kita?
- pesanan dan ingatan untuk diri sendiri dan juga yang ingin mengambil iktibar.
- sungguh kami jauh dari rahmatMu Ya Allah.
Penjelasan lebar daripada
Kitab Hikam - Ibnu Atta'illah As-Sakandari
Isi kandungan pos ini bukan karangan dari kitab tetapi penerangan tentang hikmah Allah dari seorang ilmuan dan ulamak di Malaysia..
Tidaklah ditaip ini mengikut sebiji2 ayat di dalam syarahannya namun diharap jelas dan membawa manfaat buat semua terutamanya diri yang khilaf ini..