18th February 2011..
Kami diberitahu pada hari sebelumnya bahawa kami perlu menghadiri satu sesi ujian kecergasan yang dipanggil Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan peringkat Hospital Batu Pahat pada 18hb..
Nama yang tersenarai adalah kami-kami yang tak oncall pada hari tu..and aA adalah yang postcall..nasib baik oncall yang tak eventful sangat..
Kami buat round kat wad awal dari biasa..ala..20 minit awal je..hehehe..still awal kan..
Sepatutnya ada kat gelanggang tenis tu jam 7.30pagi tapi kesian
nak tinggalkan colleague dengan patient yang belum direview lagi pagi tu..
So, dalam kul 8pagi..aA bertolak dari wad ke kuarters untuk tukar track suit dan kasut sukan..
Dalam kul 8.15, dapat call dari MO…
“cepat..bos dah sampai ni..dah nak start”..
Bersemangat betul Bos kami sorang ni..
Senaman Regangan (stretching exercise)
Yang ni quite enjoy la..memula buat yang biasa biasa jer..sekali ada
step yang macam tarian zapin plak..hahaha..tak leh nak coordinate gerak kaki ngan tangan..tergelak sorang je la..
Ada gak step yang macam poco-poco..and ada yang stail tarian
60’s gitu..ala…yg macam John Travolta buat tu..
Paling best bila dapat tengok ragam-ragam staf yang lain..dari Bos, MOs, MA, Staffnurse, PPK etc..juga rakan-rakan Housemen..
Memang seronok sangat masa tu..
Berpeluh tapi tak rasa lagi penat..
Mencabar
Yang part kedua pulak..
Ada banyak bahagian..
Antara yang aA ingat la …ada tekan tubi, ape jangkau ntah, lompat yang paling jauh, ect la..
Tekan tubi ni dulu aA boleh wat banyak gak..tapi maybe agaknya dah lama tak wat exercise, so, tak leh nak maintain sangat..
Yang main jangkau tu..kaki kat tanda 50cm..try tunduk badan dengan tapak tangan tindan atas tangan satu lagi..try jangkau sejauh mungkin..
Ooopppssss….yg ni memang tak expect boleh jauh pun coz aA tahu badan aA ni kaki aA lagi tinggi compare ngan trunk..hahaha
..
Score 56cm je..ceh..pendek jer..
Lompat paling jauh plak..mainnya macam ni..
Kaki rapat, then cuba lompat sejauh boleh..bukan macam lompat jauh tu, yang boleh lari dulu..
Dapat 159cm..sama ngan tinggi aA…
(tetiba teringin nak main lompat jauh..)
Yang seterusnya, dalam keadaan baring dan lutut dibengkokkan 90 darjah..cuba bangun guna otot perut..cuba jangkau lutut dengan jari dulu..
Kemudian kalo dapat, dengan siku plak..kalo berjaya lagi..letak tapak tangan kat clavicle yg bertentangan, cuba capai lutut ngan siku..kalo dapat lagi..silang tangan kat belakang kepala then sentuh lutut lagi ngan siku..yg ni aA xdapat…hahaha..
Pecut..
Kena lari jarak 10 meter, ambik blok kayu, patah balik ke garisan mula, then patah balik
10 meter, ambik second block..patah balik ke garisan mula..
Yang ni aA dapat 12.37saat…hahaha..puas hati..
Antara yang laju la..
Bos paling laju la..10.38saat..phewwwiiittt…
Paling memenatkan
Yang ni test cardiovascular plak..apa lagi..berlari la..
Ada blip blip yang mana jarak antara blip akan lagi laju
berbanding yang sebelumnya..
aA give up sampai stage 2-5 je..kaki cramp..
pucat muka..tak suka lari jarak jauh ni..
acara ni ada yang berjaya pecahkan rekod HBP..sorang houseman Ortho..sampai peringkat 9-8 kot..siap berlari xpakai kasut lagi..sebab kasut dia terbuka talinya..terus dia cabut kasut coz tak sempat nak ikat tali..hebat.
even penat..kami semua tak stress coz semua staff sangat
sporting dan kami masih boleh gelak2 buat lawak..
habih semua ni..buat pertama kali semasa aA posting orthopaedic ni, kami ambil gambar bersama-sama..
seronok sangat..
itu tak yah cerita la sakit-sakit badan lepas UKJK ni..
ni pun sakit lagi ni..huhuhu…
ORTHO POSTING MEMANG BEST..
Tak pernah lak rasa enjoy camnie dalam posting2 lain..tahniah..