Tuesday, 29 April 2008

Kenapa yer??



I've got problems with the people (certain persons) since i'm entering 4th year..we have not talk like frenz does as usual..no smiles..(sometimes yes..but not as sweet as before)..i realized that between us got something that we called "MISUNDERSTANDING"..my God..what a teribble person u r A'a..


and


i know that the only way we can get rid the condition is "Face to Face"..did i have the strength to do so?? I hope the strength and the willing will come to me and can give synergistic effect before finishing my 4th year..i want my frenz back..no matter what she thinks of me..plz forgive me..the only thing is i wanna correct the misunderstanding that have stay in both our mind since long ago.. i've got my egois too...but when i comes to FRENSHIP, SILATURRAHIM that we'd build before..it's not worth to sacrifice to destroy it juz becoz of our egois..is it rite??


Lately..nope..since (i also dun remember when..)..i always had dreams..


Dreams that we're both get back as frenz just like before..we're smiles, chatting, talking and doing things like nothing happen..even though not as good as before but we're frenz again..


How sweet the dreams are..2-3 days ago..the dreams keep coming almost every nites..can u imagine how happy i am..inside..i can smile to myself when i'm thinking about it again and again..


and


it gives me some kind of motivation that i will proceed with my plan..to get my frenz back..





To that person..if u read this blog.. I wanna u to know that..i've been prepared myself since long time ago to get the braveness to accept my mistakes, to face u..juz to make sure our SILATURAHIM is back..for the sake of Islam and our faith to Allah..


To others, doakan saya mendapat kekuatan menghadapi hari-hari mendatang dengan segala kemungkinan dengan tabah and tenang..I can't see my mistakes but all of u as my frenz can see it..and frenzs are the only hope i have to improve myself..





"Tidak sempurna iman kamu selagi kamu tidak menyayangi saudara kamu sebagaimana kamu menyayangi diri sendiri"..

Saturday, 26 April 2008

Aku tak suka...

HARI NI FIKIRAN BERCELARU SKIT..X..BANYAK..SAMPAI NAK CONCENTRATE STUDY PUN SUSAH...ADA REASON..ADA YANG TRIGGER UNTUK BENDA TU DATANG DUK PUSING2 DALAM KEPALA SUH KITA PIKIR..ADA...

TAK SUKA..MALAS NAK PIKIR..BAIK DIELAKKAN N SEUMPAMANYA...

EVEN THAT THING KEEP COMING INTO MY MIND..SUSAH NK RESIST..XTAHULAH NAK WAT CAMNER..LOSS APPETITE HARI NI SEHARI..

DULU DAH ADA BENDA NIH SEKALI..CAMNI GAK LA..BURN SEMINGGU BACA X MASUK...

MALAM PLAK HOPE BILA GI ONKOL ADA MOOD LA NAK STUDY..SEKALI BILA STAY LAMA SKIT..XDER KES LA PLAK..TENSEN TUL..


SANGGUP BALIK SORANG EVEN DAH TAHU RISK SAFETY KITA...TAPI..YA ALLAH...

NAPER HARI NI MACAM NIE???...BORING SANGAT..SERABUT SANGAT..BUKAN HARI NI JER..SEMINGGU DAH NI...CERIA PLAK DATANG BIA TGK CD CITER HANAZAKARI NO KIMITACHI E...KAN BAGUS KALO DAPAT MOOD CAMTU TIME STUDY...

HOPE LEPAS NIE..DAH MASUK HARI BARU NI..SABTU..MERUPAKAN HARI YANG COOL AND CERIA..N..MUST TAKE UR LUNCH A'A...

LAPAR NI..ESOK MESTI EXCITED NAK LUNCH...

K..GTG..NK GI SEGARKAN BADAN JAP..THEN NAK STUDY..

Friday, 25 April 2008

Takder mood nak study nih..

Pelik la..minggu ni jer dah berapa hari hilang mood nak study..kalo baca pun..xlama boleh tahan...ada jer benda nak buat..susah nak resist...

makan la..carik lagu la..explore local disk la...ntah aper aper ntah..

padahal exam lagi 2 minggu.. kalo xbuat benda-benda tue..duk termenung lak..pun bazir masa gak...ishhh....

Sedih sangat...camner yer???...
Kena cari jalan nih nak selesaikan problem nih..Big problem for a student like me..
Never Give Up A'a....

Petikan Suratkhabar...






Jangan melampau jika bertelingkah, itu dibenci Allah




Oleh Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin




Apabila saya membaca ucapan Rasulullah s.a.w: “Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim), saya merenung panjang ke dalam kehidupan ini.
Cuba memuhasabah diri sendiri dan melihat kepada perjalanan masyarakat Islam. Dalam hadis ini Nabi s.a.w memberitahu, Allah teramat benci manusia yang apabila berbalah, dia melampaui batas. Menolak apa yang benar hanya ingin menegakkan hujah yang dia sendiri tahu telah tersasar dari kebenaran.
Berkeras kepala dengan hujah sendiri lalu berusaha menegakkan benang yang basah. Allah amat benci orang seperti ini. Inilah juga tabiat munafik yang disifat oleh al-Quran: (maksudnya) “Dan di antara manusia ada mengagumkan engkau tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, dan dia bersaksikan Allah (bersumpah dengan mengatakan bahawa Allah), padahal dia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu Muhammad). (Surah al-Baqarah: 204). Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w menyebut ciri manusia munafik itu empat, salah satunya: “Apabila dia berbalah, dia jahat”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Maksudnya untuk menang dalam perbalahan seorang munafik tidak kira apa caranya.




Dia sanggup menyelewengkan fakta, menipu hakikat, mengelirukan orang ramai, menghalalkan cara dan apa sahaja watak sekalipun jahat akan digunakan dalam memenangkan diri. Inilah seorang munafik. Inilah orang jahat. Inilah orang yang amat dibenci oleh Allah.
Kehidupan memerlukan keinsafan. Bukan semua perselisihan kemenangan mesti berpihak kepada kita. Kemenangan hakiki itu berpihak kepada yang benar. Kebenaran itu pula tertakluk kepada fakta yang benar. Sebab itulah, insan-insan agung seperti Abu Bakar dan Umar memberikan ucapan yang hampir sama menyebut: “Jika aku benar, bantulah aku. Jika aku menyeleweng, betulkanlah aku”. Membetulkan semestinya dengan alasan yang benar, bukan fitnah dan pembohongan. Namun apabila insan tidak insaf dia menolak kebenaran kerana ingin menjaga statusnya, sekalipun ternyata pendapatnya salah.
Lalu kita dengar manusia bongkak berbicara: “awak siapa hendak pertikaikan pendapat saya, saya ini ustaz” atau “...saya ini tok guru”, “...saya ini menteri”. Lalu insan-insan bongkak ini memejamkan mata dan memekakkan telinga dari mendengar pendapat atau alasan orang lain, hanya kerana keegoan. Inilah manusia yang berkeras kepala apabila berbalah. Kadang-kala bagi yang berkedudukan, ada pula pengampu-pengampu yang mempertahankan pendapat mereka yang salah.




Dalam kehidupan kekeluargaan pun, sikap seperti ini ada. Suami atau isteri apabila berselisih, enggan tunduk kepada kebenaran. Berkeras kepala sehingga ada yang menyebut: “engkau sesen pun tidak berguna untuk aku”. Padahal sudah berapa banyak faedah kehidupan yang sudah dikecapi antara satu sama lain.
Demikian juga suami isteri yang bercerai. Entah berapa tahun mereka ‘tidur’ sekali, tiba-tiba apabila bercerai mereka bagaikan musuh yang berperang untuk mempertahankan agama. Segala-galanya ditafsirkan dengan penuh keburukan. Padahal bukan tidak ada hari-
hari manis antara mereka. Kalaupun berbalah, janganlah memutuskan nilai-nilai persaudaraan dalam agama.




Orang yang pandai bercakap antaranya peguam. Jika mereka ini tidak beretika, mereka akan menjadi manusia yang paling dibenci Allah. Ini kerana mereka akan melampau dalam perbalahan, sehingga yang mereka tahu salah pun akan dipertahankan kerana itu anak guam mereka.
Jika demikian, maka insan lain akan dizalimi dengan sebab kepetahan atau penguasaan mereka dalam memusingkan hakikat undang-undang. Proses penghakiman tentulah akan berdasarkan penghujahan. Bagi yang gagal mendapatkan peguam yang baik – sekalipun dia benar – maka dia menjadi mangsa. Justeru Nabi s.a.w bersabda: Kamu mengangkat perbalahan kamu kepadaku. Boleh jadi sesetengah kamu lebih petah hujahnya daripada yang lain. Lalu aku berikan untuknya berdasarkan apa yang aku dengar.




Sesiapa yang aku berikan sesuatu hak saudaranya janganlah dia ambil, kerana sesungguhnya aku memotong untuknya potongan api neraka (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Janganlah dalam keghairahan menghasilkan wang, seorang peguam muslim menjadikan kemampuannya dalam berhujah – sekalipun batil – untuk mempetahankan kebatilan. Saya kadang-kadang bergurau dengan rakan-rakan peguam: “Jika anda tidak beretika, rezeki anda dan rezeki seorang perompak tidak banyak bezanya di sisi Tuhan”.
Demikian juga dalam politik. Dalam mengejar kerusi atau mempertahankannya, tidak dipedulikan batasan halal dan haram. Perbalahan politik seakan berada di luar sempadan agama. Apa diharamkan agama seperti perbuatan fitnah, maki-hamun, mencemarkan maruah orang lain dan pelbagai lagi dilanggar. Kata mereka: “ini politik”. Kerana kerusi, bukan sahaja yang berlainan parti, sesama parti pun berperang.
Kegilaan merebut kerusi membuatkan banyak pihak hilang akal dan keras kepala. Lupa nilai-nilai persaudaraan Islam. Barangkali kerana hal yang seperti inilah, seorang tokoh Turki, Said Nursi menyebut: “Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan dan politik”. Saya pula berkata: “Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan dan politik ala jahiliah”. Sebab, Nabi s.a.w juga berpolitik tetapi untuk kemaslahatan umat, bukan kepentingan diri.




Malangnya kadangkala yang ingin berpolitik atas nama agama pun berperangai jahiliah. Saya begitu pelik apabila seorang penceramah politik berceramah tentang melaksanakan hukuman zina yang diwajibkan al-Quran iaitu 100 sebatan. Pada masa yang sama dalam ceramahnya dia menuduh ‘si polan’ dan ‘si polan’ musuh-musuh politiknya berzina. Dia lupa, atau sengaja buat-buat lupa, al-Quran bukan sahaja menyuruh agar dihukum orang yang berzina, bahkan menyuruh untuk dihukum penuduh orang lain melakukan zina tanpa empat saksi yang adil dengan 80 sebatan seperti disebut dalam ayat 4 Surah al-Nur. Itulah politik ala jahiliyah, apabila berbalah mereka berlebih- lebihan. Sehingga soal rumah tangga, rupa paras dan berbagai-bagai lagi yang pada asal tidak diheret ke gelanggang politik, turut dibelasah. Fitnah, surat layang, penyalahgunaan harta kerajaan, caci maki dan segala keburukan yang lain seakan perang antara agama.
Dalam Islam, jika berperang kerana agama pun tidak dibenar melampaui batas seperti firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 190: (maksudnya) “Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas”. Namun orang politik yang berperang untuk kerusi melampaui batas.




Perselisihan




Lebih pelik lagi di kalangan golongan agama, ada yang melampaui batas dalam perselisihan pendapat mengenai Islam. Sehingga sanggup mengkafirkan orang lain yang berbeza dengan aliran mereka seperti Khawarij dan Ahbash. Ada yang sanggup mengada-adakan hadis-hadis palsu demi mempertahankan pegangan mazhab seperti Syiah. Ada yang sanggup mengetepikan hadis-hadis hanya kerana taksub kepada mazhab yang dipegang. Tokoh ilmuwan besar Islam, al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) ketika menceritakan sikap golongan taksub secara ‘mengkhinzir buta’ sesuatu mazhab, menyebut: “Yang lebih pelik dari semua itu adalah sikap kamu wahai golongan taklid! Kamu ini jika mendapati ayat al-Quran yang bersesuai dengan mazhab kamu, maka kamu akan terima apa yang jelas dari ayat itu dan berpegang kepadanya.
Teras kamu dalam perkara berkenaan ialah pendapat mazhab kamu, bukan ayat tersebut. Jika kamu dapati ayat lain yang setanding dengannya menyanggahi pendapat mazhab kamu, kamu tidak akan menerimanya. Kamu akan cuba membuat pelbagai takwilan dan mengeluarkannya dari maksudnya yang jelas, kerana tidak bersesuaian dengan mazhab kamu. Inilah juga yang kamu lakukan kepada nas-nas al-Sunah.




Jika kamu dapati satu hadis yang sahih bersesuaian dengan mazhab kamu, kamu menerimanya. Kamu kata “kami ada sabda Nabi s.a.w. begini dan begitu”. Jika kamu dapati 100 atau lebih hadis sahih yang berbeza dengan mazhab kamu, kamu tidak pandang kepadanya, walaupun sedikit...”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi‘in, 2/195, Beirut: Dar al-Fikr). Inilah sikap melampau dalam berbeza pendapat.




Di Lebanon lahirnya puak yang dinamakan Ahbash. Pengasasnya seorang habsyi bernama Abdullah al-Harari. Beliau dikenali juga dengan al-Fattan, maksudnya penyebar fitnah. Beliau mendakwa berpegang kepada akidah asy‘ari, bermazhab syafii, serta bertarikat.
Beliau membentuk satu mazhab yang ekstrem sehingga mengkafir dan menghalalkan darah sesiapa yang tidak sama dengan kefahaman-kefahaman yang beliau anjurkan. Beliau mengkafirkan Ibnu Taimiyyah, Ibn Qayyim, Dr. Yusuf al-Qaradawi, Mutawalli Sya‘rawi, Dr. Ramadhan al-Buti, Muhammad bin Abdul Wahhab, Syed Qutb dan berbagai lagi. Juga mengkafirkan majoriti umat Islam khususnya Arab Saudi. Berlaku huru-hara di Lebanon disebabkan sikap suka berbalah mazhab Ahbash ini sehingga mereka dikaitkan dengan pembunuhan bekas Presiden Rafiq Hariri. Di Australia, 36 persatuan Islam membantah sikap ekstrem mereka yang menimbulkan perbalahan di kalangan umat Islam.
Asas golongan Ahbash ini adalah berbalah berhubung dengan ayat-ayat sifat Allah dan berbalah sesiapa yang enggan terikat dengan satu mazhab dan pelbagai kekarutan lain. Para ulama di peringkat antarabangsa telah menyenaraikan mereka ini dalam ajaran sesat. Itulah yang diputuskan oleh Mufti Mesir, Arab Saudi, Australis, Dr. Yusuf al-
Qaradawi, Dr. Wahbah al-Zuhaili, Dr. Ahmad Shalabi dan lain-lain. Malangnya, mereka mula bergerak dan menyebarkan fahaman di negara kita melalui bekas-bekas penuntut kita di sana dan buku-buku yang diedarkan.




Apa yang ingin saya sebutkan, dalam keghairahan sesetengah pihak di negara kita menentang kebangkitan pemikiran pembaharuan ke arah Islam yang lebih terbuka, rasional dan dinamik, mereka menggunakan puak Ahbash ini untuk berceramah. Jika di negara arab mereka mengkafirkan Dr. Yusuf al-Qaradawi dan tokoh-tokoh ulama lain, di Malaysia anak-anak buah Ahbash ini mengkafirkan insan biasa seperti saya dan sesiapa yang mereka pilih. Fitnah menjadi teras utama mereka. Atas alasan terlalu terbuka menerima keluasan pandangan, saya dikafirkan.
Saya katakan kepada ustaz-ustaz ini, negara ini adalah aman. Pendekatan apabila berbalah mengkafirkan orang adalah melampaui batas yang akhirnya akan membawa kekacauan dan keadaan menakutkan.




Tidak lama dahulu, kerana perbalahan politik kafir-mengkafir berlaku dalam negara kita. Pulau-memulau antara sesama Islam, solat dua imam, memutuskan silaturahim antara keluarga, mengharamkan sembelihan dan ucapan-ucapan yang seakan menghalal darah sesama kita. Hanya disebabkan perbezaan parti. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah orang awam.
Mereka tidak tahu menilai, lalu mereka bertindak dengan tindakan yang disangkakan arahan Allah dan Rasul-Nya, padahal ia hanya kempen politik. Kafir itu pun hanya ‘kafir politik’ bukan ‘kafir hakiki’. Menjatuhkan hukuman kafir kepada sesuatu individu bukan semudah mengupas kacang tanah. Ada kaedah dan prinsipnya. Perbuatan mengkafir sesama muslim secara ‘borong’ adalah kejahatan atas nama agama.




Walaupun keadaan itu sudah hampir reda, namun kesannya masih ada. Bukan sedikit baki penceramah yang meneruskan ucapan yang sama. Cuma masyarakat kita mulai berpendidikan dan sedar, perbalahan politik tidak sepatutnya sampai ke kancah kafir-mengkafir. Bukan saya menafikan seseorang muslim mungkin murtad atau terbatal syahadatnya jika melakukan perkara-perkara tertentu. Namun hukuman hendaklah berdasarkan peraturan syarak. Menghukum manusia lain secara melampaui batas atas sentimen perbalahan adalah perbuatan terkutuk yang dibenci Allah.




Perpecahan




Dalam sejarah, kafir-mengkafir secara rambang berakhir dengan penumpahan darah atau perpecahan yang meruncing. Itulah yang berlaku pada pemerintah Sayidina ‘Uthman bin ‘Affan r.a. sehingga beliau dibunuh atas fitnah pemberontak politik yang menggunakan isu agama, yang akhirnya membentuk mazhab Syiah.
Diikuti kemunculan puak Khawarij yang mengkafir sesiapa yang melakukan dosa khusus pemimpin politik seperti ‘Ali bin Abi Talib, Mu‘awiyah bin Abi Sufyan, ‘Amr bin al-‘As r.ahum. Khawarij mengangkat slogan: “Tidak ada hukum melainkan hukum Allah”. Slogan yang kelihatannya berteraskan al-Quran, tetapi dengan tujuan yang buruk. Kata Sayidina ‘Ali bin Abi Talib kepada mereka: “Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil”. (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Manusia hidup berkomunikasi antara satu sama lain. Kadangkala kita berbalah dan bertelingkah. Namun jangan melampau. Sesiapa yang melampau dia layak diambil tindakan, bahkan diperangi. Firman Allah: Dan jika dua puak dari kalangan yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku melampau terhadap yang lain, maka perangilah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara);




Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertawalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Surah al- Hujurat: 9-10)




* Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis

Thursday, 24 April 2008

I'm Back..



Thursday, April 24, 2008 (during my orthopaedic posting)

NEUROSCIENCE POSTING
Setelah sekian lama..ingatkan xnak tulis dalam blog nih..tapi..pk pk balik..bak kata Azimah..precious experience makes me wiser..no matter it’s bad or good..So, dia lah yang galakkan untuk sambung balik blog nih..bunyi cam give up ker before ni??...heheh..
Hmmm..ingat lagi tak pasal Neurosains ni??? Ingat kot..the shortest and sempoi posting i ever had..hehehe..
K..akhirnya report psikiatri siap jugak n berjaya dihantar..New posting nih kami ada ward round cam biasa..tapi still kena cover kes..termasuk kes yang kat 2 Delima..(ICU)..aik..camner nk clerk kes yang kat sana?? Clerk folder la..kata kawan sorang nih..oooo…




1st DAY of the POSTING
kena tegur ngan doctor coz kami xcover kes..hahah..padan muka kami semua..then, lepas kena marah tu..kami pun divide lah saper nk cover kes ni kes itu..ditakdirkan .. 2 patient yang kami dah clerk dulu dah ada makhluk yang ambik..tolerate lagi..so, 3 rd patient kami clerk..dah confirm dah xder student lain yg gi clerk..esok tu pulak..baru dp tahu, ada student lain gi clerk jgk patient tu..tapi student ni berkeras gak nak ambik patient tu..hot la kita..ditakdirkan kami ergaduh sepanjang posting Neurosains..alahai xmatured nyer time tu..
kalo semangat RAJIN tu ada, sure xjadi problem besar.. apepun itulah kenangan..

BUKU LOG
posting nih pun sempoi gak..xyah nak tensen2 kepala pk dah penuh ke tak..tulis jer ape pun sure doc tandatangan..besar2 pulak tu signature..ada student yg isi penuh2 then mintak signature dari sorg neurosurgeon jer..means ada satu jer signature dalam page tu..waahhh..A’a lain plak.sajer x isi penuh2..isi 2-3 jer sekali.untuk kes2 yang a’a betul-betul dengar and paham sahaja..so, hari ni mintak surgeon lain signature, esok surgeon lain plak..barulah ada varieties signature dalam satu page tu…hahaha…lagi satu..kalo dah penuh sekaligus..sure kita tak akan ada motivasi lagi nak follow ward rounds next next day kan..
to make u move..always find something as ur focus..to motivate u..things, person (oooppss..yang ni xder lagi..), patient’s case n etc..

AT THE END OF 1st WEEK
A’a dapat cop sorang adik ni as patient yang a’a cover..ingat lagi nama dia sampai sekarang. He’s 16 years old..admitted due to collapse during assembly at the school..find out to have atlanto-axial instability..so, he’s ventilator dependent..very cachexic and always crying when someone go near him and ask him certain questions..terharu kot.. Atlanto-axial instability is a condition where the atlas..the first vertebrae cannot properly articulate with the 2nd vertebrae, axis (odontoid process)..as a result..can cause nerve compression, and sometimes can affect the respiration innervation (C3 and C4)..poor this guy..4 days later..he got abdominal distension..very tense and shiny abdomen..the mom keep going put some ointment to reduce it..but loking at the painful face of the patient..and with my experienced having abdominal distension (very painfull..)..i decided to tell the nurses regarding the patient.. She inserted a nasogastric tube and aspirate a volume of air..and subsequently, the abdomen reduce in size and the patient able to smile and eat again..
The doctor’s on call were informed..the review were recorded..and the next day..i got to know that the patient got Gastroparesis..weakness of the intestine and stomach to mobile..he’s worsen..
At the end of 2nd week..i dunno what happen to him..as at that time..we can’t enter the ICU as there were exam held..how’s he is at that time, I really dunno..


OPERATION THEATRE..
We didn’t have any chance to enter the OT..huhu..even the scheduled not too pack but a lot to study and it’s not the requirement for our log book..hahaha..maybe next time..

EXAM
Finally..the exam..kelakar..terkejut pun ada..
Kami diberi beberapa puluh soklan MCQ..MEQ pun ada gak..5 jer kot..xingat dah..
Jawab punya jawab MCQ tu..atas kertas sendiri..bukan atas OMR yang cantik tu..atas kertas mana-mana lah yang ada..yang dah renyuk pun boleh…Dr. ‘Wahid’ yang jaga masa tu..Sori yer Doctor..hehe..cepat sangat dia tukar slide masa tu..memang xsempat nk pk r..hbh jer dia round semua MCQ..masa untuk check jawapan..yg check n ‘rait’ jawapan bukan mesin OMR or doctor tp kami-kami gak..tukar-tukar ngan kawan sebelah jer..hahaha…Sempoi tak??
Alhamdulillah..even gitu pun..still melepasi markah lulus..markah penuh time tu 120 kot..A’a dapat 98..ok lah tu..
Pergi jer exam..sure lulus…
Naper sempoi sangat??
Coz neurosurgeon ni sibuk sangat sampai tak ada masa nak handle student yang remedial..so, surgeon2 nih bagi jer kami lulus posting ni..n posting ni memang best lah..
Di USM ada ramai neurosurgeon yang hebat..
Bila dengar surgeon2 nih bercakap sesama diorang memang kecut n kagum..naper tak nyer??..diorang cakap ”Semalam aku belah kepala orang nih....” ”Patient semalam aku remove brain dia skit coz ada tumor...”..ala-ala gitu la...
Belah kepala..bukak otak..etc..

KESIMPULAN..
Patient is our text book..appreciate them..have a good communication skill and always take part in anything that involved ur team..kalo ikut er ward round tanpa tahu tu kes ape..sama gak ngan xbelajar aper2..cam berjalan2 di dalam wad jer..so..cover lah patient..from there u can learn..n u know what to learn..as ur guide..jangan malas yer A’a..
Main game tu kurang kan..
Study study never give up..
And one more thing..never take advantage jika surgeon n lecturers kita baik2..mentang2 dia baik…kita xcover patient..xgi ward round..if our parents know we didn’t do our responsibility as a medical student..sedih diorang..sebenarnya nak cakap kat sini..Neurosurgeon kat sini baik2..bagus2..korang jangan r pijak kepala dia..whatever la..THANKS A LOT…