Showing posts with label Reminder. Show all posts
Showing posts with label Reminder. Show all posts

Sunday, 22 April 2012

Program Derma Darah di BPMall..

Ahad..22hb April 2012..

Setelah sekian lama meninggalkan dunia HO..means dah MO la..
baru hari ni dapat peluang balik join Blood Bank Mobile..biasanya HO and MO Patologi jer yang join..
tapi hari tu dapat tahu my colleague pun join gak..so..i gave a try approach one of the Pathology MO..

and fortunately she allowed me to join it..
actually..that was the first time i met her..before this only through phone when requesting blood product for the patients..

hmm...
She also received quite good response from the HO to join this..
Sorry yer HO..aA ni MO yang kiasu skit..tak..banyak..
so..peluang korang akan skit la dengan adanya aA dan senior sorang lagi..
MUAHAHA...

Pagi yang hening..

seawal 10 pagi program ni diadakan di tingkat atas BPMall..ni spot yang biasa la..
nasib baik terpikir nak bawak stetoskop pagi tadi..fuuuhhh..
memula risau gak..ramai ke orang hari ni sampai tak sempat nak tarik nafas ke??..or..terlalu lengang??..
or mungkin tak ramai yang tak lepas/kena reject??..

macam2 la bermain kat kepala...tapi depan penderma..SENYUM..buat selamba..kena confident..

alhamdulillah..hari ni tak banyak ragam..penderma pun tak ramai yang banyak masalah..ada la dalam 7 orang aA reject sebab Hb level tak lepas and BP low sangat..yang sakit2 badan takder plak...

ada yang regular donor tapi chronic smoker..dia ni risau pasal Hb dia pekat sangat..so..dia ada tanya aA pasal nak quit smoking..maka..aA pun citer la..bagi nasihat pasal henti merokok ni..nampak macam dia nak..hopefully he can make it..

Pengalaman ni Best...

Kira kali ni kali ketiga la aA join..dan boleh aA perhatikan majoriti penderma adalah masyarakat Cina..tabik spring la kat korang..
ada yang datang 1st time ramai umur seawal 18 tahun..paling banyak tadi dah 48 kali derma..kebanyakan yang derma darah ni memang ada good and healthy lifestyle..that's keep them away from smoking..alcohol..sleep deprivation and unnecessary medication..only few of them ada medical illness..good...very good..

Mana budak2 muda..young adult Melayu??

ada..ramai...
tapi diorang tak menderma la..beberapa jer yg derma
sekadar lalu jer depan kaunter darah dan kaunter doktor..sambil buat muka..
ada yang buat muka pelik..ada yang cepat2 blah..ada yang muka takut2..
sambil tarik tangan awek pergi dari situ..
hallloooo...come on la...
muka jer macho..pakaian jer stylo..fesyen pelik2..pakai rantai la..gelang tangan la..(ni aper punya trend pun tak tahu la..dosa weyyyy)..rambut tercacak mati cicak kalo jatuh...tapi penakut nak derma darah..
nak tunjuk macho..haa...meh derma darah..
ada jugak yang berkali2 lalu..tapi tak jugak approach tanya sakit ke derma darah ni??..ada kesan tak lepas derma darah??..etc la..
last2..berlalu jer..
sedih tul..
yang perempuan Melayu pun sama gak..

ada yang penderma kata..

"ini saja dapat saya buat untuk tolong orang..kalo saya Islam..mesti saya sudah dapat pahala.."

" saya takder duit maaa...nak bagi sedekah sendiri duit simpan pun tak cukup..saya sedekah saya punya darah sajer.."

"badan rasa ringan lepas derma..tak derma tak boleh.." 

SO...ape lagi..jom la kita derma darah..tak rugi pun...yang badan tough2..berketak2 tu..korang tak cukup macho kalo tak derma darah..yang cantik2 dan cun tu..pakai tudung and baju ikut trend tu (konon la..)..meh cuba..
hahaha...penakut..

datang jer..acu cuba try test..lepas ke tak..itu kami yang akan screen and cop pengesahan..at least korang try..

HOPE TO SEE MORE PEOPLE COME TO DONATE BLOOD...jom



Monday, 29 August 2011

Dosa-Dosa & Facebook


Ni aA copy dari Email yang aA dapat..
sebagai peringatan kepada kita-kita yang ada kat muka bumi lagi ni..


http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/930-dosa-dosa-a-facebook.html#comments


Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.



Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.



Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.



Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.



Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.



Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.



Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.



Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .



3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.



Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.



4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.



Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.



Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.



5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.



Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.



Ini boleh menjadi dosa, kerana :-



a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.



6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan



Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.



Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.



Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.





KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

Monday, 2 May 2011

Day 2 at Bukit Gambang Resort City..

1 Mei 2011..Dari Bukit Gambang Resort City..

Hari ni hari ke-2 aA di Bukit Gambang..
Best memang best..

Pagi-pagi lagi kami makan breakfast yang giler2 banyak dan sedap..aA dan Jane jadi orang pertama yang makan pagi ni..lepas makan..kami bersiap2 untuk ke Bukit Gambang Water Park..tak jauh dari resort ni..

Kami bertolak naik train..nama je train tapi takder rail pun..bayar seringgit jer.ok la..

Kami masuk taman tema air macam biasa la..ada wristband..makanan tak boleh bawak masuk dalam..

(jap..dengar ada orang menjerit kat luar..diorang main yang pusing2 tu..nak gi ambik gambar jap..hahaha)

Ramai sangat datang hari ni..katanya at least 7 ribu orang..kalo hari-hari biasa, dalam 3 ribu jer..double tu..kami cop bahagian Telematch Pool..so, kat sini kami main game kami sendiri..

Antaranya, tiup kapal kertas dalam air..seribu langkah (pun dalam air), bola beracun, polo air..
Seronok dan best sangat..gelak sampai tak ingat dunia..habih ilmu aku selama ni..hahah..

aA pun ada join main gak..even takut air yang melampau..alhamdulillah, aA punya fobia semakin lama semaikin kurang bila banyak kali masuk air ni..most of the time, aA jadi cameraman la..banyak gambar yang aA ambil..suka..sebab background biru air..

Bos kami, Mr. Kamal sangat bersemangat..sokongan moral yang dia bagi kat HO dia sangat la bagus..

Staf2 lain dan ahli keluarga pun best dan sporting..kami main sampai kul 12 jer..lepas tu kami gi makan before next aktiviti…

Tunggu untuk dapat makanan lama aarrr….barisan panjang sebab ramai orang kan..tapi bukan aA yang beratir la..kawan aA yang tolong.kami tukang jaga tempat duduk..
Habih makan..aA decide untuk balk resort jer..tak sanggup duk situ..melihat benda yang tak sepatutnya..mana taknya..kat situ la ramai yang pakai seluar dalam jer..seksi meksi..tak tahan mata ni..

Kesian ngan diri sendiri..aA ambik keputusan untuk balik je..

Duk kat bilik dalam beberapa minit..sambil transfer gambar dari kamera ke laptop..ada orang tekan loceng pintu..ooo..Tse Siang rupanya..dia ajak kuar gi Kuantan untuk jalan2…ok je..

Tse Siang antara yang langsung tak join sukan air pagi tadi sebab URTI yang sgt teruk…tak tdo malam dia.. kami keluar berempat..jalan2 kat Kuantan Parade..perut punya la lapar tapi sebab nak sumbat banyak time BBQ malam ni, sanggup kami makan Waffle jer..

Balik resort semula..aA terus mandi puas2.badan jadi panas sangat..lepas mandi, solat..aA lepak atas katil meringkuk kesejukan..

Apesal ni..demam ke ape?..badan panas semacam je..

Gi BBQ pakai sweater lagi..tak tahan sejuk..hissshh..demam dah kot..yang penting aA enjoy makan malam ni..

Makan penuh pinggan la…sedap2..hehehe…tengok..dah tak ikut Sunnah Nabi..hisssshhh..

BBQ malam ni pun, aA kena ambik gambar..ok la..tapi teknik unutk gbr malam masih peringkat tadika lagi la..selalunya tak cantik..huhuhu..

Byak game gak malam ni..kami hepi2..gelak2 (kurang ilmu lagi)..

Habih main, diorang ajak gi karaoke..memula memang nak ikut..tapi bila pikir balik..tak boleh..

Even hati setan kata “Pergi la..pergi la..sekali je..nyanyi tak yah control..geng2 kita je..”..tapi Alhamdulillah aA tepis benda2 tu..lagi-lagi bila berjalan on the way ke tempat tu..nampak suram..muzik kuat2..dgn funfair kat sebelah tu..dan ada tpt main pool..

Tetiba rasa takut kat dalam diri sendiri..
Ya Allah..aku takut nak masuk dalam ni..takut ajal maut aku tak tahu bila dan aku takut jika aku mati, aku mati di tempat begini..mintak jauh..dan pada masa yang sama, aku tak nak rasa seronok involve ngan benda ni..sekali rasa best ngan nikmat dunia, manusia ni takkan rasa puas untuk nak rasa lagi…

Sebelum aA ketagih..jangan cuba dulu…

So, apa lagi…ni lah hasilnya bila aA tolak pelawaan diorang..update blog untuk cerita apa berlaku pada hari ni..

Moral dan pengajaran :
…enjoy tu best..hepi2 tu best..tapi apepun yang kita lakukan, sebagai orang Islam..ingatlah batasan..sentiasa timbangkan apa yang boleh dan apa yang tak boleh..dalam duk timbang nak buat benda yang tak boleh tu, jangan duk set dalam mind..”Ala..sekali jer..lain kali tak buat lagi dah..”..JANGAN..

Bila dah dapat sekali tu la yang rasa nak lagi..nak lagi…hidup manusia ni, akan lebih bermakna jika kita selalu ingat akan mati..sebab itu lah yang akan jd guide untuk kita pilih apa yang tak sepatutnya dibuat..

Hmm..berbelit..takpe..ini luahan jer..personal opinion..they may think I’m boring..tapi ada aku kesah??..hahaha..as long as aku rasa ok, aku hepi..

Syukur sangat2 sebab kat Kelantan, even tak maju, takder tempat2 hiburan macam ni..yang boleh merosakkan masa depan kita semua..especially youngsters..

Nak kata aA xpernah gi tempat hiburan, tipulah..paling tinggi pun setakat ni panggung wayang.

Akhir kata, semoga Allah melindungi diri kita dari segala kemungkaran..Insya-Allah..

Friday, 29 January 2010

Adnan Sempit..



ni tajuk movie yg kami berempat gi tengok mlm td..
memula memang xnak tengok..x suka citer pasal mat rempit ni..tapi ok la..
kami gelak mcm nk pecah vocal cord..

citer ni best...pelakonnya pandai berlakon..
suara nyanyi pun best..xsumbang sgt..


tp yg xbest ada few adegan yg tak sepatutnya dilihat boleh mengotorkan hati dan minda..xbagus..
xsepatutnya da dlm filem melayu..yg mana zamn sekarang dah byk citermelayu ada adegan xsenonoh..


tak paham tul naper la mesti nk selitkan adegan camtu..
bila tengok tu..terbuka la mata hati dan kepala bahawa benda tu camtu
memang dah wujud dlm masyarakat dan hidup muda mudi sekarang..

agaknya itulah budaya manusia akhir zaman


xtahu mana betul mana salah dah..sedih tul..kalo x berlaku, mesti xder terpikir nk letak adegan tu dlm citer ni kan..

saper yg tengok tu akan tahu la part mana yg dimaksudkan..

lagi satu..penyalahgunaan perkataan "aqiqah"..
dlm citer ni, xsepatutnya adegan xsenonoh dilabelkan sebagai aqiqah...yes..kalo dlm Islam aqiqah bermaksud pengorbanan..tetapi bukanlah 'mengorbankan" diri ke jalan yg salah, yg haram, dan cara yg xsepatutnya..


ini..bila org bukan ISlam tengok..akan membawa ke arah salah faham tentang erti aqiqah tu sendiri..

pada saper yg nak tengok citer ni..jgn gelak xtentu pasal..jgn hepi semacam jer bila sampai part yg xsepatutnya anda gelak..


nk gelak boleh, tp kena ingat agama..
kita tengok, kita belajar, dan kita tapis ambik yg berguna jer untuk hidup ni..k.

TQ..

Saturday, 4 April 2009

Hanya Kerana Sebatang Toothpick

post ni best and sebagai reminder utnuk kita semua..
benda kecik selalu kita remehkan..jangan..baca yer..spend skit jer masa anda untuk baca post tu..kat link kat bwh ni..