Friday, 12 November 2021

Tazkirah Subuh : Peringatan dari Al Quran 📖 : Tabiat Tergesa-Gesa Merugikan Diri

Salam Jumaat
07 Rabi'ul Akhir 1443H
12 Nov 2021M



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Perhalusi mengenal dan mendidik budi...

 خُلِقَ ٱلْإِنسَـٰنُ مِنْ عَجَلٍ ۚ سَأُو۟رِيكُمْ ءَايَـٰتِى فَلَا تَسْتَعْجِلُونِ ﴿٣٧

Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perIihatkan kepadamu tanda-tanda azab-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera.
(Al Anbiya': 37)
Oleh kerana itu, manusia perlu belajar, berlatih mendidik dan mengawal diri agar tidak dikuasai oleh sikap dan perangai tergopoh-gapah, tergesa-gesa dan terburu-buru. Bahkan belajarlah tenang dan berhati-hati (anaah أناة)

 قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْأَنَاةُ مِنْ اللَّهِ وَالْعَجَلَةُ مِنْ الشَّيْطَانِ 
 رواه الترمذي 

Sifat hati-hati (waspada) itu dari Allah dan tergesa-gesa itu godaan dari syaitan.
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

قال ابن القيم: لا حكمة لجاهل ولا طائش ولا عجول

Imam Ibnu Qayyim berkata:
"Tidak ada hikmah kebijaksanaan bagi seorang yang jahil, juga seorang yang cuai dan juga seorang yang terburu-buru".

Menurut Imam al-Ghazali:
Sifat anaah ( أناة ) itu merangkumi dua prinsip, iaitu tawaqquf ( توقف ) dan taanni ( تأني ). Maksud tawaqquf ialah terlebih dahulu menyelidiki sesuatu urusan sebelum memulakan pelaksaannya sehingga ternyata kebenaran dan kebaikannya, manakala taanni bermaksud, berhati-hati-hati pada permulaan dan semasa melaksana sesuatu urusan supaya berjalan dengan lancar dan sewajaranya, sehingga tercapai matlamat. Tindakan berhati-hati dalam beribadat dan menangani segala urusan (mengikut konsep anaah) itu amat dituntut, manakala tergesa-gesa atau tergopoh-gapah (al-'ajalah) itu ditegah. 

Sikap gopoh-gapah, tergesa-gesa dan terburu-buru merupakan penyakit hati berpunca daripada keinginan nafsu yang tersembunyi yang mendesak seseorang agar segera mengerjakan sesuatu urusan sebaik-baik sahaja terlintas di hati, tanpa perancangan dan pertimbangan terlebih dulu. Urusan itu lalu dikerjakan dengan terburu-buru nafsu. Khususnya dalam berbuat amal kebajikan, ada orang yang ingin segera mencapai martabat yang tinggi, lalu dengan tergopoh-gapah mengerjakan ibadat supaya segera mencapai hajatnya itu. Orang yang bergopoh-gapah seperti itu hanya akan bersungguh-sungguh mengerjakan ibadatnya pada peringkat awalnya saja. Apabila hajatnya, matlamat ibadatnya, tidak tercapai dalam masa yang singkat, dia mudah menjadi lemah dan terus kecewa, lantas dia meninggalkan kesungguhannya itu. Kesungguhan dan kegopohannya itu menyebabkan dia kepenatan dan tidak terdaya lagi hendak meneruskan ibadatnya. Akhirnya, kerja ibadatnya terbengkalai dan cita-cita ingin mencapai martabat idamannya itu luput dengan begitu saja. Dalam keadaan bergopoh-gapah, kerapkali seseorang itu melakukan kesilapan atau kecuaian sehingga melakukan kerja di luar kebajikan pula atau menyeleweng dari syariat.

قال شداد بن أوس: رأيت النبي صلى الله عليه و سلم يبكي، فقلت: ما يبكيك يا رسول الله؟ قال:
 أخوف ما أخاف على أمتي الشرك والشهوة الخفية. قلت: يا رسول الله أتشرك أمتك من بعدك؟ قال: نعم أما إنهم لا يعبدون شمساً ولا قمراً ولا حجراً ولا وثناً ولكن يراؤون بأعمالهم 
[أخرجه الإمام أحمد عن شداد بن أوس ]

Syidad bin Aus RA berkata:
"Aku melihat Rasulullah SAW menangis, maka aku berkata: "Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah". Rasulullah SAW bersabda: "Yang paling aku takut ke atas ummatku ialah syirik dan syahwat yang tersembunyi. Aku bertanya: "Wahai Rasulullah! apakah ummatmu akan berlaku syirik selepas kewafatanmu?". Nabi SAW bersabda: "Ya, mereka tidak menyembah matahari, bulan, batu dan berhala tetapi mereka berlaku riya' dengan amalan mereka".
(Hadith Riwayat Ahmad)

Maka tidak hairan seorang alim boleh jadi fasiq, seorang ahlu ibadah boleh jatuh ke dalam maksiat, seorang pemimpin boleh jadi rakus dan sombong. Tambah lagi orang awam yang jahil akan lebih jauh dan dalam kelalaian dan kecuaiannya bila dikuasai nafsu sehingga membawa kepada sikap dan perangai gopoh, terburu-buru dan tergesa-gesa.

Justeru, berhati-hati dan bersabarlah........

Thursday, 11 November 2021

Tazkirah Subuh : Peringatan dari AlQuran 📖 : Hamba menghadapi Takdir

Salam Khamis
06 Rabiul Akhir 1443H
11 Nov 2021M



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Apabila suatu ketentuan takdir Allah itu berlaku, manusia tidak akan dapat mengubahnya.

Manusia juga tidak ada pilihan untuk mengelaknya kerana ianya adalah sebuah takdir.

سَوابِقُ الهِمَمِ لا تُخرِقُ أسوَارَ الأَقدَار

“Keras kemahuan hati tidak dapat menembusi benteng takdir".
(Al Hikam - Ibnu ‘Athaillah)

Bergantung haraplah kepada Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui

ذَ ٰ⁠لِكَ تَقۡدِیرُ ٱلۡعَزِیزِ ٱلۡعَلِیمِ

"itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;"
(Yasiin: 38)

Namun, manusia ada pilihan bagaimana untuk menghadapi dan melaluinya.

Seorang hamba itu, apabila menghadapi takdir...

1. Memahami makna takdir yang sebenarnya. Takdir adalah ketentuan Allah ‘Azza wa Jalla dan bukan pilihan manusia.

2. Tidak buruk sangka pada Allah ‘Azza wa Jalla dan pada orang lain. 

3. Tidak menyalahkan orang lain. Apatah lagi untuk menyalahkan Allah ‘Azza wa Jalla.

4. Sewajarnya bermuhasabah dengan diri dan perilaku diri. Juga hubungannya dengan Allah ta’ala. Lantas berusaha memperelokkannya.

5. Merenung hikmah pada sisi kehidupan dengan pandangan mata hati.

6. Menerima apa yang menimpa dengan lapang dada, dan redha untuk meneruskan kehidupan yang berbaki.

7. Meyakini selalu ada jalan untuk bersyukur sebagai seorang hamba.

وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ‎

“Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya), dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.
(Al-Anbiya’: 35)

Kata Imam Ibnu Katsir rahimahullah ta’ala:
“Kami (Allah) menguji kamu (wahai manusia), terkadang dengan bencana dan terkadang dengan kesenangan, agar Kami melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang engkat, serta siapa yang bersabar dan siapa yang berputus asa”.

Allah menciptakan sekalian mahluk beserta takdir yang sempurna.

وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ فَقَدَّرَهُ تَقْدِيرًا

"dan Dia lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna".
(Al-Furqan: 2)

Justeru, pilihlah untuk menjadi seorang hamba Allah.......

Wednesday, 10 November 2021

Tazkirah Subuh : Peringatan dari AlQuran 📖 : Dunia yang Sementara

Salam Selasa
04 Rabiul Akhir 1443H 
09 Nov 2021M



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Sungguh indah ungkapan Saiyyidina Ali bin Abi Thalib RA:

ارتحلت الدنيا مدبرة، وارتحلت الآخرة مقبلة، ولكل واحدةٍ منهما بنون، فكونوا من أبناء الآخرة، ولا تكونوا من أبناء الدنيا، فإن اليوم عمل ولا حساب وغدًا حساب ولا عمل.

"Dunia terus meninggalkan kita. Dan akhirat terus mendekati kita. Dan bagi setiap keduanya itu ada anak-anak . Maka jadilah kalian anak-anak akhirat dan janganlah kalian menjadi anak-anak dunia. Sesungguhnya hari ini adalah beramal dan tidak ada hisab, dan esok adalah hisab dan tidak ada lagi beramal".



Ungkapan Saiyyidina Ali RA ini mengingatkan kita bahwa manusia itu harus selalu siap siaga, selalu memperbaiki keadaannya, memperbaharui taubatnya, memperelok amalan dan akhlaqnya dan harus mengetahui bahawa dia sedang berhubungan dan sedang menuju kepada Rabb Yang Maha Mulia, Maha Kuat, Maha Agung, dan Maha Penyayang .

Di antara cara untuk hati sentiasa merasai semakin hampirnya hari kiamat ialah dengan menyedari dan mengingati kedatangan saat kematian. Kematian adalah kiamat kecil kepada kehidupan manusia.

Firman Allah 'Azza waJalla :

وَلَن يُؤَخِّرَ ٱللَّـهُ نَفْسًا إِذَا جَآءَ أَجَلُهَا ۚ وَٱللَّـهُ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ

"Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan".
(Al-Munaafiquun: 11)

‎قُلْ إِنَّ ٱلْمَوْتَ ٱلَّذِى تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُۥ مُلَـٰقِيكُمْ ۖ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَـٰلِمِ ٱلْغَيْبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ 

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”.
(Al-Jumu’ah: 8)

Mengingati mati adalah satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Ianya dapat dilihat melalui peringatan dan tawjihat Rasulullah SAW dalam hadithnya:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ يَعْنِي الْمَوْتَ
(رواه الترمذي)

dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW bersabda:
Banyak-banyaklah mengingat pemutus kenikmatan iaitu kematian.

عن ابن عمر رضى الله عنهما قال : اتيت النبي صلى الله عليه وسلم عا شرة فقام رجل من الانصار فقال : من اكيس النس و احزم الناس ؟ قال : اكثر هم ذكرا للموت واكثرهم استعدادا للموت، اوﻟﺌﻚ الاكيس، ذهبوا بشرف الدنيا وكرامة الاخرة.
رواه الطبرانى باسناد حسن

Berkata Ibnu Umar r.anhuma:
Pada suatu hari aku datang menjumpai Rasulullah SAW sedang berada di tengah-tengah sahabat-sahabat baginda yang terkemuka. Tiba-tiba salah seorang Sahabat dari Anshar berdiri dan bertanya kepada Rasulullah: Ya Nabi Allah, siapakah manusia yang paling pintar dan siapa pula yang cerdas otaknya? Rasulullah SAW lalu menjawab: (Yang paling cerdas) ialah yang paling banyak mengingat-ingat mati, dan yang paling banyak bersedia bekalan untuk menghadapi mati . mereka pergi dengan kemuliaan dunia dan kemuliaan akhirat.
(Hadith Riwayat At-Thabrani)

Ini bererti merasai kedatangan mati, mengingatinya dan bersedia untuk menghadapinya menjadikan seorang hamba Allah itu seorang yang serius dalam persiapan untuk menemui Tuhannya Rabbil Jalil, demi merebut redha dan syurgaNya...

وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ وَنَهَى ٱلنَّفْسَ عَنِ ٱلْهَوَىٰ ﴿٤٠﴾ فَإِنَّ ٱلْجَنَّةَ هِىَ ٱلْمَأْوَىٰ ﴿٤١﴾

Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya,(40) maka sesungguhnya surgalah tempat tinggal(nya).(41)
(An-Naziaat: 40-41)

Di antara persiapan dan persediaan untuk menemui kematian ialah...

وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّىٰ يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ 

dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal kematian)
(Al-Hijr: 99)

Justeru, istiqamahlah mengabdi diri, beribadah ikhlas hanya padaNya sehingga ke saat ajal tiba......

Sunday, 7 November 2021

Saturday, 6 November 2021

Tazkirah Subuh : Peringatan dari AlQuran 📖 : Larangan Menghina dan Mencerca

Salam Khamis
28 Rabi' al-Awwal 1443H
04 Nov 2021M



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Kenapa suka menghina dan memperkecilkan orang lain, sedangkan Allah ta’ala terang-terangan melarang dan mengharamkannya?

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ...

Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik.
(Al Hujurat: 11)
Kenapa gemar menggelarkan seorang yang lain dengan gelaran yang buruk, sedangkan Al Quran melarangnya?

وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ.

Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
(Al Hujurat: 11)

Kenapa suka mencaci mencerca, sedangkan ianya bukan sifat seorang yang beriman dan bukan dari ajaran Ar Rasul SAW.

Rasulullah SAW bersabda,

إنِّي لَمْ أُبْعَثْ لَعَّانًا وَإِنَّمَا بُعِثْتُ رَحْمَةً

Sesunguhnya aku tidak diutus sebagai tukang melaknat, tetapi aku diutus sebagai rahmat.

Baginda juga bersabda:

 سِبَابُ المسْلِمِ فُسُوْق

Mencaci maki seorang Muslim adalah suatu kefasikan.

Dalam riwayat lain disebutkan:

‎اَلْمُسْتَبَّانِ شَيْطَانَانِ يَتَهَاتَرَانِ وَيَتَكَاذَبَانِ

Dua orang yang saling memaki adalah seperti dua syaitan yang saling menjatuhkan dan mendustakan lawannya.

Dalam sebuah riwayat dari Jabir disebutkan:

‎قَالَ جَابرٌ بن سليْم رَضيَ اللهُ عَنْه : قُلْتُ: اعْهَدْ إِلَيَّ يَا رَسُوْلَ اللهِ، قَالَ: لَا تَسُبَّنَّ أَحَدًا قَالَ: فَمَا سَبَبْتُ بَعْدَهُ حُرًّا، وَلَا عَبْدًا، وَلَا بَعِيرًا، وَلَا شَاةً،

Dari Jabir bin Salîm  bercerita,
“Aku berkata, ‘Buatlah ikatan perjanjian denganku wahai Rasulullah!’ 

Baginda SAW lalu menjawab, “Janganlah sekali-kali engkau memaki orang lain“. 

Kata Jabir, “Sejak itulah aku tidak pernah memaki seorang pun, baik ia orang merdeka atau hamba sahaya, termasuk tidak memaki unta dan kambing”. 
(Hadith Riwayat Abu Daud)

Wahai saudaraku, 
Sebaik-baik seorang yang beriman ialah yang paling baik akhlaknya.

Sabda Rasulullah SAW,

أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ خُلُقًا.

Mukmin yang paling sempurna imannya adalah mereka yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik akhlaknya kepada para isteri mereka.
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Balasan bagi orang yang sombong takbur di bumi Allah...

فَالْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ الْهُونِ بِمَا كُنْتُمْ تَسْتَكْبِرُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَبِمَا كُنْتُمْ تَفْسُقُونَ
"maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar, dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik".
(Al-Ahqaf: 20)

Akhlak seorang Muslim...

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَنَاجَشُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يَخْذُلُهُ وَلَا يَحْقِرُهُ التَّقْوَى هَاهُنَا وَيُشِيرُ إِلَى صَدْرِهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنْ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ

Dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: 'Janganlah kalian saling mendengki, saling memfitnah, saling membenci, dan saling memusuhi. Janganlah ada seseorang di antara kalian yang berjual beli sesuatu yang masih dalam penawaran muslim lainnya dan jadilah kalian hamba-hamba Allah yang saling bersaudara. Muslim yang satu dengan muslim yang lainnya adalah bersaudara tidak boleh menyakiti, merendahkan, ataupun menghina. Takwa itu ada di sini (Rasulullah menunjuk dadanya), Baginda mengucapkannya sebanyak tiga kali. Seseorang telah dianggap berbuat jahat apabila ia menghina saudaranya sesama muslim. Muslim yang satu dengan yang Iainnya haram darahnya. hartanya, dan kehormatannya."
(Hadith Riwayat Muslim)

Justeru, marilah kita memelihara hak saudara Muslim kita dengan tidak berakhlak buruk terhadap mereka serta tidak menzaliminya......

Tuesday, 2 November 2021

Tazkirah Subuh : Peringatan dari AlQuran 📖 : Dosa Yang Meresahkan Jiwa

Salam Ahad
24 Rabi' al-Awwal 1443H 
31 Okt 2021M


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Dosa itu meresahkan jiwa kerana orang yang berdosa bukan sahaja menentang Ilahi tetapi menentang hati nuraninya sendiri.

وَٱللَّهُ لَا یُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِیمٍ
"Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa."
(Al-Baqarah: 276)

Dosa bukanlah perkara remeh kerana dosa akan membawa manusia ke neraka, iaitu tempat azab yang paling dahsyat. Kita mesti benci dan takut melakukan dosa sepertimana kita tidak mahu tercampak ke dalam api neraka. Dosa itu menjadi punca murka Allah kepada kita. Apabila Allah murka, hidup kita tidak akan diredhai di dunia mahupun di akhirat. Kita lihat sahaja akibat yang berlaku kepada kaum-kaum terdahulu oleh kerana dosa yang mereka lakukan.

Allah inginkan kita belajar daripada pendosa. Banyak ibrah yang boleh diambil daripada sisi gelap sama seperti sisi terang pada sesuatu peristiwa. Bak kata pepatah, yang baik dijadikan teladan, yang buruk (jahat) dijadikan sempadan. Setiap pendosa pasti akan mendapat balasan, samada cepat atau lambat sahaja. Impak dosa pasti berlaku.

وَمَاۤ اُبَرِّئُ نَفْسِيْ ۚ  اِنَّ النَّفْسَ لَاَمَّارَةٌۢ بِالسُّوْٓءِ اِلَّا  مَا رَحِمَ رَبِّيْ  ؕ اِنَّ رَبِّيْ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ

"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Yusuf: 53)

Al-Nawwas bin Sam’an al-Ansari bertanya kepada Rasulullah SAW,
“Apakah yang dimaksudkan dengan kebajikan dan dosa?”
Baginda bersabda yag ertinya:
“Dosa ialah apa yang menimbulkan resah di hati kamu dan kamu benci jika ia dilihat orang”.
(Hadith Riwayat Muslim) 

Kita terlupa bencana akibat dosa boleh datang dengan tiba-tiba. Rasulullah SAW pernah berdoa memohon agar Allah tidak menurunkan bala bencana ketika gerhana berlaku. Baginda akan solat dengan penuh tawaduk dan Baginda berdoa yang bermaksud:
“Tuhanku! Tidakkah engkau telah berjanji untuk tidak mengazab mereka (umat Islam), dan aku  berada bersama mereka . Tidakkan engkau telah berjanji untuk tidak mengazab mereka (umat Islam), sedangkan mereka adalah orang yang bertaubat”.
(Hadith Riwayat Abu Daud) 

Itulah sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, insan yang maksum daripada dosa dan dijamin masuk syurga. Dengan segala kelebihan itupun Baginda masih tidak terasa ada jaminan keselamatan daripada bala bencana. Sinisnya, bagaimana nasib kita yang setiap masa bergelumang dengan kemungkaran dan kemaksiatan, kadang-kadang hidup di tengah kota yang dikelilingi premis dosa? Walau bagaimanapun, bencana alam atau apa jua musibah dan lain masalah  sebenarnya boleh membawa rahmat jika kita dapat mencungkil ibrahnya yang tersirat. Ia boleh diumpakan sebagai racun kepada hati yang derhaka kepada Allah tetapi penawar kepada hati yang tunduk dan patuh kepada Allah. 

Daripada Thauban RA, Nabi SAW bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya seseorang insan terhalang daripada mendapat rezeki lantaran dosa yang dilakukanya”.
(Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Moga kita tidak ditimpa azab yang membinasakan oleh Allah SWT...

 فَدَمْدَمَ عَلَيْهِمْ رَبُّهُمْ بِذَنْبِهِمْ فَسَوَّاهَا

"Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya)."
(Ash-Shams: 14)

Bertaubatlah. Jika kita bertaubat, Allah berjanji akan menghapus semua akibat dosa buruk kita. Pintu taubat masih terbuka luas untuk kita.

اِلَّا مَنْ تَابَ وَاٰمَنَ وَعَمِلَ عَمَلًاصَالِحًـا فَاُولٰٓئِكَ يُبَدِّلُ اللّٰهُ سَيِّاٰتِهِمْ حَسَنٰتٍ  ؕ  وَكَانَ اللّٰهُ غَفُوْرًا رَّحِيْمًا

"Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Al-Furqan: 70)

Semoga kita  semua diampunkan oleh Allah SWT terhadap dosa-dosa kita yang telah lalu dan akan datang dan di beri-Nya rahmat dan keredhaan-Nya didunia dan akhirat.

Justeru, jauhilah semua dosa-dosa kecil atau besar dalam hidup kita dan sentiasa menghidupkan hati kita dengan iman dan taqwa dan sentiasa muraqabah dengan Allah SWT.......

Monday, 1 November 2021

Tazkirah Subuh : Peringatan dari Al Quran 📖 : Bodoh atau Pandai

Salam Jumaat
22 Rabi' al-Awwal 1443H
29 Okt 2021M


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.

Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika siang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai.

Abu Darda’ radhiyallahu anhu berkata, tanda orang bodoh itu ada tiga (3), iaitu:

1. Bangga diri.

الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ
"(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya)."
(Al-Ma'un: 6)

Al Faqih Abu Al Layth Rahimahullah berkata:
Sesiapa yang ingin mendapat pahala amalnya di akhirat kelak, maka mestilah beramal dengan tulus ikhlas kerana Allah SWT tanpa riyak, kemudian melupakan amal itu supaya tidak rosak oleh sifat ujub (bangga diri).
2. Banyak bicara dalam hal yang tidak bermanfaat.

وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ

"Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia".
(Al-Mu'minun: 3)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Janganlah banyak bicara, jika tidak mengenai zikrullah, maka sesungguhnya banyak bicara tanpa zikrullah itu menjadikan hati pembicaranya kesat. Sesungguhnya orang yang paling jauh dari Allah pada hari kiamat ialah orang yang kesat hati".
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara)".
(Al-Ahzab: 70)

3. Melarang orang lain dari suatu perbuatan, namun ia sendiri melakukannya.

يُجَاءُ بِالرَّجُلِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُلْقَى فِى النَّارِ ، فَتَنْدَلِقُ أَقْتَابُهُ فِى النَّارِ ، فَيَدُورُ كَمَا يَدُورُ الْحِمَارُ بِرَحَاهُ ، فَيَجْتَمِعُ أَهْلُ النَّارِ عَلَيْهِ ، فَيَقُولُونَ أَىْ فُلاَنُ ، مَا شَأْنُكَ أَلَيْسَ كُنْتَ تَأْمُرُنَا بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَى عَنِ الْمُنْكَرِ قَالَ كُنْتُ آمُرُكُمْ بِالْمَعْرُوفِ وَلاَ آتِيهِ ، وَأَنْهَاكُمْ عَنِ الْمُنْكَرِ وَآتِيهِ

“Ada seseorang yang didatangkan pada hari kiamat lantas ia dilemparkan ke dalam neraka. Usus-ususnya pun terburai di dalam neraka. Lalu dia berputar-putar seperti keldai memutari penggilingnya. Lantas penghuni neraka berkumpul di sekitarnya lalu mereka bertanya: “Wahai fulan, kenapa denganmu? Bukankah kamu dahulu yang memerintahkan kami kepada kebaikan dan melarang kami dari melakukan kemungkaran?” Dia menjawab: “Memang betul, aku dulu memerintahkan kalian kepada kebaikan tetapi aku sendiri tidak mengerjakannya. Dan aku dulu melarang kalian dari kemungkaran tapi aku sendiri yang mengerjakannya.”
(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

وَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَيُوَفِّيهِمْ أُجُورَهُمْ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ

"Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka; dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim".
(Ali Imran: 57)

Orang cerdik itu selalu berupaya membebaskan diri dari 3 tanda orang bodoh di atas, dan juga dari tanda-tanda yg lainnya, seperti bermalas-malasan dalam beramal ibadah dan tidak peduli dengan menuntut ilmu agama, mengharapkan keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat tetapi ia berjalan di atas jalan kesesatan, kesengsaraan.

Di dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda yang ertinya:
“Orang yang pintar ialah siapa saja yg menundukkan jiwanya (untuk melakukan ketaatan kepada Allah, dan ia selalu beramal (sebagai bekal) untuk kehidupan setelah kematian. Sedangkan orang yang bodoh (lemah) itu ialah siapa saja yang selalu mengikuti bisikan (buruk) jiwanya, dan ia berangan-angan tinggi kepada Allah (namun tanpa disertai iman dan amal).”

Seorang ahli hikmah berkata:
“Engkau berharap keselamatan (di dunia dan akhirat), tetapi engkau tidak mengikuti jalan-jalan keselamatan. Sesungguhnya kapal itu tidaklah berlayar di tempat yang kering.”

Hati yang tidak mahu tunduk kepada Maha Pengatur tidak akan menemui kedamaian. Waktu, ruang dan kejadian akan membuatnya gelisah kerana nafsunya tidak dapat menguasai semua itu. Dia inginkan sesuatu perkara pada satu masa sedangkan Maha Pengatur inginkan perkara lain. Kehendak makhluk tidak dapat mengatasi kehendak Tuhan. Jika mahu hati menjadi tenteram usahakan agar hati sentiasa ingat kepada Allah SWT.

اَلَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوْبُهُمْ بِذِكْرِ اللّٰهِ   ؕ  اَ لَا بِذِكْرِ اللّٰهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوْبُ  

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."
(Ar-Ra'd: 28)

مَاۤ اَصَابَ مِنْ مُّصِيْبَةٍ اِلَّا بِاِذْنِ اللّٰهِ  ؕ  وَمَنْ  يُّؤْمِنْۢ بِاللّٰهِ يَهْدِ قَلْبَهٗ  ؕ  وَاللّٰهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيْمٌ

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
(At-Tagabun: 11)

Berimanlah kepada Allah SWT dan beriman juga kepada takdir. Lepaskan waham sebab musabab yang menjadi pagar nafsu menutup hati.

Justeru, sifat seorang mukmin ialah melakukan amal soleh yang telah diperintahkan Allah untuk dikerjakan. Amal soleh adalah buah kepada iman. Sekadar berilmu dan beriman namun tidak disertai amal maka belum lengkap dan sempurna sifat seorang mukmin.......