Carpal tunnel release mr kamil's way:
1.generous akin incision... kaplan line till about 1cm below transverse crease at wrist... incision at 5mm ulna to palmar crease till trnsverse crease at wrist then do z shape
2.ada muscle jumpa before transverse carpal lig is palmaris brevis and can cut... no issue... n akan jumpa vessels branch to the muscle
3.use blade till jumpa transverse carpal ligament..
4.protect median nerve with mc donald, cut transverse carpal lig towards 2nd webspace... cut using blade
5.once nampak ada fatty tissue be careful for palmar arch... use scissors
6.proximal to transverse carpal lig, u can find antebrachial fascia... cut this fascia too
7.inspect the median nerve either it contused, compressed, constrict or pale or presint (dunno how to spell tp maksdnya looks normal n nice)
8. Track recurrent motor branch... tgk intact ke tak
9. Inspect samada ada any space occupying lesion in carpal tunnel... so kne korek smpi tendon2 tu
10.wash... secure bleeding...
11.suture with nylon 5/0 5mm distance n 5mm from skin edge
12.h2o2 dapped at wound
13.clean n dressing
✌
Post op plan:
Wi day 1
Then eod dressing
Tca 2weeks wound care n sto
Start nerve gliding exercise at day 1
Ask pt to buy carpal tunnel splint at pharmacy
Monday, 23 March 2015
Carpal Tunnel Release Technique
Friday, 20 March 2015
Tazkirah Pagi..
mesej whatsapp pagi ni dari seorang sahabat..
Tazkirah Ustaz Muzakir Zoriat
29 Jamadil Awal 1436H
20 Mac 2015M
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
Tolongilah daku Ya Rabb...
قال عبد الرحمن بن سمرة رضي الله عنه: خرج علينا رسول الله - صلى الله عليه وسلم - ونحن في صفة بالمدينة فقال:
«إني رأيت البارحة عجبًا: رأيت رجلاً من أمتي أتاه ملك الموت ليقبض روحه فجاءه بِرُّه بوالديه فردَّ ملك الموت عنه،
ورأيت رجلاً من أمته قد احتوشته الشياطين فجاءه ذِكْر الله فطردَ الشياطين عنه،
ورأيت رجلاً من أمتي قد احتوشته ملائكة العذاب فجاءته صلاته فاستنقذته من أيديهم،
ورأيت رجلاً من أمتي يلهثُ عطشًا كلما دنا من حوض مُنع وطُرد فجاءه صيام رمضان فأسقاه وأرواه،
ورأيت النبيين جلوسًا حلقًا حلقًا كلما دنا إلى حلقة طُرد ومُنع فجاءه غُسله من الجنابة فأخذ بيده فأقعده إلى جنبي،
ورأيت رجلاً من أمتي من بين يديه ظلمة ومن خلفه ظلمة وعن يمينه ظلمة وعن يساره ظلمة ومن فوقه ظلمة ومن تحته ظلمة وهو متحيِّر في ذلك فجاءه حجُّه وعمرته فاستخرجاه من الظلمة وأدخلاه في النور،
ورأيت رجلاً من أمتي يتَّقي وهج النار وشررها فجاءته صدقته فصارت سترًا بينه وبين النار وظلاً على رأسه،
ورأيت رجلاً من أمتي يكلِّم المؤمنين ولا يكلمونه فجاءته صلته لرحمه فقالت: يا معشر المؤمنين، إنه كان واصلاً لرحمه فكلّموه فكلَّمه المؤمنون وصافحوه وصافحهم،
ورأيت رجلاً من أمتي احتوشته الزبانية فجاءه أمره بالمعروف ونهيه عن المنكر فاستنقذه من أيديهم وأدخله في ملائكة الرحمة،
ورأيت رجلاً من أمتي جاثيًا على ركبتيه بينه وبين الله حجاب فجاءه حسْنُ خلقه فأخذ بيديه فأُدخل على الله عزَّ وجل،
ورأيت رجلاً من أمتي قد ذهبت صحيفته من قِبل شماله فجاءه خوفه من الله - عزَّ وجل - فأخذ صحيفته فوضعها في يمينه،
ورأيت رجلاً من أمتي قد خفَّ ميزانه فجاءه أفراطه فثقلوا ميزانه وأفراطه هم: أولاده الصغار من ذكور أو إناث،
ورأيت رجلاً من أمتي قائمًا على شفير جهنم فجاءه رجاؤه في الله - عزَّ وجل - فاستنقذه من ذلك ومضى،
ورأيت رجلاً من أمتي قد هوى في النار فجاءته دمعته التي قد بكاها من خشية الله فاستنقذته من ذلك،
ورأيت رجلاً من أمتي قائمًا على الصراط يرعدُ كما ترعد السعفة في ريح عاصف فجاءه حسنُ ظنه في الله فسكّن رعدته ومضى،
ورأيت رجلاً من أمتي يزحف على الصراط يحبو أحيانًا ويتعلق أحيانًا فجاءته صلاته عليَّ فأقامته على قدميه وأنقذته - اللهم صلِّ وسلم على محمد -
ورأيت رجلاً من أمتي انتهى إلى أبواب الجنة فغلقت الأبواب دونه فجاءته شهادة أن لا إله إلا الله ففتحت له الأبواب وأدخلته الجنة»
Daripada Abdur Rahman Bin Samurah RA berkata: Sekali peristiwa Rasulullah SAW keluar, seraya berkata: Sesungguhnya aku telah bermimpi ajaib malam kelmarin.
Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh Malaikat Maut untuk mengambil nyawanya, maka Malaikat itu telah terhalang oleh ketaatannya kepada kedua ibu bapanya.
Aku melihat juga seorang dari umatku telah disediakan untuk menerima seksaan kubur, maka ia telah diselamatkan oleh wudhu'nya.
Aku melihat juga seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan syaitan, maka ia telah dibebaskan dari bahayanya oleh zikrullah.
Aku melihat juga seorang dari umatku telah diseret oleh Malaikat-azab, maka segera datang sembahyangnya serta melepaskannya dari tangan mereka.
Aku melihat juga seorang dari umatku sedang ditimpa dahaga yang berat, setiap ia mendatangi sesuatu perigi, dihalang untuk meminum daripadanya, maka segera menjelang puasanya serta memberikannya minum sehingga ia merasa puas.
Aku melihat juga seorang dari umatku yang mengunjungi kumpulan para nabi, yang ketika itu sedang duduk berkumpul kumpul, setiap ia mendekati mereka, ia diusir dari situ, maka menjelmalah mandi junubnya maka memimpinnya ke kumpulanku seraya menunjukkannya supaya duduk di sisiku.
Aku melihat juga seorang dari umatku dikabusi oleh suasana gelap gelita, di hadapannya gelap, di kanannya gelap, di kirinya gelap, di bawahnya juga gelap, sedang ia dalam keadaan bingung, maka menjelmalah haji dan umrahnya, lalu mengeluarkannya dari suasana gelap gelita itu dan memasukkannya ke dalam suasana terang menderang.
Aku melihat juga dari seorang umatku berbicara kepada kaum Mu'minin, akan tetapi tidak seorang dari mereka yang mahu membalas bicaranya, maka menjelmalah silaturahimnya seraya menyeru orang orang itu katanya "wahai kaum Mu'minin sambutlah bicaranya, lalu mereka pun berbicaralah dengann
ya.
Aku melihat juga seorang d
ari umatku sedang menepis nepis bahang api dan percikannya dari mukanya, maka segera menjelmalah sedekahnya lalu menabiri muka dan kepalanya dari bahaya api itu.
Aku melihat juga seorang dari umatku sedang diseret oleh Malaikat-Zabaniah ke merata tempat. maka segera menjelmalah Amar Ma'ruf dan Nahi Mungkarnya seraya menyelamatkannya dari cengkaman mereka serta menyerahkannya pula kepda Malaikat-Rahmat.
Aku melihat juga dari seorang umatku sedang merangkak rangkak, antaranya dengan Tuhan dipasang hijab (tabir), maka jelmalah budipekertinya seraya memimpinnya sehingga dibuka hijab tadi dan masuklah ia ke hadrat Allah Ta'ala.
Aku melihat juga dari seorang umatku terheret ke sebelah kiri oleh buku catitannya, maka menjelmalah perasaan takutnya kepada Allah menukarkan tujuan buku catitat itu ke arah kanan.
Aku melihat juga seorang dari umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah anak anaknya yang mati kecil, lalu menekan timbangan itu sehingga menjadi berat pula.
Aku melihat juga seorang dari umatku sedang berdiri di pinggir Jahannam, maka menjelmalah perasaan gerunnya terhadap seksaan Allah Ta'ala, lalu membawanya jauh dari tempat itu.
Aku melihat juga seorang dari umatku terjerumus ke dalam api neraka, maka menjelmalah airmatanya yang mengalir kerana takut kepada Allah Ta'ala, lalu menyelamatkannya dari api neraka itu.
Aku melihat juga dari seorang umatku sedang meniti sirat (titian) manakala seluruh tubuhnya bergoncang seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka menjelmalah baik sangkanya terhadap Allah Ta'ala, lalu menenteramkan kegoncangannya itu dan mudahlah ia meniti hingga ke hujung titian itu.
Aku melihat juga dari seorang umatku sedang meniti di atas sirat, kadangkala ia merangkak dan kadangkala ia meniarap, maka menjelmalah selawatnya ke atas diriku, lalu ia pun memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri dan meniti hingga ke penghujung titian itu.
Aku melihat juga seorang dari umatku sudah hampir tiba di pintu syurga, dan dengan sekonyong konyong pintu pintunya ditutup, maka menjelmalah penyaksiannya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, lalu membukakan pintu pintu syurga itu untuknya, sehingga ia boleh memasukinya.
Hadith ini telah disebut oleh Imam As-Sayuthi di dalam kitabnya Syarhus-Shudur, sambil berkata, ia telah dikeluarkan oleh At-Tabarani di dalam kitab Al-Kabir. Begitu pula oleh Al-Hakim At-Tarmidzi di dalam kitab Nawadirul-Ushul, dan Al-Isfahani di dalam kitabnya At-Targhib.
Wednesday, 18 March 2015
Pengalaman sebagai Orthopod 2
Sunday, 8 February 2015
Bersyukurlah..
Share forward mesej dapat dari whatsapp pagi td..
Kita hidup digunung, merindukan pantai. Kita hidup dipantai, merindukan gunung.
Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?
Diam di rumah, keinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.
Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.
Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah. Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.
Ternyata, sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki..
Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..
Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..
Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..
Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..
Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan tampak buruk..
Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.
Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.
Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..
Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..
Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..
Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..
Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..
Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..
Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..
Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur..Amiin
Tuesday, 7 October 2014
Pengalaman sebagai Orthopod 1
setiap pakar pernah menjadi pegawai perubatan MO..
dan setiap MO pernah menjadi house officer..
semuanya belajar melalui pengalaman...apa yang penting..sentiasa memandang ke bawah dan ingatlah kita pernah melaluinya..sama ada secara perit atau gembira..
jika dulu kita tidak suka dimarahi..ditengking..dibuli oleh atasan kita..bila di atas..jangan la buat benda yang sama pada bawahan anda..senang kata..jangan buat benda yang kita pun x suka kalo kena..
Antara advantage yang aA dapat bila tulis blog ni..it always reminds me for what i have face and done before whether i like it or not...reminder..
Walaupun baru je 5 tahun lebih bekerja sebagai pegawai perubatan..pengalaman yang diperolehi teramat banyak..dan akan bertambah dari hari ke hari..cuma sejauh mana kita akan gunakannya untuk perbaiki diri kita akan menentukan sama ada pengalam daan itu berharga atau tidak..tak kisah la pengalaman tu pahit ke tak...
kena marah..kena tegur..itu semua pengalaman..tak perlu berdendam..
bukan susah pun..buang skit EGO tu..letak jauh2 RIAK..
Baiklah..berbalik pada tajuk asal...
Ada seorang sahabat bertanya petang td..
JADI ORTHOPOD NI STABLE KE??..I MEAN DARI SEGI INCOME IN SHAA ALLAH STABLE..TAPI DARI SEGI PEMBAHAGIAN MASA..SOCIAL LIFE..??
Susah soalan tu...tapi sebab aA rasa puas hati..ada satisfaction dlm keje..duit cukup..kawan ramai..family pun support..bos2 pun byk bg tunjuk ajar..
for me..STABLE ENOUGH..generally..
Time management?
bila dah onkol..kena onkol lagi..biasa la tu..
in charge operation theatre, clinic dan wards..rutin la..
biasanya kepenatan la yang selalu mengganggu jadual harian..
bila balik je..terus collapse..tak larat nak bangun ape..
bagi aA..sejak dari house officer yang sempat merasa sistem onkol >24 jam keje berterusan..aA cuba ajar bila postcall jangan tido je..keluar..
pergilah mana2 pun..join kawan main bowling ke..tengok movie ke..jalan2 ambik angin ke..masak ke kat rumah...do something but not sleeping..
why?..sebab malam nanti pun akan tido gak..bazir masa je kalo tido je..haha
tapi ada la sekali sekala memang rasa nak tido je..especially bila onkol berderet berselang seli dengan aktiviti hospital lain..macam nak perlepas semu kepenatan gitu la..
nak kata tak sempat cuti..alhamdulillah setakat ni masih mampu cuti..
maybe gak sebab aA keje kat Batu Pahat sebelum ni..rumah jauh..tak berapa dapat balik sangat n dapat cuti panjang pun every 3-4 bulan sekali..kumpul cuti la katakan..
so..
nak kata tak cukup masa tu tak la..
masa HO dulu..sempat je lagi main Farmville..haha..time consuming tu..
pandai2 la cari masa..
sekarang ni lagi la..nak kena spend masa untuk study gak...penat pun..kena gak bukak buku..kat sini..HSNZ..dah ramai MO..onkol pun x la berat sangat..ada tenaga la postcall pun nak study..
even HO pun selalu kata..aA ni bila postcall lagi energetic..rupa postcall tu takder langsung..
even masa kat BP dulu..pernah je onkol EOD 4 kali selang seli dengan OT sebab MO 6 orang je..Alhamdulillah diberi kekuatan hadapinya..
Emotionally??
setakat ni masih waras..masih mampu tersenyum..
ada masalah ke..ada rasa bimbang ke..kalo nak monyok pun..jangan lama2..
nanti spoiled mood hari2 lain..duk monyok pun tak setel pun masalah..lebih baik ambik masa untuk relaxkan diri..deep breathe..main game ke..makan ke..
tak perlu la nak nangis2..escape keje..missing in action ke..itu tak membantu..itu benda negatif..buang..buang..
jangan dilayan emosi negatif..bahaya..
aA pun pernah kena marah..sekarang pun ada je lagi ditegur..ditembak itu ini..kena teruk2..masalah dalam plan rawatan sampai teringat2 down..tapi sekejap sahaja..takleh lama..benda dah berlaku..yang boleh buat..muhasabah..kuatkan diri..try to improve..beringat supaya tak buat salah lagi..macam aA kata sebelum ni..
itu adalah pengalaman..dan belajar dari pengalaman untuk berubah ke arah lebih baik..
rasa takleh nak manage..find someone..luahkan..biasa bila dah luah akan lega la..puas hati..
tak leh jugak..jangan lupa buat solat sunat..menangis la sebanyak mana atas sejadah..mintak doa dikuatkan iman, emosi..in shaa Allah bila ad cabaran lagi..dikuatkan jiwa untuk menghadapinya..aA dah try..dan sangat membantu..kuasa doa seorang Muslim..
Sunday, 28 September 2014
Tahun yang berbeza...namun aku bersyukur
Kali pertama update blog dengan tablet..Asus Transformer Eee Pad..
agak susah nak menaip dengan keyboard yang agak keras..detachable keyboard..
tapi sebab laptop Toshiba kesayangan dah KO..processor rosak agaknya..terpaksa la..
Alhamdulillah nasib baik ada la jugak device untuk update blog ni..kalo tak..haha..terbengkalai lagi la..
BTW..aA agak busy sepanjang minggu lepas..marathon onkol..setakat ni dah habih 3 onkol
dalam masa 7 hari..ada dua slot OT gak..tinggal satu je lagi untuk bulan Sept ni..in shaa Allah..
Apa yang berbezanya ni?..
Tahun ni tahun pertama kerja kat HSNZ..sebelum ni kan 5 tahun kat BP..3 tahun lebih sama ngan keluarga ortho sana..
sebenarnya..hari ni hari lahir aA..
selama tiga tahun ortho kat sana..memang ada sambutan hari lahir kat sana combine bertiga...
bertiga?
yup...seorang MO senior pada 27 Sept..aA pada 28 Sept dan sorang MA (medical assistant) pada 29 Sept..kami berderet..so biasanya tiap-tiap tahun memang akan sambut bersama kat wad..
macam2 ada..dari kek..banyaaaakkk kek..sup gear box ngan roti..meehun goreng dan macam2 la..dari pagi sampai la petang..ada je juadah yg terhidang kat pantry wad..
yang best dan terharu..
sumbangan juadah ni bukan dari kami bertiga je..tapi sumbangan sukarela dari staf2 wad..
bila ingat balik...
waaaaaaaaaaaaa.......
menangis rindu saya teringatkan diorang kat sana..
kami dengan staf kat sana memang macam keluarga..macam adik beradik..
bukan setakat besday kami bertiga je..besday Bos2..besday staf nurses dan sesiapa la..kami akan sambut..
Tahun ni..akan berbeza..
tak dapat lagi nak sambut bersama..hanya dari jauh mengucapkan salam..
Alhamdulillah dipanjangkan umur..
semoga baki umur yang tinggal dapat dimanfaatkan untuk menjadi insan yg lebih baik dan digunakan untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT..
Harapan tahun ni..
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesenangan kepada kedua ibu bapa aA serta seluruh ahli keluarga dan sahabat sekalian..
Terima kasih kepada ayah dan emak..sebab jaga dari kecik..
Hari lahir hari gembira..tapi kena ingat..hari lahir jugak adalah hari ulangtahun berlakunya keadaan di mana mak kita bertarung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia..
Dun forget to thanks them on your birthday..
wish for the best next morning..sekarang jam 0145am..
aA lahir jam 0456pm..di HUSM..
bye..good nite..